BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KKM Jamin Bekalan Ubat Kritikal Termasuk Insulin Dan Vaksin Kekal Stabil

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146
3625e9011fc284c9b73d0ca812d5f854671fbec079f2a


Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat-ubatan kritikal di negara ini termasuk insulin dan vaksin berada pada tahap stabil dan mencukupi bagi menampung keperluan rakyat buat masa ini.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perkhidmatan Farmasi) Dr Azuana Ramli berkata kerajaan melaksanakan pemantauan berterusan menerusi penubuhan pasukan petugas memastikan tahap ketersediaan stok ubat-ubatan di seluruh negara stabil.

"Sekarang kita sudah ada jawatankuasa yang ahlinya terdiri daripada pegawai-pegawai kementerian dan juga pihak industri. Kita membincangkan isu ini dan memantau paras stok secara bersama,” katanya ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV bertajuk "Sekuriti Bekalan Ubat Negara" hari ini.

Dr Azuana berkata melalui mekanisme ini, pihak industri menyalurkan maklumat tahap stok bagi membolehkan KKM mengenal pasti sebarang gangguan bekalan dengan lebih awal

“Kita dapat lihat stok mana kritikal contohnya mungkin dalam rantaian itu bekalan kita tinggal 60 hari ke 90 hari. Jadi bila kita tahu stok yang mana ada isu, kita boleh ambil tindakan," katanya.

Mengenai isu bekalan insulin, Dr Azuana berkata rawatan untuk pesakit diabetes tidak terjejas kerana terdapat pelbagai jenis rawatan dan pilihan ubat alternatif di pasaran.

“Walaupun berlaku kekurangan insulin, rawatan pesakit diabetes tetap diteruskan kerana pesakit boleh beralih kepada insulin analog atau ubat tablet.

“Jadi sebab itu bekalan ubat-ubatan stabil dan terkawal. Mungkin ada gangguan rantaian namun kita akan ambil langkah mitigasi bagi memastikan pesakit mendapat rawatan dalam apa cara sekalipun” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) Dr P. Muralitharan berkata setakat ini peranti perubatan di Malaysia masih mencukupi dan terkawal meskipun dunia berdepan konflik di Asia Barat.

 
Back
Top
Log in Register