BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

757,000 Anak Penyu Dilepaskan Di Terengganu Pada 2025, Bukti Kejayaan Konservasi Marin

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,774
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,774
Reaction score
289
Points
146

757,000 Anak Penyu Dilepaskan Di Terengganu Pada 2025, Bukti Kejayaan Konservasi Marin​

6479bfba4c3cd2ac0631f6f96f83b69b6a277ab271db0

5ec4f4e9bd7a63ef06587d23e84c568e6a277aa5a3e81

5906429eab8e9820a25f38165b7527726a277a9ac8f39

7e6808d0f064a59d5713019a65df403b6a277a8ef1e0c

Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, Datuk Adnan Hussain (tengah) bersama Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Datuk Abdul Kadir Abu Hashim bergambar sebelum melepaskan anak penyu pada Program Sambutan Minggu Laut Sedunia di Taman Laut Pulau Redang, semalam.

Sebanyak 757,869 ekor anak penyu berjaya ditetaskan dan dilepaskan semula ke laut di Terengganu sepanjang tahun lepas, mencerminkan keberkesanan usaha konservasi marin negara dalam melindungi spesies terancam.

Ketua Pengarah Perikanan Datuk Adnan Hussain berkata kejayaan itu direkodkan menerusi Program Pengurusan dan Konservasi Penyu Terengganu, yang turut mencatatkan 13,180 sarang penyu agar dengan 1.07 juta biji telur berjaya dikumpulkan dan dieram pada 2025.

Beliau berkata kadar penetasan penyu juga menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila mencapai 71.07 peratus.

“Setiap anak penyu yang berjaya kembali ke laut merupakan harapan baharu kepada kelangsungan spesies ini, serta petunjuk kepada kesihatan ekosistem marin yang kita warisi dan pelihara bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelepasan 570 ekor anak penyu, agar di Taman Laut Pulau Redang bersempena sambutan Hari Laut Sedunia 2026 yang mengangkat tema “Lindungi Laut, Lestarikan Perikanan,” di sini hari ini.

Adnan berkata Terengganu kekal sebagai lokasi persarangan utama penyu agar di negara ini dengan beberapa pantai signifikan termasuk Pantai Chagar Hutang dan Pantai Pasir Panjang di Pulau Redang, Pantai Rantau Abang di Dungun serta Pantai Geliga dan Pantai Ma’Daerah di Kemaman.

Selain penyu agar, Adnan berkata sebanyak 308 sarang tuntung laut dan 23 sarang penyu karah (Eretmochelys imbricata) turut direkodkan, sepanjang tahun lepas.

Beliau berkata usaha konservasi turut memberi limpahan kepada sektor ekopelancongan, apabila pusat konservasi penyu di Terengganu merekodkan 219,095 pengunjung pada 2025, termasuk 185,804 pengunjung ke Turtle Conservation and Information Centre (TCIC) Rantau Abang.

Beliau berkata sebanyak 186 program pendidikan dan kesedaran konservasi turut dilaksanakan sepanjang tahun lepas, bagi meningkatkan pemahaman masyarakat terhadap kepentingan melindungi ekosistem marin.

 
Back
Top
Log in Register