BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kolam Penyu Di Tapak Pesta Pelita Raya Terengganu Diarah Tutup

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,764
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,764
Reaction score
289
Points
146
3273bf1c695924be2d6dad8c70370d17695b3aed4939d

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal Datuk Razali Idris (Gambar Fail)

Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) telah mengarahkan agar kolam penyu di tapak Pesta Pelita Raya Terengganu 2026 di Gong Badak, Kuala Nerus ditutup petang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri Datuk Razali Idris berkata tindakan segera itu diambil setelah menerima aduan daripada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar melalui media sosial.

Beliau berkata perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku memandangkan penyu merupakan haiwan dilindungi dan tidak boleh dibiarkan terdedah kepada cahaya terang seperti di tapak pesta.

"Tindakan drastik telah diambil oleh penganjur Pelita Raya Terengganu, iaitu JPNT dan saya dimaklumkan kolam penyu yang dikendalikan Pejabat Daerah dan Tanah Dungun itu telah dialihkan petang semalam.

“Saya harap perkara seperti ini tidak berulang pada masa akan datang," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sehubungan itu, Razali mengingatkan semua pemilik gerai di tapak program agar lebih sensitif dengan penganjuran sebarang aktiviti dalam usaha mereka menarik pengunjung.

Semalam tular di laman sosial apabila sebuah pavilion daerah di tapak Pesta Pelita Raya Terengganu menjadikan penyu sebagai tarikan orang ramai dengan meletakkannya di dalam kolam yang sempit.

Tindakan itu menimbulkan kemarahan para pencinta haiwan dan pengguna media sosial kerana didakwa menyeksa hidupan marin berkenaan.

 
Back
Top
Log in Register