BTC USD 61,411.7 Gold USD 4,345.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Komplot Kaki Microcontroller CG [ATMEGA/Arduino]

ans2101.jpg

Review menyusul nanti... hahaha. Maaf ye bro... sibuk sikit. Ni pun tengah buat skrip ni...
 
ans2081.jpg

Yang ini pula saya punya projek untuk High Speed Photography.

Di bahagian hujung nun paparan 18x2.
Di tengah nun Arduino Duemillanuove.
Di bahagian atas yang papannya warna kuning tu, hehe, shield yang saya buat sendiri.
Serabut....

Alat ni akan mengutip bacaan bunyi sekeliling dan memulangkan kepada kita dalam nilai antara 0 dan 1023.
Misalnya purata bacaan sekeliling adalah 540, maksimum pada 555.
Kita kemudian masuk dalam mode "threshold" untuk set memicu signal pada bacaan bunyi 580.
Kemudian kita masuk mode "delay". Berapa milisecond setelah ada bunyi lebih dari 580 baru signal akan dipicu.
Kemudian kita masuk dalam mode "Picu". Di sini, bila ada je bunyi lebih dari 580, signal akan dihantar pada flash untuk menyala setelah X milisaat.

Kenapa saya picu flash, bukan kamera? Sebab shutter kamera ada delay yang agak besar, menyebabkan tidak dapat merakam gambar pada saat impak berlaku.

Delay pada flash sesingkat 1/4000 saat. Lebih laju jika guna flash yang baik seperti SB900 pada kuasa rendah (1/128).

Kamera dibiarkan "terbuka" menggunakan mode BULB.

Sejak dari saya buat benda ni, cuma sempat pakai sekali. Itu pun sekadar untuk Proof of Concept nak tunjuk kat satu pakcik ni (orang lama fotografi, tapi dengan teknologi lama) yang benda ni boleh dibuat.
 
Aku berasa kagum sbb aku x phm satu apa pun yang korg bincang dlm thread ni. Tapi aku suka baca apa yang korg bincangkan.
 
Tak sangka Megat ni punya banyak pengetahuan dalam bidang elektronik khususnya mikro kontoler.

Saya rasa ramai lagi diluar sana yang punya pengalaman dan kemahiran yang patut dikongsi bersama supaya akan lebih ramai lagi mendapat pendedahan dalam bidang ni.
 
salam sume.. mcam best je Arduino ni..walaupun xtau mna psal Arduino ni..hehe..

Arduino pkai uC atmega version mana ye? cip uC 2 bleh dicabut ke? atau dh dipateri?
 
salam sume.. mcam best je Arduino ni..walaupun xtau mna psal Arduino ni..hehe..

Arduino pakai uC atmega version mana ye? cip uC 2 bleh dicabut ke? atau dh dipateri?

Arduino ada 3 jenis yang popular. Guna atmega 168,328 dan 1280. Antara yang paling popular sekarang Arduini Duemilanove 328. Atmega tu dah sedia ada Arduino Bootloader. Yang 328 chip tu guna soket jadi boleh dicabut keluar kalau nak buat projek dan board sendiri.
 
salam sume.. mcam best je Arduino ni..walaupun xtau mna psal Arduino ni..hehe..

Arduino pkai uC atmega version mana ye? cip uC 2 bleh dicabut ke? atau dh dipateri?

boleh ke http://www.Arduino.cc laman rasmi arduino

Arduino Duemilanove Baru - ATmega 328 (Soket, boleh cabut)
Arduino Duemilanove Lama - ATmega 168 (soket, boleh cabut)
Arduino Mega - ATmega 1280 (SMD, pateri)
DFRduino Romeo All-in-one - ATmega 328 (SMD, pateri)
Arduino nano (v3.0) - 328 (SMD package, pateri)

Cip uC Arduino menggunakan bootloader untuk meringkaskan workflow (mudah untuk load program dan tak perlu programmer).

Tapi jika ada cip kosong, perlu programmer untuk burn bootloader.

Tak ada masalah kerana jika guna papan Duemilanove boleh hack sikit (tambah 4 pin header jantan) ke 4 solder pad yang dibiarkan kosong (dah siap tebuk tapi ditutup dgn solder, jadi tinggal reflow balik dan cucuk header pin kat situ dan jumperkan dengan 4 dawai ke header pin ICSP). sekarang anda sudah ada programmer dan bagusnya anda boleh guna USB, tak perlu serial port jadi boleh buat kerja di mana-mana dengan laptop (tak banyak laptop ada serial port sekarang). Cara untuk burn bootloader pakai setup macam ni ada cara dia (software apa untuk dipakai di PC) tapi itu nanti boleh cerita, tak susah pun.

Senang cerita Arduino ni mudah lagi memudahkan.

cucuk arduino, tulis program, upload ke uC, siap.
 
Tak sangka Megat ni punya banyak pengetahuan dalam bidang elektronik khususnya mikro kontoler.

Saya rasa ramai lagi diluar sana yang punya pengalaman dan kemahiran yang patut dikongsi bersama supaya akan lebih ramai lagi mendapat pendedahan dalam bidang ni.

mudah je bro buat benda tu, tinggal padankan litar-litar yang lazim je.

100x gain preamp (litar op amp biasa, saya pun ambil contoh di internet).
joystick dan button
lcd display (3 terminal)
microphone.
transistor sebagai suis.

siap.
 
Ni ada berita baik untuk korang yang nak belajar asas mikro kontroler tanpa mengeluarkan duit sesen pun atas peralatan.

korang boleh download software Virtual BreadBoard.
http://www.virtualbreadboard.com/

Dengan software ni korang boleh gunakan virtual Arduino board dan beberapa komponen untuk buat experiment dengan menulis kod sekali.

kalau ada yang berminat mungkin kita boleh mulakan thread baru untuk tujuan tutorial dengan menggunakan software ni.

Selamat datang ke dunia Arduino.
 
Back
Top
Log in Register