BTC USD 60,054.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Komplot Kaki Microcontroller CG [ATMEGA/Arduino]

Saya perlukan beberapa orang untuk buat product review berkaitan Arduino
Kalau ada sesapa yang berminat sila beritahu saya.Buat masa ni saya perlukan product review untuk RFRduino Mega 128 dan RFRduino Romeo.

Syarat:
Pernah menggunakan Arduino sebelum ini.
Review atau comment mesti di beri kepada saya sebelum dimuatkan ke laman web saya. Kalau boleh review dibuat dalam bahasa Malaysia dan Inggeris.

T. Kasih

Megat minat x?

waaa.... cuma takut tak ada masa saja.
 
Pelan2 la.. kalau nak saya offer Roboduino Romeo tu.

Link buku yang bro bagi tu memang best kalau d org ni tak pandai jgk tak tau la nak cakap apa..

PM gua no telefon lu... minggu depan kalau aku lalu Indahpura aku call.

Bro... satu lagi, mengikut pengalaman aku, PaPem (Dev Board) tu satu perkara. Shield, satu perkara lain, tapi biasanya Shield agak mahal, tergantung keperluan, tapi sesetengah orang macam aku, tak suka pakai shield, suka buat sendiri... tapi kan, balik-balik aku kena bina "sub-litar" yang sama.

nak pakai mikrofon, kena buat balik litar op-amp sebagai pre-amplifier.

nak pakai ultrasonic transducer, pun kena juga buat litar op-amp sebagai penguat signal input. (high voltage amplifier untuk tembak ultrasound output, itu perkara lain).

kadang-kadang litar kecil macam tu banyak jimat masa.

bro tak nak jual?
 
Projek kemahiran hidup aku mase PMR
dulu pun x menjadik nikan yang pakai2
kod...tapi syabas kerana ade thread
untuk orang belajar..
 
Bob, LCD shield tu makan berapa pin untuk IO?

Aku punya LCD Sparkfun (beserta PIC onboard sebagai UART engine) cuma pakai 3 pin je. +5, GND, RX.

macam nak angkat satu....


edit :

baru baca manual, dia cuma cakap pasal I/O bagi butang-butang tu je. 1 pin PWM untuk I/O semua butang. Hebat, tak terfikir pulak aku nak buat macam tu.

tapi tak sebut pasal I/O untuk LED.

dia kata dia pakai LCD4bit library... err, aku tak pernah pakai library tu. Biasanya pakai serial je, terus hantar ASCII, dengan ekstra command2 yang tak seberapa. Maknanya dia guna 4 pin digital, gitu? pin 8 sampai 13?

Dari pemeriksaan mata kasar, dekat kawasan header pin tu, ada dua baris soldering point yang selari. Satu baris ada header jantan di bawah untuk pacak kat Arduino kan? Yang lagi satu baris tu dia solder kosong je, betul? Jadi kita boleh reflow balik dan masukkan header kita sendiri?

voltage level untuk LCD 5V atau 3.3V?
 
Last edited:
Projek kemahiran hidup aku mase PMR
dulu pun x menjadik nikan yang pakai2
kod...tapi syabas kerana ade thread
untuk orang belajar..

yang nak kena belajar cuma programming sahaja.

tang elektronik asas pun cukup. boleh beza positif negatif pun dah ok. Tapi kena beli shield (expansion pack yang dah siap).

kalau adventurous, baru buat sendiri. Tapi biasanya tak lawa la, kecuali ada mesin cnc untuk buat routing PC Board.
 
Nampaknya dah lama sepi thread ni... untuk makluman Arduino 0018 dah keluar. Boleh download dari arduino.cc

Megat ckp nak singgah balik JB? Board dah sedia dah. Nak bagi free jer. X nak ke?
 
Nampaknya dah lama sepi thread ni... untuk makluman Arduino 0018 dah keluar. Boleh download dari arduino.cc

Megat ckp nak singgah balik JB? Board dah sedia dah. Nak bagi free jer. X nak ke?

free ker bro?kalau takder yg sudi terima, gua anytime leh ganti tempat..:)cgrock:)cgrock
 
Nampaknya dah lama sepi thread ni... untuk makluman Arduino 0018 dah keluar. Boleh download dari arduino.cc

Megat ckp nak singgah balik JB? Board dah sedia dah. Nak bagi free jer. X nak ke?

bagi terus ke atau bagi test free?
 
Back
Top
Log in Register