Hidier
Legendary Member

- Messages
- 11,681
- Joined
- Feb 6, 2010
- Messages
- 11,681
- Reaction score
- 905
- Points
- 161
Salam..
Cilok dari entry blog pakcik komensen..
--------------------------------------
Penting
Sepanjang tempoh saya bekerja dengan kerajaan Malaysia, saya pernah berdepan dan juga menguruskan 4 jenis orang seperti berikut:
1. Orang penting yang rasa dirinya penting.
Orang ini senang nak uruskan walaupun biayanya mungkin mahal. Dia tahu di mana tempatnya dan sentiasa mahu ke depan, kecuali jika disuruh menjadi imam. Kalau dia pergi bercuti keluar negeri, dia suka kalau ramai-ramai hantar dia kat airport dan ramai-ramai berkumpul kat airport sambut dia balik.
2. Orang penting yang rasa dirinya tak penting.
Orang jenis ini masalah sikit. Mereka mungkin ada rasa rendah diri. Kalau masuk dewan, dia sepatutnya naik atas pentas tapi dia terus menonong menyertai hadirin di bawah pentas. Letih kita pujuk dia supaya naik atas pentas. Kalau naik kereta yang disediakan, dia tak mahu duduk kat belakang tapi nak duduk depan sebelah pemandu sedangkan kat situ tempat pegawai pengiringnya.
3. Orang tak penting yang rasa dirinya tak penting.
Orang jenis ini pun tak ada masalah nak uruskan. Dia juga tahu di mana tempatnya. Kalau dalam majlis, dia duduk hujung-hujung je. Kalau berada bersama orang ramai, dia lebih suka jadi pendengar dan tukang angguk atau tukang ketawa.
4. Orang tak penting yang rasa dirinya penting.
Orang jenis ini paling leceh untuk diuruskan. Mereka ini golongan tak sedar diri. Kalau dalam majlis dia nak duduk meja utama sedangkan di situ bukan tempatnya. Kadang-kadang oleh kerana kita malas nak gaduh-gaduh, kita letak je satu kerusi tambahan untuk dia.
Sebagai rumusannya, mengikut pengalaman saya, yang paling payah adalah menguruskan orang yang tak berapa penting tapi merasakan atau perasan dirinya penting.