BTC USD 84,095.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Kompilasi jenayah samun dan rompak

14216101643005853-392178.jpg

14216101643005853-392179.jpg

14216101643005853-392180.jpg

14216101643005853-392181.jpg


WARGA EMAS RUGI RM14,000 DISAMUN DUA LELAKI BERTOPENG DI KOTA SAMARAHAN

KOTA SAMARAHAN, 23 APRIL – Seorang lelaki warga emas berdepan detik cemas apabila disamun dua lelaki bertopeng dalam kejadian di rumahnya di Taman Merlin, di sini pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Samarahan DSP Barry William memberitahu kejdian tersebut berlaku kira-kira pada pukul 11.15 pagi.


Menurut laporan polis, dua suspek lelaki berpakaian serba hitam, bersarung tangan dan bertopeng telah memasuki rumah tersebut.

Salah seorang suspek bertindak agresif dengan menggunakan tukul besi untuk cuba menyerang mangsa serta menolak isterinya.

Susulan kejadian itu, suspek melarikan wang tunai berjumlah RM5,000, USD500, sebuah jam tangan, telefon bimbit, serta beberapa barangan kemas termasuk cincin, rantai leher dan loket emas, dengan jumlah kerugian dianggarkan sekitar RM14,000.

Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan dan bersenjata.

Siasatan awal mendapati tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

Kes kini masih dalam siasatan lanjut dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu pihak polis.

DEBBIE AMANDA

#beritartmsarawak
#rtmsarawaknews
 
14211475417164709-390499.jpg

14211475417164709-390500.jpg


Wanita trauma lihat suami maut dibunuh depan mata


Teluk Intan: Luluh hati seorang isteri apabila melihat suaminya maut dipercayai dibunuh dalam insiden samun bersenjata di rumah mereka di Pekan Baru di sini, hari ini.

Kejadian pada 6.02 pagi itu berlaku ketika wanita berkenaan sedang membuat persiapan untuk upacara sembahyang di halaman rumah.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Chua Kok Lian berkata, mangsa berusia 69 tahun meninggal dunia selepas parah terkena libasan senjata dipercayai parang di kedua-dua tangan.

Katanya, siasatan awal mendapati tiga lelaki yang memakai topeng menceroboh kediaman dengan memanjat tembok hadapan ketika wanita itu leka melakukan upacara sembahyang.

Disyorkan
"Suspek terus menyerbu masuk dan mengugut mangsa yang ketika itu sedang berehat di dalam rumah supaya menyerahkan barang kemas. Si isteri kemudian menyedari kejadian dan diugut sama.

"Mangsa dicederakan sebelum suspek melarikan diri bersama sejumlah barang kemas dan wang tunai. Jumlah sebenar kerugian masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Chua berkata, isteri mangsa tidak cedera dan pihaknya kini giat memburu suspek dipercayai berumur lingkungan 20 hingga 30-an.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak di talian 05-6222222 atau mana-mana balai polis berhampiran.


Artikel : Harian Metro
 


Kejadian rompak di stesen minyak BHP Batu 15, Banting.
Dah la nak merompak, siap rosakkan harta benda premis pula.
Perbuatan macam ni memang menyusahkan orang lain dan patut dikenakan tindakan tegas.

Semoga pihak polis dapat kesan suspek secepat mungkin.


KENYATAAN MEDIA

KETUA POLIS DAERAH KUALA LANGAT

MAKLUMAN KES SAMUN BERSENJATA DI SEBUAH STESEN MINYAK


BEBERAPA KOTAK ROKOK SEBELUM MELARIKAN DIRI DENGAN MEΝΑΙΚΙ UIRAJA MAL

PIHAK POLIS TELAH MEMBUKA SATU KERTAS SIASATAN DI BAWAH SEKSYEN 395/397 ΚΑNUN KESEKSAAN YANG MEMPERUNTUKKAN HUKUMAN PENJARA MAKSIMUM SELAMA (20) TAHUN DAN JUGA BOLEH DIKENAKAN DENDA ATAU SEBAT.

PIHAK POLIS SEDANG GIAT MENJALANKAN USAHA UNTUK MENGESAN SASPEK YANG TERLIBAT. MANA-MANA INDIVIDU YANG MEMPUNYAI MAKLUMAT DIMINTA UNTUK TAMPIL KE BALAI POLIS BERHAMPIRAN ATAU MENGHUBUNGI BILIK GERAKAN IBUPEJABAT POLIS DAERAH KUALA LANGAT DI TALIAN 03-31872222.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

(MOHD AKMALRIZAL RADZI) SUPT KETUA POLIS DAERAH KUALA LANGAT
 
14223129404280701-394924.jpg

14223129404280701-394925.jpg

14223129404280701-394926.jpg

14223129404280701-394927.jpg


Suspek bersenjatakan pisau rompak kedai serbaneka di Kota Sentosa

KUCHING: Sebuah kedai serbaneka di Kota Sentosa di sini dirompak seorang suspek bersenjatakan pisau dalam kejadian awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata kejadian berlaku sekitar 4.30 pagi di sebuah premis KK Mart di kawasan berkenaan.

