BTC USD 62,489.2 Gold USD 4,466.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

::Kisah... Malayan Union 1946...::

jamtulenmurah

CG Top Poster Club
gem
Messages
25,458
Joined
Mar 11, 2009
Messages
25,458
Reaction score
7,729
Points
316
Malayan Union 1946



Pengenalan
Malayan Union telah ditubuhkan pada 1 April 1946 di King's House(Carcosa Seri Negara) selepas Perang Dunia II.

Malayan Union telah menggabungkan semua negeri Melayu termasuk Pulau Pinang dan Melaka di bawah sebuah kesatuan yang akan diketuai oleh seorang Gabenor yang berpusat di Singapura.

Gabenor pertamanya ialah Sir Edward Gent.

Pengisytiharan ini secara rasmi menggantikan Pentadbiran Tentera British (British Military Administration - BMA) yang dijalankan di Tanah Melayu sejak September 1945


Sebab-sebab Pengenalan Malayan Union

- Persediaan kepada Tanah Melayu Untuk berkerajaan sendiri
- British mahu menjimatkan perbelanjaan kos pentadbiran
- Melahirkan pentadbiran yang licin
- Mengawal kuasa politik orang Melayu
- Membentuk bangsa Malayan Union


Ciri-ciri Perjanjian Malayan Union

Semua Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu serta dua Negeri selat digabungkan

Diketuai oleh seorang Gabenor British yang dilantik oleh Ratu England

Singapura diasingkan kerana kepentingan sebagai pelabuhan bebas

Kewarganegaraan sama rata dengan prinsip jus soli menjadi asas kerakyatan Malayan Union. Taraf kerakyatan diberikan kepada semua warga asing yang dilahirkan di Tanah Melayu atau Singapura serta mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan telah bermastautin di sana untuk tempoh 10 daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942

Raja-raja Melayu menjadi ahli Majlis raja-raja Melayu yang berkuasa dalam bidang adat istiadat Melayu dan agama Islam

Seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik untuk menjadi ketua pentadbir di setiap negeri


Reaksi Terhadap Malayan Union

a. Golongan yang Menentang

Orang Melayu membantah cara Sir Harold Mc Michael yang mengugut Raja-raja Melayu bahawa baginda akan diturunkan dari takhta jika enggan menerima Malayan Union

Kebayakan Sultan tidak diberi masa yang mencukupi untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri seperti yang berlaku dengan Sultan Perak

Terdapat sultan yang menandatangi Perjanjian Malayan Union atas dasar setia kawan kepada British seperti Sultan Selangor dan Sultan Johor

Orang Melayu menganggap keadaan selepas Perang Dunia 11 tidak sesuai untuk British membuat pembaharuan politik

Orang Melayu menentang penghakisan kuasa Raja-raja Melayu dalam Malayan Union. Raja-raja Melayu hilang tahkta dan kredibiliti sebagai ketua orang Melayu

Walaupun raja-raja Melayu masih membincangkan hal agama Islam namun zakat dan fitrah dipungut atas nama Gabenor Malayan Union. Justeru orang Melayu bimbang kedudukan agama Islam akan tercabar.

Pemberian kerakyatan yang longgar juga ditentang oleh orang Melayu. Dasar terbuka ini dilihat akan mengancam status quo orang Melayu kerana hal ini akan menyebabkab jumlah orang Melayu semakin kecil dan ekonomi dan pendidikan orang Melayu akan mundur.

Orang Melayu juga bimbang akan kehilangan warisan tamadun yang telah dibina sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.



b. Golongan yang Menyokong

Orang dagang dan golongan Melayu radikal menyokong Malayan Union

Mereka bersetuju dengan dasar menyatukan negeri-negeri Melayu menjadi sebuah unit politik untuk melicinkan pentadbiran

Bersetuju dengan dsar sama rata Malayan Union yang akan menghapuskan hak-hak perlindungan kepada orang Melayu.

Kerakyatan terbuka juga disokong kerana mereka boleh mengekalkan kerakyatan asal masing-masing

Mereka percaya janji British untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu

Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) menyokong kerana pemerintahannya bersifat Barat serta menghapuskan sistem feudal Melayu dan tidak mengikhtiraf kuasa raja dan pembesar Melayu

AWAS, BATAS dan API juga menyokong Malayan Union.

