eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUALA LUMPUR: Pendedahan memeranjatkan apabila tiga pengedar syabu dikesan mampu bergelar jutawan dengan mengumpul harta kekayaan dan aset kekal berjumlah lebih RM22.5 juta hasil jualan najis dadah.
Ketiga-tiga suspek yang juga dalang utama penyeludupan dadah ke negara ini dikesan cuba ‘memutihkan’ wang haram berkenaan dengan membeli 16 bidang tanah, lapan kedai dan rumah, beberapa syarikat serta deretan kenderaan mewah.
Bagaimanapun semua harta dikumpul milik penjenayah itu sejak beberapa tahun lalu akhirnya dirampas polis mengikut Akta Dadah berbahaya (Perlucutan hak Harta 1988).
Timbalan Pengarah Pelucutan hak, Tahanan dan Perundangan, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ismail Yatim, berkata rampasan pelucutan harta penjenayah itu yang terbesar dalam sejarah, hasil usaha keras polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah jenis syabu (methamphetamine) di Rompin, Pahang pada 2 Mei lalu.
Menurutnya, hasil tangkapan ‘Ops Gazania’ itu, polis merampas 978.015 kilogram dadah yang dianggarkan bernilai hampir RM254 juta mengikut nilai pasaran semasa.
“Susulan penahanan tiga suspek itu, Bahagian Pelucutan Harta JSJN Bukit Aman dibantu JSJN Pahang dan Johor menjalankan siasatan kewangan mengikut Akta Dadah berbahaya (Perlucutan Harta 1988) untuk mengesan serta menyita harta benda yang dimiliki ahli sindiket dan sekutu mereka.
“Hasil siasatan terperinci dan menyeluruh, Bahagian Pelucutan Harta JSJN mengesan dan menyita harta benda kepunyaan tiga ahli sindiket serta 14 lagi ahli kumpulan dan empat syarikat dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti pengedaran dadah itu.
“Semua harta disita adalah wang tunai RM65,994.95, wang tunai dalam bank (RM4.63 juta), lapan rumah dan kedai (RM7.9 juta), 16 bidang tanah (RM9.45 juta) serta tujuh kenderaan mewah (RM445,000),” katanya.
Menurutnya, sindiket dadah berkenaan dikesan menggunakan wang hasil jualan dadah untuk membuka syarikat perniagaan dan syarikat menternak kolam ikan keli yang turut digunakan untuk menyembunyikan dadah.
“Suspek turut menggunakan wang haram untuk membeli tanah dan ladang di Pontian, Johor Bahru dan Kota Tinggi, Johor. Jumlah nilai sitaan ini paling tinggi dalam sejarah JSJN sejak undang-undang pelucutan harta pengedar dadah dikuatkuasakan pada 1988,” katanya pada sidang media di sini, semalam.