BTC USD 63,087.5 Gold USD 4,317.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Kompilasi jenayah samun dan rompak

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,277
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,277
Reaction score
1,665
Points
201



KLANG – Enam penyamun berparang kini diburu polis selepas aksi jenayah mereka berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) sebuah kedai snuker di Kapar, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, semua suspek lelaki tempatan berkenaan berjaya melarikan wang tunai berjumlah RM823.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, siasatan pihaknya tiga daripada suspek telah memasuki premis itu manakala tiga lagi menunggu di luar bersama tiga buah motosikal.

“Insiden tersebut berjaya dirakam CCTV.
Semua suspek melarikan wang tunai berjumlah RM823.
Usaha mengesan suspek sedang giat dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru katanya, sebarang maklumat berhubung kejadian itu boleh disalurkan kepada Ibu Pejabat Daerah ini ditalian 03-32912222 atau balai polis terdekat.

“Polis menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan,” katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi 52 saat di aplikasi TikTok menunjukkan suspek memakai topi keledar dan berparang memasuki kedai snuker itu.

Semasa kejadian terdapat beberapa pelanggan sedang bermain snuker di premis tersebut. – KOSMO! ONLINE
 



Geng sama yang menyamun sebelum ini. Rupanya ada beberapa lokasi lagi jadi sasaran penyamun ni.

Kalau anda kena macam ni, tolong jangan bahayakan nyawa anda. Ikut saja arahan penyamun ni. Harta holang boleh dapat semula, nyawa hilang tiada ganti.
 



Kejadian Pecah Rumah Dan Samun Seorang Nenek Di Kampung Melayu Simpang Renggam johor Pada Pukul 4.30pagi.
 


Kes rompakan bersenjata kawasan perumahan😫😩

📍: Taman bukit senawang perdana, Senawang

Tiada maklumat lanjut diperolehi setakat ini.
 


Store 99 Banting....kejadian baru lagi
 


Kejadian samun di kedai runcit Wakaf King Tumpat hadapan Petron pada 4/8/25 jam 10:55mlm
Hati-hati semua!
 
343171-343171.jpg


*TANGKAPAN KES SAMUN MELALUI APLIKASI MICHAT*



Modus operandi kumpulan ini adalah taktik “honey trap”, menggunakan wanita sebagai umpan sebelum suspek lelaki melakukan ugutan, kekerasan dan pemerasan.


Pihak Polis Daerah Kuching, menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati menggunakan aplikasi perkenalan dalam talian dan segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan.

Kredit ➡️ IPD KUCHING
 
Polis buru tiga lelaki pecah masuk rumah


JASIN - Polis memburu tiga lelaki yang memecah masuk sebuah rumah dan mencuri wang tunai pelbagai mata wang asing bernilai RM1,500 di Taman Anjung Gapam di sini, malam tadi..

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintenden Lee Robert berkata, kejadian berlaku pada 9.20 malam dan turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang pemilik rumah berusia 37 tahun itu.

"Pemilik rumah yang bekerja sebagai pengurus pusat kecantikan menyedari kejadian itu menerusi notifikasi CCTV ke telefon bimbit ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

"Wanita itu melihat dua lelaki memecah masuk ke dalam rumah manakala seorang lagi di luar rumah menyebabkan dia menghubungi Balai Polis Bemban,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, anggota unit kereta peronda MPV yang mengiringi mangsa membuat pemeriksaan mendapati laci almari di bilik utama terbuka dan wang tunai mata wang seperti China, Indonesia, Thailand serta Korea hilang.

Suspek didapati mengumpil jeriji besi dan pintu kayu bahagian depan rumah.


Artikel : Sinar Harian

14147799908507661-363886.jpg

14147799908507661-363887.jpg

14147799908507661-363888.jpg

14147799908507661-363889.jpg
 
Paka
Terengganu

Kejadian berlaku Di rumah Aniyah ( kakak Cikgu Din) Suaminya Roslan Sidik parah kena tikam.
pencuri mintak duit Dan bergelut.
Dlm 3 Atau 4 tikaman jgk kena.
berkembur darah dlm bilik Dan ruang tamu.
Kejadian dlm jam 3.00 Pg..Mangsa Di bawak ke Hospital dlm jam 4.00 Pg ni.

14157307413689093-367626.jpg

14157307413689093-367627.jpg

14157307413689093-367628.jpg

14157307413689093-367629.jpg

14157307413689093-367630.jpg


Warga emas nyaris maut ditikam perompak



DUNGUN: Seorang warga emas nyaris maut, selepas ditikam perompak di rumahnya di Kampung Pinang, di sini, kira-kira jam 3 pagi tadi.

Mangsa, Roslan Sidek, 63, dilaporkan mengalami pendarahan teruk selepas cedera ditikam tiga kali di bahagian belakang badannya dan leher.

Ketika kejadian, mangsa bersama isterinya sedang tidur, sebelum rumah mereka dimasuki suspek bersenjatakan pisau, melalui pintu di bahagian belakang rumah.

Perompak terbabit didakwa mengacukan pisau ke leher mangsa, sambil mengarahkannya untuk menyerahkan wang serta barangan berharga.

Pergelutan berlaku ketika mangsa cuba melawan, sebelum perompak berkenaan melarikan diri.

Isteri mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan kemudian menjerit meminta pertolongan, sebelum jiran datang membantu dan memaklumkan kejadian itu kepada pihak polis serta menghubungi ambulans.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Katanya, mangsa telah dibawa ke Hospital Dungun untuk menerima rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil.

Pihaknya kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian, selain giat mengesan suspek.

Artikel : Buletin Tv3
 

14162502937734213-370249.jpg

14162502937734213-370250.jpg

14162502937734213-370251.jpg

14162502937734213-370252.jpg


Seorang pembaca kami, menghubungi kami untuk memviralkan bagi tujuan kewaspadaan bersama masyarakat Tawau. Ini adalah kes pecah rumah, yang mana rumah beliau didatangi sebuah kereta Myvi merah VJL2039 dan dua individu memecah masuk rumahnya di Taman Ria 11 sekitar 3pm kemarin. Pemilik kereta ini seorang wanita dan kini sedang membuat report polis. Info dari pemilik rumah ini, melalui khabar dari orang ramai, kes di bandar dan di Air Panas adalah dari orang atau kumpulan yang sama sebelum ini. Berhati-hati orang Tawau, tutup pagar dan kuncikan sentiasa. Semoga cepat kena berkas dan dapat hukuman setimpal.

Kredit➡️ APAKES TAWAU
 
Back
Top
Log in Register