Beliau berkata suspek dipercayai seorang lelaki yang bertindak secara bersendirian sebelum melarikan diri dengan berjalan kaki sejurus selepas kejadian.

“Kejadian ini mengakibatkan kerugian sebanyak RM1,249. Kes masih dalam siasatan dan usaha mengesan serta menangkap suspek sedang giat dijalankan,” katanya.

Mohd Irwan berkata suspek boleh disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana merompak, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun, denda atau sebatan.

Beliau menambah siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti motif dan suspek terlibat.

Artikel : Utusan Sarawak
 
Suami maut, isteri parah dipukul penyamun

MANJUNG - Seorang warga emas maut manakala isterinya parah selepas dipercayai dibelasah dalam kejadian samun di sebuah rumah di Jalan Melayu, Ayer Tawar dekat sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut kira-kira jam 5.30 pagi.

Menurutnya, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan serius akibat dipukul suspek berusia 27 tahun menggunakan objek keras.

“Jiran mangsa yang terdengar bunyi bising telah datang membantu sebelum membawa kedua-dua mangsa ke Hospital Seri Manjung untuk mendapatkan rawatan.

“Bagaimanapun, mangsa lelaki berusia 84 tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Hasbullah berkata, suspek turut melarikan dua telefon bimbit dan sebuah beg duit milik mangsa sebelum melarikan diri.

Menurutnya, hasil risikan dan maklumat yang diperoleh, sepasukan polis daripada Cawangan D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung berjaya menahan suspek pada hari sama kira-kira jam 7.45 malam.

Katanya, polis turut merampas semula barangan milik mangsa yang dipercayai dilarikan suspek.

Beliau berkata, suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 serta Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Hasbullah turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya tampil membantu siasatan dengan hadir ke IPD Manjung atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Manjung di talian 05-688 6222 atau hotline WhatsApp 017-6828005.

Artikel➡️ Sinar Harian
 


🚨𝗜𝗻𝗱𝗼𝗻𝗲𝘀𝗶𝗮📌

They synced double flying drop kick was magnificent 🥹‼️

𝖲𝖾𝗈𝗋𝖺𝗇𝗀 𝗅𝖾𝗅𝖺𝗄𝗂 𝗒𝖺𝗇𝗀 𝖻𝖾𝗋𝗅𝖺𝗀𝖺𝗄 𝗉𝗋𝖾𝗆𝖺𝗇 / 𝗌𝖺𝗆𝗌𝖾𝗇𝗀 𝗄𝖺𝗆𝗉𝗎𝗇𝗀 𝗆𝖾𝗇𝗀𝗀𝖺𝗇𝗀𝗀𝗎 𝗐𝖺𝗇𝗂𝗍𝖺 𝗃𝗎𝗀𝖺 𝗍𝗎𝖺𝗇 𝗄𝖾𝖽𝖺𝗂 𝗆𝗎𝗇𝗀𝗄𝗂𝗇 𝗂𝗇𝗀𝗂𝗇 𝗆𝖾𝗋𝗈𝗆𝗉𝖺𝗄.

𝖳𝖺𝗇𝗉𝖺 𝖽𝗂𝖽𝗎𝗀𝖺 𝗃𝖾𝗋𝗂𝗍𝖺𝗇 𝖻𝖾𝗅𝗂𝖺𝗎 𝖽𝗂𝖽𝖾𝗇𝗀𝖺𝗋𝗂 𝗈𝗋𝖺𝗇𝗀² 𝗄𝖺𝗆𝗉𝗎𝗇𝗀 𝗒𝖺𝗇𝗀 𝗌𝖾𝗋𝗍𝖺 𝗆𝖾𝗋𝗍𝖺 𝗆𝖾𝗆𝖻𝖺𝗇𝗍𝗎.

