Liberalisma, sekularisma, pluralisma, feminisma dan kesamaan gender, 'moderate muslim' dan seangkatannya bukanlah daripada ajaran Islam.
Dalam masa yang sama, pendaulatan Islam pula akan dikaitkan atau di'chop' dengan pelbagai gelaran termasuk jumud, kolot, pengganas dan terorisma.
Bukan tujuan kenyataan ini untuk melabelkan orang lain atau kelompok lain, tetapi adalah untuk kita membuat muhasabah diri, mengenal realiti medan dan membuat persiapan yang secukupnya ke arah kejayaan yang sebenar.
'Bertolong-menolonglah kamu di atas jalan kebaikan dan ketaqwaan, dan janganlah kamu bertolong-menolong di atas dosa dan permusuhan. Bertaqwalah, sesungguhnya siksaan Allah amat berat'.
Al Maidah ayat 2