BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

500 Anak Penyu Agar Dilepaskan Di Kertih

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,187
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,187
Reaction score
346
Points
141

500 Anak Penyu Agar Dilepaskan Di Kertih​

b232b63d8901d4cf3ecf631a45110b856aa7f0c61e6ef

3518c7251b8b0115161d43b07f0e6a4b6aa7f12f34677

485df5adef6745863dfe3836e7e6ea856aa7f18574096

Pemangku Raja Terengganu Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin (duduk, dua, kiri) berkenan melepaskan anak penyu agar pada Program Lestari Alam 2026 di Pusat Santuari Penyu Ma' Daerah, Kertih, Kemaman hari ini. Sebanyak 500 anak penyu agar berusia sehari, masing-masing berukuran kira-kira 2.5 sentimeter, dilepaskan ke laut sebagai usaha pemuliharaan spesies penyu di Terengganu menerusi program anjuran Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu.

Anak penyu itu berasal dari Pusat Konservasi Penyu Ma' Daerah Kertih dan pelepasan tersebut bertujuan memastikan kelangsungan spesies berkenaan selain meningkatkan kesedaran orang awam terhadap kepentingan pemuliharaan penyu di negeri ini. Program berkenaan turut memberi peluang kepada masyarakat untuk memahami kepentingan menjaga habitat penyu serta memainkan peranan bersama dalam memastikan spesies berkenaan terus terpelihara.

Pelepasan anak penyu itu merupakan antara langkah berterusan dalam usaha pemuliharaan penyu di Terengganu, khususnya melalui pengurusan dan perlindungan telur serta anak penyu sebelum dilepaskan ke habitat semula jadi.

- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Sebanyak 500 anak penyu agar berusia sehari, masing-masing berukuran 2.5 sentimeter dilepaskan ke laut di Pusat Santuari Penyu Ma’ Daerah Kertih di sini hari ini sebagai usaha pemuliharaan menerusi Program Lestari Alam 2026 anjuran Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu.

Pemangku Raja Terengganu Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin turut berkenan melepaskan beberapa ekor anak penyu pada kira-kira 6.30 petang.

Turut berangkat adinda baginda Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Fatimatuz Zahra’.

Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar serta Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu Pang Nyukang.

Anak penyu agar itu dieram di pusat santuari berkenaan dan pelepasan tersebut bertujuan memastikan kelangsungan haiwan marin itu, selain meningkatkan kesedaran orang awam terhadap kepentingan pemuliharaan penyu di negeri ini.

Terdahulu, Tengku Muhammad Ismail menyeru masyarakat supaya bersama-sama memelihara alam sekitar dan melindungi ekosistem marin bagi memastikan kelangsungan sumber semula jadi untuk generasi akan datang.

Baginda bertitah usaha itu penting berikutan pencemaran, pembuangan sampah dan aktiviti manusia yang tidak terkawal semakin mengancam keseimbangan alam serta kehidupan marin termasuk ikan, penyu dan terumbu karang.

Tengku Muhammad Ismail bertitah antara langkah yang boleh dilakukan ialah mengurangkan penggunaan plastik sekali guna, menjaga kebersihan sungai, pantai dan laut serta melindungi habitat semula jadi seperti hutan bakau dan terumbu karang, selain menyokong amalan perikanan lestari bagi mengelakkan sumber laut dieksploitasi secara berlebihan.

"Menjaga alam sekitar bukanlah tanggungjawab kerajaan atau badan-badan tertentu sahaja. Ia merupakan tanggungjawab kita bersama. Walaupun tindakan kita kelihatan kecil, apabila dilakukan oleh jutaan manusia, kesannya boleh menjadi sangat besar," titah baginda.

 
Back
Top
Log in Register