𝖣𝖺𝗍𝖺𝗇𝗀 𝖽𝖾𝗇𝗀𝖺𝗇 𝖳𝖾𝗇𝖽𝖺𝗇𝗀𝖺𝗇 𝖳𝖺𝗇𝗉𝖺 𝖡𝖺𝗒𝖺𝗇𝗀 𝖡𝖾𝗋𝗃𝖾𝗆𝖺𝖺𝗁 𝗌𝖺𝗆𝗉𝖺𝗂 𝗌𝗂 𝗉𝗋𝖾𝗆𝖺𝗇 𝗅𝖾𝗆𝖻𝗂𝗄 𝗍𝖺𝗄 𝗍𝖾𝗋𝗄𝗎𝗍𝗂𝗄 𝗁𝗂𝗇𝗀𝗀𝖺 𝗆𝖾𝗇𝖽𝖺𝗉𝖺𝗍 𝗋𝗂𝖻𝗎𝖺𝗇 '𝖫𝗂𝗄𝖾' & 𝗄𝗈𝗆𝖾𝗇 𝗌𝖾𝗅𝗎𝗋𝗎𝗁 𝖽𝗎𝗇𝗂𝖺 🤭

𝗧𝗘𝗥𝗕𝗔𝗜𝗞 𝗞𝗢𝗡𝗢𝗛𝗔👍🏻

𝖼𝖾𝗐𝖾𝗄² 𝗌𝖺𝗇𝖺 𝗉𝗎𝗇 𝖻𝗈𝗅𝖾𝗁 𝗍𝖺𝗁𝖺𝗇 𝖽𝗂𝗋𝖺𝗇𝗃𝖺𝗇𝗀 𝖾𝗄,
𝗌𝖾𝗄𝗈𝗅𝖺𝗁² 𝗅𝗀...
𝗉𝖾𝗋𝗀𝗀𝗁𝗁𝗁𝗁 , 𝖺𝗌𝗒𝗎𝗄𝗄𝗄𝗄❗🤭
 

14242340618144117-401730.jpg

14242340618144117-401731.jpg


Rakaman CCTV samun bersenjata tukar di media sosial.

Lokasi kejadian tidak dinyatakan.

Sumber ➡️ Media sosial
 


BALING – Seorang lelaki tempatan parah di bahagian kepala, bahu dan siku selepas dipercayai ditetak menggunakan parang dalam kejadian samun di sebuah rumah di Kuala Ketil di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Brandon Richard Joe berkata, kejadian itu dipercayai melibatkan dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.

Menurutnya, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian samun berkumpulan bersenjatakan senjata tajam itu pada jam lebih kurang 8.40 pagi.

“Berdasarkan siasatan awal, pada 1 Jun 2026 kira-kira jam 8.10 pagi, mangsa didatangi dua lelaki menaiki motosikal jenis Honda berwarna perak.

“Kedua-dua suspek dipercayai bersenjatakan parang sebelum menyerang mangsa,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, mangsa yang merupakan lelaki berbangsa Siam berusia lingkungan 20-an mengalami kecederaan di bahagian kepala, bahu dan siku akibat ditetak dalam kejadian tersebut.

“Mangsa kini menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani,” katanya.

Katanya, kejadian turut menyebabkan mangsa mengalami kerugian wang tunai serta kehilangan barangan peribadi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan ketika melakukan rompakan.

Brandon berkata, polis kini giat mengesan kedua-dua suspek dan siasatan dijalankan dari pelbagai sudut.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan,” katanya.

Artikel Sinar Harian
 

14243727961912053-402279.jpg

14243727961912053-402280.jpg


Suspek samun kedai serbaneka dengan parang diburu polis



NIBONG TEBAL: Polis sedang memburu suspek bersenjatakan parang yang menyamun sebuah kedai serbaneka di Jalan Sungai Daun, Taman Bistari, di sini, kelmarin.

Kejadian berlaku pada 9.29 malam menyebabkan lelaki dipercayai pekerja kedai berusia 27 tahun cedera di kepala dan tangan akibat diserang suspek yang kemudian melarikan wang tunai dan beberapa kotak rokok dan beg silang yang keseluruhan kerugian dianggar RM500.


“Siasatan menyeluruh sedang dijalankan dan polis juga sudah memperoleh rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berkaitan kejadian.

“Kita juga sedang mengenal pasti kenderaan digunakan suspek yang dipercayai menggunakan nombor pendaftaran asing,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Terdahulu, video tular itu memaparkan sebuah kereta berhenti di hadapan sebuah kedai dengan tiga lelaki memakai baju berwarna gelap dilihat keluar dari kenderaan itu.

Dua lelaki bersenjatakan parang dilihat masuk ke dalam kedai, manakala seorang lagi menunggu di luar sebelum kesemua suspek meloloskan diri.

Artikel Buletin Tv3
 


KEDAH 04/06/2026.

Rakaman CCTV kejadian samun di kedai runcit PakTam, Kuala Lesung, Kuala Ketil.

Sumber ➡️ Media sosial
 
Back
Top
Log in Register