BTC USD 86,243.0 Gold USD 4,173.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kompaun RM3.8 juta

Luqmanul Hakim

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,318
Joined
Mar 17, 2010
Messages
23,318
Reaction score
4,848
Points
196
Kompaun RM3.8 juta


PETALING JAYA: Sebanyak RM3.8 juta nilai kompaun dikeluarkan Kementerian Kesihatan kepada mereka yang terbabit dengan pembiakan nyamuk aedes sejak awal tahun sehingga Mei lalu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkata, nilai itu adalah daripada 8,703 kompaun dikeluarkan dalam tempoh berkenaan.


Bagaimanapun katanya, daripada jumlah kompaun itu seramai 1,699 individu tidak menjelaskan denda itu, 649 kes diselesaikan dan 375 lagi didenda.

Beliau berkata, denda RM500 sehingga maksimum RM5,000 boleh dikenakan kepada mana-mana individu yang didapati tidak menjaga kebersihan sehingga menyebabkan pembiakan nyamuk aedes dan wabak denggi.


“Mengikut jumlah kes demam denggi dari Januari sehingga 14 Julai lalu, sebanyak 12,518 kes dilaporkan yang mencatat peningkatan 13 peratus dibandingkan tempoh sama iaitu 10,741 kes pada tahun lalu.


“Daripada jumlah itu, sebanyak 25 kematian direkodkan dan jumlah ini juga meningkat berbanding 19 kematian tahun lalu,” kata pada Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Renjer Anti-Aedes antara sekolah 2012 peringkat sekolah Wilayah Persekutuan, Putrajaya, Selangor, Johor dan Pulau Pinang di sini, semalam.

Dr Hasan berkata, kesedaran dan pengetahuan masyarakat terhadap pembiakan nyamuk aedes semakin meningkat, tetapi pembabitan mereka dalam menjaga kebersihan di kediaman berkurangan.


“Kerajaan memang mengambil serius mengenai demam denggi dan sejak tiga tahun lalu, kerajaan mengeluarkan arahan sesiapa yang tidak menjaga kebersihan sehingga wujud tempat pembiakan nyamuk aedes boleh didenda RM500 sehingga RM5,000.

“Pencegahan perlu dilakukan secara berterusan iaitu sekurang-kurangnya seminggu sekali selama 10 minit dengan mengambil masa membersihkan kawasan kediaman,” katanya.


Dr Hasan berkata, aktiviti seperti dilakukan pelajar sekolah menerusi pertandingan ini adalah langkah positif untuk mendidik masyarakat mengambil berat mengenai demam denggi. Dalam pertandingan anjuran kali keempat itu, lebih 2,000 pelajar dari 100 sekolah mengambil bahagian.





sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/KompaunRM3_8juta/Article
 
Last edited:
perghhh!banyak tu rm3.8 juter.....
 
Patut denda kasi naik lagi..bagi kesedaran sket..nanti sakit sapa yang susah..kalo najib takpe la jugak :p
 
Back
Top
Log in Register