BTC USD 59,955.0 Gold USD 2,411.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah seram di UiTM Lendu

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
51,919
Top Poster #7
Joined
Jun 17, 2007
Messages
51,919
Reaction score
6,292
Points
881
Awards
1
Kisah seram di UiTM Lendu


Gambar hiasan
MELAKA – Pihak pengurusan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Melaka menjelaskan video tular di TikTok berkenaan kisah seram di kampus Lendu, Alor Gajah hanyalah perkongsian pengalaman individu dan tidak mewakili warga universiti.

Menurut kenyataan dikeluarkan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, siasatan telah dilakukan dan mendapati kisah tersebut hanyalah perkongsian pengalaman peribadi pihak terbabit semata-mata.

“Pihak universiti telah maklum akan hal ini dan beberapa tindakan telah dilakukan termasuk menyiasat kesahihan maklumat di video yang tular.

“Video tersebut merupakan pengalaman peribadi dan ia tidak mewakili seluruh pelajar di kampus ini, justeru pihak universiti telah menasihati individu terlibat,” ujarnya.

Menurut kenyataan itu lagi, kesemua staf residen di kolej kediaman cakna dengan perkara tersebut dan sentiasa memantau keselamatan pelajar semasa di kolej.

“Mana-mana pelajar yang terkesan dengan penyebaran TikTok kisah seram di UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah@ Lendu itu boleh tampil untuk mendapatkan khidmat sokongan daripada kami.

“Kami amat memahami kesan video-video sebegini terhadap kesejahteraan pelajar, perasaan ibu bapa dan reputasi universiti,” jelasnya.

Terdahulu, tular di TikTok klip video pengalaman kisah seram didakwa berlaku di kampus berkenaan yang diceritakan beberapa individu termasuk bekas pelajar universiti terbabit.

Tinjauan Kosmo! di platform itu bagaimanapun mendapati perkongsian kisah seram tersebut mula dimuat naik sejak tahun lalu sehingga sekitar Ogos lalu. – KOSMO! ONLNE
 
Sponsored Post

aku ex itm lendu ni...memang keras kat tasik dalam itm tu. budak2 duduk asrama tau la. aku duduk luar. member aku sorang ada makhlus halus minat kat dia (duduk luar jugak). sampai kena rasuk. panggil ustaz nak buang makhluk halus tu.

bila sihat member aku cerita la nampak pompuan kat tingkap bilik dia belakang kat dapur. pompuan tu kata minat kat dia.

tapi masa kena rasuk tu memang seram jugak la. dengan agresif dia dengan suara dia bertukar tukar. masa makhluk tu keluar dari badan. 1st time tengok live depan mata.
 
Kisah seram di UiTM Lendu


Gambar hiasan
MELAKA – Pihak pengurusan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Melaka menjelaskan video tular di TikTok berkenaan kisah seram di kampus Lendu, Alor Gajah hanyalah perkongsian pengalaman individu dan tidak mewakili warga universiti.

Menurut kenyataan dikeluarkan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, siasatan telah dilakukan dan mendapati kisah tersebut hanyalah perkongsian pengalaman peribadi pihak terbabit semata-mata.

“Pihak universiti telah maklum akan hal ini dan beberapa tindakan telah dilakukan termasuk menyiasat kesahihan maklumat di video yang tular.

“Video tersebut merupakan pengalaman peribadi dan ia tidak mewakili seluruh pelajar di kampus ini, justeru pihak universiti telah menasihati individu terlibat,” ujarnya.

Menurut kenyataan itu lagi, kesemua staf residen di kolej kediaman cakna dengan perkara tersebut dan sentiasa memantau keselamatan pelajar semasa di kolej.

“Mana-mana pelajar yang terkesan dengan penyebaran TikTok kisah seram di UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah@ Lendu itu boleh tampil untuk mendapatkan khidmat sokongan daripada kami.

“Kami amat memahami kesan video-video sebegini terhadap kesejahteraan pelajar, perasaan ibu bapa dan reputasi universiti,” jelasnya.

Terdahulu, tular di TikTok klip video pengalaman kisah seram didakwa berlaku di kampus berkenaan yang diceritakan beberapa individu termasuk bekas pelajar universiti terbabit.

Tinjauan Kosmo! di platform itu bagaimanapun mendapati perkongsian kisah seram tersebut mula dimuat naik sejak tahun lalu sehingga sekitar Ogos lalu. – KOSMO! ONLNE
Tak perlu balas sepatutnya. Bila balas seolah2 bersetuju nanti bakal pelajar, mak ayah pun dah takut nak hantar anak masing-masing ke UiTM Melaka Kampus Lendu.
 
Aku ni masuk ITM Lendu masa tahun 1995. Kolej pun tak banyak lagi. Biasalah kawasan baru teroka. Tapi 3 tahun aku dok asrama ....tak pernah sekali aku jumpak hantu atau penampakan hantu. Jadi kalau kau mmg hati kental...hantarlah IPT mana pun. Tu semua asam garam dalam kita mencari jati diri.
Takkanlah disebabkan benda yg tak nampak..hati dah jadi kecut...belum lagi dengar bunyi tembakan, bunyi meriam..macam kat Palestin. Hidup ini keras. Face it.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register