BTC USD 60,259.9 Gold USD 4,318.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Komplot Kaki Microcontroller CG [ATMEGA/Arduino]

bagi terus ke atau bagi test free?

bagi free jer...tapi nampak ramai plak yang nak free..nak bagi free kat semua tak tergamak rasanya.. he he tapi kalau nak beli dengan harga yang lebih murah dari listing tu tergamak la jgak..
 
yang nak kena belajar cuma programming sahaja.

tang elektronik asas pun cukup. boleh beza positif negatif pun dah ok. Tapi kena beli shield (expansion pack yang dah siap).

kalau adventurous, baru buat sendiri. Tapi biasanya tak lawa la, kecuali ada mesin cnc untuk buat routing PC Board.

berapa rege mesin cnc tu?
 
berapa rege mesin cnc tu?

sebenarnya tak perlu sampai mesin cnc, tapi saya pemalas. paling malas nak drill lubang pada PCB.

nak menyurih laluan litar pada PCB ada banyak cara, dua cara paling popular adalah etching dan routing.

Etching guna proses kimia. Routing adalah proses mekanikal.

masalah pada beberapa model arduino, spacing antara dua header betina (sebelah I/O digital) tidak mengikut standard. Jadi tak boleh nak buat shield pakai veroboard. kena buat PCB custom juga.

untuk menjawab soalan saudari :
http://shop.ebay.com/i.html?_nkw=desktop+cnc&_armrs=1&_from=&_ipg=

tapi jangan le terus takut.

nak main microcontroller tak mesti ada benda tu. Itu kalau nak buat custom shield sendiri.

ada juga jual PCB shield kosong. terpulang nak menggayakan macam mana.

boleh juga kalau nak guna breadboard, tapi wayar berselirat sikit.

atau boleh juga guna arduino nano atau RBBB. dipacak terus atas breadboard.
 
DFRduino Romeo All-In-One Microcontroller telah saya ambil... Terima Kasih bro...

Saya buatkan reviewnya ya...
 
Sama2, mudah2an boleh berkongsi pengalaman menggunakan board tu bersama yang lain di sini.
 
sebenarnya tak perlu sampai mesin cnc, tapi saya pemalas. paling malas nak drill lubang pada PCB.

nak menyurih laluan litar pada PCB ada banyak cara, dua cara paling popular adalah etching dan routing.

Etching guna proses kimia. Routing adalah proses mekanikal.

masalah pada beberapa model arduino, spacing antara dua header betina (sebelah I/O digital) tidak mengikut standard. Jadi tak boleh nak buat shield pakai veroboard. kena buat PCB custom juga.

untuk menjawab soalan saudari :
http://shop.ebay.com/i.html?_nkw=desktop+cnc&_armrs=1&_from=&_ipg=

tapi jangan le terus takut.

nak main microcontroller tak mesti ada benda tu. Itu kalau nak buat custom shield sendiri.

ada juga jual PCB shield kosong. terpulang nak menggayakan macam mana.

boleh juga kalau nak guna breadboard, tapi wayar berselirat sikit.

atau boleh juga guna arduino nano atau RBBB. dipacak terus atas breadboard.

sori lari dari tajuk....
brape kecil saiz laluan yg bleh dibuat oleh mesin nie??
0.1mm?
 
sori lari dari tajuk....
brape kecil saiz laluan yg bleh dibuat oleh mesin nie??
0.1mm?

sehingga 40 mikron.... itu dari segi resolusi, tapi dari segi repeatability ada kurang berbanding yang komersial.

nak lagi halus boleh, tapi kos untuk ballscrew gred baik dah tak justify ke-DIY-an mesin tu. Melainkan memang dah ada milling machine, tapi kalau dah ada milling machine kenapa tak retrofit milling machine manual tu jadi CNC...

jika maksud tuan 'laluan' adalah traces, saya kurang pasti... kalau untuk packaging SMD halus (cth: microcontroller) tu, baik pakai proses etching guna filem yang diburn pakai mesin (saya lupa nama) drum laser.
 
terima kasih..

jika saya plan nak buat pcba dalam 100 pcs bg setiap model,
tapi tak la circuit yg susah2 sgt..
ape saranan saudara untuk buat pcba ni..
tapi hasil ni nak guna lama la..
agak2 boleh bertahan sekurang2nya 10thn..
 
aduhai, maaf... tak perasan ada post baru.

kalau 100 tu baik tempah dari kilang je.

ada syarikat yang memang terima tempahan jumlah kecil.

harga tertakluk kepada kerumitan dan "kecantikan" kosmetik litar saudara.

di Malaysia pun ada, Silver Circuits, di Jalan Klang Lama. Boleh tempah melalui internet.

Jika masa bukan penentu, boleh cuba minta sampel saja dulu. Saya sudah dapat, 4 keping papan penyuai (adapter board) untuk cip-cip berpakej QFP44 (SMD 44 pin).

Ada lagi syarikat dari China yang murah sedikit (sikit je).

Biasanya kriteria penentu harga adalah :
1. berapa lapis. single layer, dual layer, dll.
2. soldermask. soldermask organic untuk melepasi kawalan alam sekitar eropah biasanya lebih mahal. warna soldermask juga menentukan harga. Saya belum jumpa soldermask dijual di Malaysia lagi. Biasanya untuk mengelakkan PCB DIY dari "karat" mereka "simbah" atau "celup" dalam solderbath (tutup dengan timah).
3. saiz PCB. Biasanya mereka simpan stok PCB besar, dan PCB disurih ke saiz-saiz kecil mengikut desain. Kemudian terpulang mahu potong sendiri atau mahu mereka potongkan. Jika satu PCB besar muat ngam-ngam dalam gandaan PCB besar murahlah. Maksud saya jika desain saudara muat 23 keping setiap board besar, maka kena pakai 5 keping board besar. Jika muat 25 keping, saudara dapat jimat sikit.

periksa sendiri la dengan www.SilverCircuits.com
Saya cakap banyak sangat nanti tersalah cakap.
 
Back
Top
Log in Register