BTC USD 63,782.2 Gold USD 4,333.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kitab Yang Tak Boleh Dibaca (Yaman)

lempeng

Fun Poster
Messages
895
Joined
Dec 16, 2005
Messages
895
Reaction score
145
Points
23
KITAB YANG TAK BOLEH DIBACA: Kisah Dari Yaman

~ Bila rasa ingin tahu membawa padah ~



Cerita ni datang dari seorang wanita Yaman bernama Sumeya, yang berkongsi kisah bapanya. Kisah ni direkodkan dalam koleksi "The Jinn Archive".


Latar Belakang


Sebuah kampung kecil di Yaman. Zaman sebelum ada bekalan elektrik.

Abu Sumeya (Bapa Sumeya), adalah seorang lelaki yang skeptikal. Dia tak percaya sangat dengan cerita-cerita jin dan sihir. Bagi dia, semua tu tahyul orang kampung.

Satu hari, kawan dia bagi pinjam sebuah kitab. Bukan kitab biasa.

Kitab tu tak ada nama. Atau lebih tepat - nama tu tak boleh disebut. Orang cakap, siapa yang tahu kata nama kitab tu anggap ia macam "racun di mulut" - siapa sebut, akan kena padah.

Kitab tu adalah salah satu dari kitab-kitab sihir yang terlarang dalam Islam.

Kawan Abu Sumeya cabar dia: "Kau kata kau tak percaya dengan benda ghaib , sihir la bagai, kan... Cuba baca kitab ni tengah malam. Tengok apa jadi."

Disebabkan ego yang melangit dan rasa "aku tak takut", Abu Sumeya terima cabaran tu.



Malam Pembacaan


Malam tu, selepas semua anak-anaknya dah tidur, Abu Sumeya duduk di ruang tamu. Dia nyalakan lilin. Banyak lilin. Kelilingi dia.

Dalam cahaya lilin yang berkelip-kelip, muka Abu Sumeya nampak macam dilukis dengan bayang-bayang.

Dia buka kitab tu, dan mula membaca.



Sumeya Mengintai


Sumeya, yang waktu tu masih kecil, tak tidur pun sebenarnya. Dia mengintai dari celah pintu bilik dan nampak bapanya sedang membaca sebuah kitab. Bibirnya bergerak-gerak, tapi tak dengar suara sebab bapa dia baca dalam hati.

Kemudian... Bapa dia berhenti.

Muka bapa dia berubah. Dari skeptikal, jadi... takut. Bapa dia tutup kitab tu cepat-cepat, macam kitab tu panas. Kemudian bapanya bangun, pergi ke luar rumah, dan bakar kitab tu di halaman.

Api marak memakan kitab tu. Tapi apinya... pelik. Bukan oren biasa. Ada campuran warna hijau dan biru.

Bapa dia masuk rumah balik dan terus masuk tidur.
1773635961677.png



Kesan Selepas Kejadian


Sumeya kata, selepas malam tu, bapa dia berubah. Dia jadi lebih pendiam. Lebih kerap ke masjid. Lebih kerap baca Quran. Dan dia tak pernah cerita apa yang dia baca dalam kitab tu.

Cuma sekali, bertahun-tahun kemudian, bila Sumeya dah besar, bapa dia bisik:

"Ada benda yang manusia tak patut tahu. Ada pintu yang tak patut dibuka. Malam tu, walid hampir buka pintu tu. Alhamdulillah, Allah tutup balik sebelum terlambat."

Apa yang bapa Sumeya nampak? Apa yang kitab tu tunjukkan?

Sampai bapa Sumeya meninggal, dia tak pernah cerita pun. Dan mungkin, itu lebih baik.






Nota Penting:

Cerita-cerita dalam koleksi ini adalah adaptasi peribadi yang dikumpul dari internet, media sosial dan sebagainya. Ia diolah semula dalam gaya penulisan/naratif aku sendiri.
Kalau rasa cerita ni "macam familiar je" sebab pernah tengok kat tempat lain — mungkin sebab ada yang suka salin, tapi tak pernah faham jiwa.
Dalam dunia konten, idea ibarat nyawa — Tapi bila kau salin tanpa rasa, yang tinggal cuma kulit.

-lempeng-
 
Back
Top
Log in Register