BTC USD 61,295.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KL dilanda banjir kilat

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUALA LUMPUR - Banjir kilat melanda sekurang-kurangnya 10 kawasan di ibu negara ekoran hujan lebat sejak tengah hari tadi.
Bagaimanapun belum ada kemalangan jiwa dilaporkan.

Bilik Gerakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika dihubungi berkata, kawasan yang dinaiki air ialah di Sentul dan Salak Selatan.

"Kawasan di Sentul dinaiki air kira-kira jam 4.40 petang manakala di Salak Selatan jam 3.40 petang tadi. Walau bagaimanapun keadaan air sudah semakin surut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online sebentar tadi.

Katanya, pihaknya turut mendapat panggilan kecemasan banjir dari penduduk sekitar tetapi keadaan tidak membimbangkan.

Hujan lebat bermula kira-kira jam 2 petang di sekitar ibu kota.

Dalam perkembangan lain, Pusat Kawalan Operasi Ibu Pejabat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengesahkan beberapa kawasan sekitar ibu kota dinaiki air.

Pembantu Jabatan Pertahanan Awam, Zulfadzli Ismail berkata, setakat ini berdasarkan aduan diterima dari orang ramai, beberapa kawasan yang dinaiki air iaitu, di sekitar Sentul; Salak Selatan; Taman Putra, Dang Wangi dan Tasik Permai, Ampang.

"Manakala di Hulu Klang, tiga tempat dinaiki air iaitu di Sekolah Kebangsaan Hulu Klang; Taman Keramat AU5 dan di kawasan perumahan Kemensah Height," katanya.

Sementara itu, berlaku insiden paip pecah di Jalan Syed Mahadi, Kampung Baru dan Pegawai JPAM sedang meninjau kawasan itu.

''Setakat ini seramai 24 orang membabitkan enam keluarga dipindahkan ke Balai Penghulu Mukim Hulu Kelang, Gombak dari dua kampung iaitu Kampung Fajar dan Kampung Kuala Ampang di daerah itu kira-kira jam 4 petang tadi.'' katanya.

Zulfadzli berkata, hujan lebat sekitar 2 petang tadi menyebabkan air Sungai Gombak melimpah mengakibatkan beberapa rumah dinaiki air.

''Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, air semakin surut dan keadaan terkawal," katanya lagi.
Katanya, JPAM kini sedang menunggu laporan penuh daripada Pusat Kawalan Operasi JPAM Dang Wangi berkenaan banjir di sekitar ibu kota.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/kl-dilanda-banjir-kilat-1.44803
 
Hmmmm, nampak gaya... turun kl naik 4x4 la lepas ni...
kerap sangat dah ni
 
SMART tu tak boleh atasi banjir kat KL ke ? tengah town ke ni ?
 
Kajang air naik gak tadi, kat pasar
 
apa guna SMART?
projek bilion2
tapi xada guna
 
kl tak cukup kawasan tadahan air time kemarau tak cukup air time hujan banjir kilat. kerajaan dah kene bangunkan kawasan lain luar dari lembah klang
 
arini punye lebat lain mcm ckit..
 
Back
Top
Log in Register