BTC USD 83,033.1 Gold USD 4,191.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Koleksi Dialog Lawak P.ramlee

alip mim nun wau,

alip tendang wau,

sarkis da....


aik,panjang2 begitu tulisnya bunyinya pendek, sarkis??

yang panjang2 tu cume bungenye aje


:eek::eek::eek::eek::eek:
 
sedara,sedara ni berbini dua memang pandai,tapi undang-undang bo.doh,
kalau nak berbini dua tu,bagi adillah,satu malam sini,satu malam sana,
selamat malam...


lalalalalalla,lalalala..
eh,sejak bila aku berbini???alamak salah bilik da...:p
 
pendekar mustar: Eni.. angkat kain jemurannnn... hujan dah turonnn..

sudin punya version: Eni.. angkat kain, hujannn.. jemuran dah turun....
 
Tipah: Jamil masih lagi balik kat rumah awak...

Hasnah: Apa pulak tak balik!

Tipah: Hai setahu saya bukan ker Jamil dah ceraikan awak?

Hasnah: Bila masa pulak abg jamil ceraikan saya?..setahu saya cik tipah tue yg diceraikan!

Tipah: Tidak....cik jamil masih lagi balik ke rumah :)

Hasnah: Hai! jgn2 kita nie masih bermadu lagi tak..eheeh :)

Tipah: Nasib baik kat rumah orang kalau tidak saya kerja2 kan awak

Hasnah: Oooo.. sebelum awak nak kerja kan saya...saya koooreeekk biji mata awak!

Tipah: Amboiiiii...! dah dirampas laki kita...bijik mata kita pulak dia nak korek!!!!
 
Judul Filem : Bujang Lapok

"Abang Sudin! Dua puluh sen..!" - Ayu

"Takde dua puluh sen rahsia bocor haaa..." - Ayu

Judul Filem : Ali Baba Bujang Lapok

"Apelah.. kamu, hari-hari datang nak pinjam, hari-hari datang nak pinjam. Kamu tak ade malu ke? Pemalas! Ka tio bagdad tu tah dabi tus tak. Bia nang buti nang, kui buti kui, butai mie ti. Ka tir tom tom.." - Kassim Baba
"Kanda, bahase ape kanda cakap ni?" - Ali Baba
"Aku cakap bahasa aku ler!" - Kassim Baba

"Apesal kanda pakai topi besi?" - Norsiah
"Kanda masuk soldier lah.." - Ali Baba
"Kenapa kanda bukak baju tak bukak topi?" - Norsiah
"Soldier kena turun pangkat dah.." - Ali Baba

"Buah qurmak! Sampai licin kamu kebas" - Chief
"Hey belacan. Siape name kamu dah?" - Chief
"Kassim Baba dah" - Kassim Baba
"Kassim Baba, sebelum kamu mampus, kamu boleh mintak apa yang kau mau mintak" - Chief
"Aku mau mintak, kau mesti menghormatkan hari aku mati. Kau mesti mengadakan satu hari public holiday" - Kassim Baba

"Untuk menghormati hari matinya Kassim Baba, kita mesti mengadakan satu hari public holiday" - Chief


scene Jamban
"Itu dia rumahnya. Serbu!" - Chief
"Rumah banyak kecik lor" - Momotaro San
"Eh, pedulikan lah. Kita kasi pecah larr.." - Penyamun doktor

"Kau Sungai Road punya penyamun dah.. Makan belacan! Aku suruh kau pergi pangkah rumah Kassim Baba, apa pasal yang kau pergi pangkah 'rumah kecik'? Engkau tahu berapa rugi aku hari ini kena beli minyak wangi?" - Chief (kepada Sarjan)

Judul Filem : Pendekar Bujang Lapok

"Huruf ini sama dengan huruf Jim, huruf Jim matanya di tengah-tengah tetapi huruf ni matanya di atas" - Cikgu Ros
"Aa.. Jim ini matanya di tengah-tengah, Jim ini mata di atas cikgu... Jin pakai toncet" - Sudin

Judul Filem : Seniman Bujang Lapok

"Siapa kau?" - Aziz
"Aku King" - Ramli
"King apa?" - Aziz
"King Kong!" - Ramli

"Berapa senang Beta punya hati, Betalah yang digelarkan Setan Aminurrashid" - Ramli
"Cut...! Bukan setan, syaitan! Sultan!!" - Director

Judul Filem : Labu Labi

scene Kereta Hj Bakhil

"Sekarang mari kita cerita pasal Haji Bakhil. Haji Bakhil tu memang orang kaya, rumah dia besar, kereta dia pun cukup cantik! Nak tengok keretanya? Tu.. di hujung sana... Cantik bukan? Macam setan!" - Labi

scene Sawan Si Labu

"Allah, pecah juga harta aku Labu..." - Haji Bakhil
"Yang sebetulnya encik, saya ada sawan encik. Bila terpekik saja, sawan saya datang encik" - Labu
"Kerana penyakit sawan kau tu.. papa lah aku Labu" - Haji Bakhil
"Tidak encik, lain tahun nanti sawan saya kasi kaya encik" - Labu
"*****! Setan!" - Haji Bakhil

(Labi muncul dari luar) "Apa engkau ini Labu.. angkat itu pun tak larat ka? *****!" - Labi
"Diam!! Kau pun setan juga" - Haji Bakhil

(Labu menyampuk) "Ya encik.. setan! Setan gondol encik. *****! Baghal!" - Labu
"Diam!" - Haji Bakhil

scene Mimpi jadi orang kaya

"Mahu minum apa Tuan?" - Pelayan kelab (Haji Bakhil)
"Emm.. aa.. Jin and Tonic" - Majistret Labi
"Emm.. aa.. Iblis Tonic" - Doktor Labu

"Iblis Tonic mana ada Tuan" - Pelayan kelab
"Err.. aa.. give me Setan and Tonic" - Doktor Labu
"Setan lagi tak ada Tuan" - Pelayan kelab

(Labu marah) "Err.. now bring me Haji Bakhil and Tonic! Get out, get out!" - Doktor Labu
"Tuan..." - Pelayan kelab


scene Mimpi jadi 'koboi'

(Labu belum sedar dari mimpi) "Peng!" - Labu

"Ooo... kau 'peng' (tembak) aku ya? Sekali aku 'peng' (lesing) baru kau tahu, budak-budak setan ni. Dah tengah malam belum jugak tidur-tidur lagi. Kau tahu dah pukul berapa sekarang ni?!" - Haji Bakhil

scene Mimpi 'nak cari kayu..'

"Ooo.. ini dia Haji Bakhil tua kutuk, tua tak sedar diri" - Labu
"Apa? Kau bilangkan aku tua kutuk? Bahalol! Setan!" - Haji Bakhil
"Siapa setan? Aku bukan setan. Aku Haji. Haji Labu. Kau setan. Kau setan bakhil bin kedekut!" - Labu

scene Pukul 6 pagi, kena ketuk ketampi

(Labu dan Labi pegang telinga)
"Ha, kau dah tahu. Belum aku suruh kau dah bikin. Padan muka kau setannn...." - Haji Bakhil

Judul Filem : Nasib Si Labu Labi

"Abang Labi sedang tengok apa tu?" - Manisah "Abang Labi sedang tengok ular salin kulit" - Labi "Eeee....gelilahh..." - Manisah
 
Peberet sepanjang hayat aku ni....
 
Back
Top
Log in Register