rinoa99
Legendary Member

- Messages
- 19,483
- Joined
- Jun 5, 2022
- Messages
- 19,483
- Reaction score
- 2,596
- Points
- 261
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.






KASMA BOOTY BERJALAN ATAS BARA API
Selepas meninggalkan Shaw Brothers pada penghujung tahun 1951 akibat krisis peribadi dengan majikan, seniwati kacukan Belanda ini telah beralih karier seni lakonnya bersama Opera Rayuan Asmara, group bangsawan yang dimiliki oleh suaminya, Booty Jacobs. Dalam pada itu, selain dari mengasah bakat lakonan serta nyanyian di persada bangsawan, Kasma Booty telah mendalami ilmu persilatan dengan Mahaguru Seni Silat Gayong iaitu Meor Abdul Rahman sehingga tamat. Kisah ini adalah di sekitar tahun 1953 hingga 1954. Pada ketika itu, nama Meor Abdul Rahman memang tidak asing lagi di kalangan penggiat seni silat tanah air.
Meor Abdul Rahman juga pernah membuka gelanggang di Studio Jalan Ampas pada tahun 1955 untuk melatih beberapa orang artis seperti Noordin Ahmad, A Rahim, Ahmad Mahmood, S Kadarisman dan Normadiah.
Tetapi bagi Kasma Booty pula, sayang sekali beliau tidak dapat mempamerkan bakat seni silat nya di layar perak disebabkan beliau telah berundur dari dunia perfileman lebih awal. Hanya pada tahun 1958, setelah dipujuk oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman, barulah beliau kembali untuk memainkan watak sebagai Mahsuri dalam filem MAHSURI terbitan Cathay Keris.
Gambar kiri: Kasma Booty bersama Mahaguru Meor Abdul Rahman diambil pada tahun 1954. Pada ketika itu, Meor berusia 39 tahun, manakala Kasma 22 tahun dan telah pun mempunyai 4 orang cahayamata.
Gambar kanan: Kasma sedang lalui ujian terakhir iaitu berjalan atas bara api. Sebelum itu, beliau diuji bermandi dengan minyak panas menggelegak serta meloncat ke atas serpihan kaca, berkaki ayam



