BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Klang problem : Lima Individu Ditahan Disyaki Terlibat Pergaduhan Di Pelabuhan Klang

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,771
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,771
Reaction score
289
Points
146

Lima Individu Ditahan Disyaki Terlibat Pergaduhan Di Pelabuhan Klang​

7fe93c11b6be97bd928acb24b7bbdae96984651c6638a


Polis menahan lima lelaki tempatan disyaki terlibat dalam insiden pergaduhan di Flat Seri Perantau, Pelabuhan Klang, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Lim Jit Huey berkata penahanan kesemua individu berusia lingkungan 18 hingga 47 tahun itu dilakukan selepas pihaknya menerima laporan kejadian itu pada 4 petang semalam.

“Bertindak atas maklumat, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan telah berjaya menangkap lima lelaki tempatan dan kesemua tangkapan direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu melengkapkan siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan sekiranya disabitkan kesalahan, mereka boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lim berkata punca pergaduhan masih dalam siasatan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil menyalurkannya terus ke IPD Klang Selatan atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Terdahulu tular di media sosial satu video berdurasi 2 minit 41 saat memaparkan insiden pergaduhan dengan beberapa individu memegang senjata yang dipercayai berlaku di Flat Seri Perantau.

 


Lima ditahan bantu siasatan pergaduhan di Pangsapuri Seri Perantau


SHAH ALAM: Lima lelaki tempatan termasuk remaja berusia 18 tahun ditahan dipercayai terbabit pergaduhan berhampiran Pangsapuri Seri Perantau, Pelabuhan Klang, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey, berkata pihaknya menerima laporan jam 4 petang, semalam.

"Susulan laporan diterima, lima suspek berusia antara 18 hingga 47 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

"Semua suspek direman empat hari bermula hari ini dan punca pergaduhan masih dalam siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata atau objek yang boleh mendatangkan kecederaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai dinasihatkan tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih di media sosial yang boleh menimbulkan kegusaran awam serta menjejaskan proses siasatan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian ini diminta untuk tampil menyalurkannya terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.

Terdahulu, rakaman yang memaparkan sekumpulan individu bergaduh turut tular di media sosial.

Artikel Berita Harian
 
Back
Top
Log in Register