hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,556
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,556
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
WARGA EMAS RUGI RM14,000 DISAMUN DUA LELAKI BERTOPENG DI KOTA SAMARAHAN
KOTA SAMARAHAN, 23 APRIL – Seorang lelaki warga emas berdepan detik cemas apabila disamun dua lelaki bertopeng dalam kejadian di rumahnya di Taman Merlin, di sini pagi tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Samarahan DSP Barry William memberitahu kejdian tersebut berlaku kira-kira pada pukul 11.15 pagi.
Menurut laporan polis, dua suspek lelaki berpakaian serba hitam, bersarung tangan dan bertopeng telah memasuki rumah tersebut.
Salah seorang suspek bertindak agresif dengan menggunakan tukul besi untuk cuba menyerang mangsa serta menolak isterinya.
Susulan kejadian itu, suspek melarikan wang tunai berjumlah RM5,000, USD500, sebuah jam tangan, telefon bimbit, serta beberapa barangan kemas termasuk cincin, rantai leher dan loket emas, dengan jumlah kerugian dianggarkan sekitar RM14,000.
Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan dan bersenjata.
Siasatan awal mendapati tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.
Kes kini masih dalam siasatan lanjut dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu pihak polis.
DEBBIE AMANDA
#beritartmsarawak
#rtmsarawaknews