Penyatuan pentadbiran agama Islam dalam Malayan Union disokong oleh PKMM kerana hal ehwal pentadbiran Islam dipermudahkan.



Bendera Malayan Union 1946-1948
scaled.php


Jata Negara Malayan Union 1946-1948
422px-Coat_of_Arms_of_the_Federated_Malay_States_%25281895_-_1946%2529_svg.png





...bersambung... :)

PS0: Kalau rasa info bermanfaat sila clik THANKS!... ekekekekee..




 
Last edited:
...sambungan...


Tindakan Orang Melayu Menentang Malayan Union

Akhbar seperti Utusn Melayu, Majlis dan Warta Negara telah menggesa orang Melayu untuk bangun menentang Malayan Union dengan menekankan kesefahaman dan kerjasama orang Melayu secara berterusan

Orang Melayu telah mengadakan demonstrasi semasa Sir Harold MacMichael mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu. Hal ini berlaku di Kota Bharu, Kelantan dan Alor Setar, Kedah

Persatuan Melayu dihidupkan untuk menentang Malayan Union. Mereka menghantar telegram dan surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London

Dato Onn yang dianggap sebagai penyatu bangsa Melayu. Beliau telah menyeru orang Melayu bersatu padu secara berorganisasi di peringkat kebangsaan dan berjaya menganjurkan Kongres Melayu pada 1 hingga 4 Mac 1946 di kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur

Kongres Melayu tersebut mendapat sambutan dari segenap masyarakat Melayu dan telah dihadiri oleh 41 buah persatuan Melayu dari seluruh Tanah Melayu. Ia telah dipengerusikan oleh Zainal Abidin bin Ahmad ( Zaba).

Kongres Pertama itu telah berjaya membawa kepada penubuhan United Malays National Organization ( UMNO ). Ia telah menjadi sebuah parti yang memperjuangkan perpaduan serta ketuanan orang Melayu

Pada masa yang sama, orang Melayu turut mengadakan rapat umum semasa kehadiran dua wakil parlimen British iaitu L.D. Gammans dan David Rees Williams. Lawatan kedua-duanya Pada Mei 1946 telah menyaksikan rapat umum di Singapura, Jahor Bharu, Muar, Batu Pahat, Rembau , Seremban, Klang, Kuala Lumpur, Alor Star dan George Town

Raja-raja Melayu berkumpul di Kuala Kangsar pada 28 April 1946 untuk menyatakan bantahan mereka terhadap ahli parlimen tersebut.


imagesCA8UADAC.jpg

Dato' Onn berbasikal dalam usaha menentang Malayan Union

Malayan_Postal_Union_6pcs.jpg

Setem yang digunakan semasa pemerintahan Malayan Union


malayan-union.jpg

Perjuangan Dato' Onn dalam mengembalikan semula maruah bangsa Melayu.​




Kesimpulan

Malayan Union dibatalkan pada 1 Februari 1948. Pihak British terpaksa menurut kehendak masyarakat Melayu yang bertindak melalui UMNO untuk mengwujudkan Persekutuan Tanah Melayu. British telah bersutuju untuk membuat perundingan dengan sultan-sultan Melayu dan UMNO bagi membentuk sistem politik dan pentadbiran yang lebih baik.






...FIN...:)


PS: Dato Onn Jaafar... akhirnya meninggalkan parti UMNO sebelum meninggal dunia.:D


 
Last edited:
Tak sangka ada jugak sultan yang menanda tangani perjanjian malayan union ni kan..

btw, rakyat2 yang berdemo tu persatuan persatuan berhaluan kiri yang dilabelkan british tu kan :)
 
Tak sangka ada jugak sultan yang menanda tangani perjanjian malayan union ni kan..

btw, rakyat2 yang berdemo tu persatuan persatuan berhaluan kiri yang dilabelkan british tu kan :)

sultan2 kena paksa beb... kalau tak kena lucut jawatan... #:-S


 
PS: Dato Onn Jaafar... akhirnya meninggalkan parti UMNO sebelum meninggal dunia.

baru aku tau ...
 
Back
Top
Log in Register