BTC USD 61,610.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Komplot Kaki Microcontroller CG [ATMEGA/Arduino]

Ucapan salam sejahtera untuk semua.

Saya juga pengguna Arduino. Nak tanya sikit, ada siapa2 yang biasa hasilkan pcb sendiri guna silk screen? Mana nak cari tempat tempah silk screen dan juga cat yang murah?
 
Banyak ke nak buat. Saya x pernah guna silkscreen tp pernah buat pcb sendiri.

Cara saya buat dengan photostat litar ke atas transparency (jadikan negatif dulu) pastu lapik ngan kertas dan seterika transparency tu atas copper.nanti tonner tu akan mencair dan lekat atas copper. Saya dah guna cara ni sejak 15 thn lepas.Hasil nya memuaskan kalau tuk wat projek sendiri tp kalau tuk commercial x leh la.
 
Member aku buat dengan cara yg hampir sama la dengan bro buat... tapi die print terus keatas kertas photo... then sterika atas copper, pastu celup asid... hasilnya memang memuaskan... katanya pastikan printer tu jenis laser, kalo buble tak jadik...
 
Green Solder mask

hi...

My father is doing pcb board.. i saw your post regarding the pcb making. u said u cannot find solder mask in malaysia. is it true?

any idea how can i get solder mask (green) in malaysia? or reliable source from other country which is suitable just small scale. less than 100boards..

I found one from alibaba which required us to buy a 5 little. cost more than rm600. but we don't need so much..

thanks....
 
Aku berasa kagum sbb aku x phm satu apa pun yang korg bincang dlm thread ni. Tapi aku suka baca apa yang korg bincangkan.

Aku pun sama gak... Sepatah haram tak paham apa yg diorang bincangkan... Tapi masalahnya mmg aku minat pasal menda2 camnih walaupun dulu aku budak kelas sastera.

Tapi sikit2 aku rasa aku dah paham kot...
 
Nak tanya sikit kengkawan... Apa beza Arduino Duemilanove 328 ngan DFRduino Duemilanove 328? Nape harga lain?
 
Aku sedang bermain2 dengan Arduino Mega nih... sedang mengkaji basic functionality hardware n software kat http://arduino.cc/en/Tutorial/HomePage sambil terus program ke board die...

Sangat senang utk memprogramkan die... best2... :D
 
Nak tanya sikit kengkawan... Apa beza Arduino Duemilanove 328 ngan DFRduino Duemilanove 328? Nape harga lain?

Seperti kata Ahmad07, sama saja.

Itu cantiknya dunia Arduino, ianya Open Source baik dari segi software mahupun hardware.

Hardware Arduino adalah papan pembangunan, bererti ia direka untuk memudahkan proses mereka litar elektronik berasaskan MCU. Segala yang diperlukan untuk membolehkan seketul MCU beroperasi (crystal clock, pull-up & pull-down resistor, power indicator LED) sudah tersedia atas papan, hanya perlu beri tumpuan pada pembangunan litar lain sahaja.

Jadi bila litar sudah lengkap dan saudara sudah puas menguji litar tersebut, bolehlah download skematik litar (siapa saja ada akses pada skematik tersebut kerana ianya Sumber Terbuka! Yeay!) dan bina satu litar yang menggabungkan antara arduino dan litar rekaan saudara atas satu papan (serta buang bahagian yang tak perlu).

Saudara juga boleh bina Arduino sendiri, tidak semestinya atas PCB. Boleh juga di atas breadboard. Yang penting tahu mana nak cari komponen-komponennya.
 
Aku sedang bermain2 dengan Arduino Mega nih... sedang mengkaji basic functionality hardware n software kat http://arduino.cc/en/Tutorial/HomePage sambil terus program ke board die...

Sangat senang utk memprogramkan die... best2... :D

jadi aku rasa tak payah tunggu aku free pun ok kut.

Senang yang amat kan?

Tak sama dengan Motorola 68xxx kat universiti, itu microprocessor. RAM dan ROM pun pakai cip berasingan.

Microcontroller adalah pakej lengkap, processor, RAM, ROM, modul komunikasi, dll. semua dalam satu cip. Malah kalau nak jimat kos, tidak perlu guna external crystal clock, di dalam cip sudah ada clock dalaman cuma perlahan je la. kalau ATMega 328 tak salah aku internal clock dia cuma 4kHz je.
 
Back
Top
Log in Register