combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
fb UC TATI Racing Club
Kolej Universiti TATI (UC TATI) bakal menjadikan penyertaan dalam Formula Student Malaysia (FSM) 2026 sebagai platform penting untuk membuktikan keupayaan dalam bidang kejuruteraan automotif pada edisi yang berlangsung di Litar Dato’ Sagor, Perak pada Rabu dan Khamis ini.
Rektor UC TATI Profesor Ir Dr Hairul Azhar Abdul Rashid berkata kejohanan berprestij itu adalah kesinambungan kepada Perlumbaan Automotif dan Inovasi Pendidikan (EIMARace) dalam usaha mengangkat semula platform pembangunan bakat kejuruteraan selepas dihentikan kira-kira sedekad lalu.
Beliau berkata UCTATI Racing Team (UTRT) tampil dengan dua jentera utama iaitu Red Shark dan Blue Shark yang dibangunkan sepenuhnya oleh pelajar pelbagai disiplin.
"Kedua-dua jentera menjadi simbol keupayaan teknikal pelajar institusi berkenaan yang menggabungkan elemen reka bentuk, analisis aerodinamik (CFD), fabrikasi, pemasangan dan ujian prestasi dalam satu ekosistem pembangunan sebenar.
"Pendekatan hands-on engineering yang diterapkan dilihat selari dengan kehendak industri semasa yang menuntut integrasi antara kejuruteraan, inovasi dan keusahawanan sekali gus memperkukuh kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Hairul Azhar berkata UTRT bukanlah nama asing dalam arena perlumbaan pelajar apabila mencatat kadar kejayaan 50 peratus dalam penyertaan terdahulu selain meraih beberapa kemenangan di litar seperti Litar Sukan Bermotor Antarabangsa Melaka (MIMC), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan Kuantan.
"Bagi edisi 2026, jentera Red Shark diketuai Muhammad Adam Alif Muhammad Zani dengan Che Hanif Haikal Che Mat sebagai pemandu manakala Blue Shark diterajui Muhammad Redaniel Haqim Redzuan bersama pemandunya, Eizzedin Afkar Azil Hizaq.
"Kedua-dua pasukan turut dibarisi pelajar daripada pelbagai bidang termasuk pembuatan, automotif, mekatronik, kimia, pengurusan perniagaan serta sains komputer," katanya.
Menyentuh mengenai sudut teknikal, beliau berkata fokus pembangunan jentera tertumpu kepada peningkatan prestasi aerodinamik melalui analisis CFD, pengurangan berat bagi meningkatkan kelajuan serta kestabilan dan kawalan optimum di litar selain memastikan reka bentuk memenuhi piawaian pertandingan antarabangsa.
Kolej Universiti TATI Tampil Dua Jentera Utama Pada FSM 2026
UCTATI, Hairul Azhar, TVET, kejuruteraan, FSM 2026