BTC USD 80,819.5 Gold USD 4,353.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Kata percuma, kenapa minta bayaran?

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,515
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,515
Reaction score
1,681
Points
201
Kata percuma, kenapa minta bayaran?’ dakwaan NGO tular


MELAKA – Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyediakan perkhidmatan pengurusan jenazah di negeri ini menjadi perhatian selepas tular dakwaan kononnya meminta bayaran daripada waris seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun walaupun perkhidmatan itu pada awalnya dimaklumkan sebagai percuma.

Dakwaan tersebut dikongsikan aktivis sosial dan pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ), Mr Wan Chai menerusi satu hantaran di akaun Facebook miliknya yang mengundang pelbagai reaksi netizen.

Menurut beliau, wakil NGO berkenaan dikatakan memaklumkan kepada waris di hospital bahawa segala urusan pengurusan jenazah dilakukan secara percuma tanpa sebarang bayaran.

Bagaimanapun, beliau mendakwa kira-kira seminggu selepas pengebumian, bapa kepada kanak-kanak itu menerima mesej yang meminta bayaran.

Menurutnya, apabila perkara tersebut dipersoalkan, bayaran berkenaan dijelaskan sebagai sumbangan atau infak, namun jumlah yang diminta didakwa telah ditetapkan.

Beliau turut meluahkan rasa kecewa dan menyifatkan tindakan berkenaan sebagai tidak wajar kerana didakwa dilakukan ketika keluarga masih dalam keadaan bersedih akibat kehilangan anak.

Dalam hantaran sama, beliau turut mendakwa akan membuat pendedahan lanjut berhubung NGO terbabit menerusi media sosial.

Sementara itu, wakil NGO terbabit ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang mengumpulkan bukti dan akan membuat laporan polis berhubung dakwaan itu.

Artikel Kosmo Online

14263918673886893-408449.jpg

14263918673886893-408450.jpg

14263918673886893-408451.jpg
 


Aku Tidak Akan Halalkan Duit Infaq Tu❗

Rakaman perbualan antara bapa anak syurga dengan rakannya menjadi asas kepada pendedahan ini.

Pada hari pemergian anak perempuannya yang berusia 11 tahun.

Bapa arwah pada asalnya telah membuat pembayaran sebanyak RM10 kepada pihak hospital.

Ianya sebagai caj perkhidmatan penggunaan van jenazah bagi perjalanan sejauh 9.8 kilometer dari Hospital Melaka ke Taman Merdeka, Batu Berendam.

Bagaimanapun, seorang rakan beliau telah mencadangkan agarmenggunakan perkhidmatan Van Jenazah Melaka yang dikata menawarkan perkhidmatan secara percuma.

Beliau kemudian bersetuju dengan cadangan tersebut dan membatalkan penggunaan van jenazah milik hospital.

Sebaik sahaja van jenazah tiba, beliau telah bertanyakan sebanyak tiga kali kepada dua orang petugas yang dikenali sebagai Azlan dan Rahmat berhubung kos perkhidmatan tersebut.

Beliau mendakwa kedua-dua petugas berkenaan memaklumkan bahawa perkhidmatan itu adalah percuma.

Namun selepas seminggu, seorang individu yang dikenali sebagai Azlan menghubunginya melalui aplikasi WhatsApp bagi meminta bayaran untuk perkhidmatan van jenazah anaknya.

Beliau kemudian mempertikaikan permintaan tersebut kerana mendakwa telah dimaklumkan sebelum ini bahawa perkhidmatan itu adalah percuma.

Walau bagaimanapun, Azlan menafikan pernah memberitahu perkhidmatan mereka percuma.

Azlan juga memaklumkan tiada sebarang iklan atau kad perkhidmatan yang menyatakan perkhidmatan Van Jenazah Melaka adalah percuma.

Bapa arwah kemudian menghantar rakaman pesanan suara kepada rakannya yang sebelum ini mencadangkan penggunaan perkhidmatan tersebut.

Namun beliau kecewa apabilw dimaklumkan bahawa bayaran sebanyak RM100 perlu dibuat atas nama infaq.

Tujuan pendedahan ini bukanlah semata-mata kerana nilai RM100.

Sebaliknya si bapa berasa kecewa dan mendakwa telah diperdaya dengan perkhidmatan yang pada awalnya dikata sebagai percuma.

Beliau berharap tiada lagi waris lain yang kematian ahli keluarga di Melaka akan tertipu dan menjadi mangsa.

#KartelVanJenazahMelaka
 
Kat penang pun kena bayar

Mana ada free
 
Back
Top
Log in Register