BTC USD 54,375.9 Gold USD 2,497.31
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah dari penjara - Ex-gangster dedah rahsia tentang tali gantung, sebat & puasa dalam penjara

Sebelum masuk penjara Omar ke Sweden​


Omar pernah menetap dan berkahwin dgn org Sweden dan mempunyai seorg cahaya mata. Kami dalam satu misi penting sekarang untuk ke Sweden satu hari nanti demi menyelamatkan Aqidah anak Omar. Doakan kami utk berniaga dan kumpul duit utk realisasikan misi ini. Amin.


 
Sponsored Post

Bekas samseng kongsi kisah penghijrahan, berani mati demi pertahankan akidah​



1976026.png

Hidayah itu milik ALLAH dan DIA berhak untuk memberikan kepada sesiapa pun hambanya meskipun seseorang yang mempunyai sisi gelap dalam hidup mereka. — Gambar hiasan

ALLAH SWT menciptakan manusia di muka bumi untuk beribadah kepadaNYA dan menjadi khalifah dalam membimbing manusia ke arah kebaikan.

Biarpun bergelar pemimpin, namun manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Terkadang ada langkah yang mungkin tersasar dari landasan agar dapat dijadikan pedoman.

Begitu juga dengan perjalanan kehidupan yang ditempuhi oleh seorang bekas samseng di Amerika Syarikat yang telah berhijrah memeluk agama Islam.
Mahu dikenali sebagai Shaykh Uthman Farooq, dia berkongsi cerita tentang penghijrahannya bagi meninggalkan sisi gelap kehidupan lampaunya.

“Sejak umur 10 tahun, saya sudah terlibat dengan dunia samseng di Amerika dan Mexico. Tujuan menyertai mereka dahulu kerana saya ingin perlindungan.

1976027.png

Shaykh Uthman Farooq merupakan seorang bekas samseng yang kini bergelar imam di Amerika Syarikat.


“Bila kita bergaduh, pasti kita perlu bergaduh beramai-ramai dan tidak boleh keseorangan. Setiap orang ada sebab tersendiri mengapa mereka terlibat dengan kegiatan sebegini.

“Orang muda fikir terlibat dengan perkara sebegini dapat jadi popular, hidup senang dan mampu memiliki segalanya. Saya tidak nafikan segalanya itu ada, tetapi harus diingat kerana semua itu ada tukar gantinya,” terangnya dalam video Surah Al-Insan: Reset Life, From Gangster To Islam di Facebook Hidayah Centre Foundation.

Hidayah milik ALLAH

Kata Shaykh Uthman, dia mula mendalami agama Islam selepas melihat salah seorang rakan baiknya meninggal dunia.
Kejadian meragut nyawa itu dikatakan berlaku apabila teman baiknya dijadikan sebagai galang ganti disebabkan hasad dengki.

“Ada pihak yang ingin menghabiskan nyawa saya, tetapi rakan baik saya yang gantikan tempat saya dan dia yang meninggal dunia. Melihat kepada itu saya jadi sedar bahawa mati itu boleh berlaku dalam sekelip mata.

“Orang melihat kehidupan dalam ‘kumpulan gelap’ ini seronok. Apa yang seronoknya kalau kena tikam, tembak dan jika masuk penjara pun mereka tidak kisah,” jelasnya.
Mengimbau semula kejadian yang berlaku ketika berusia 18 tahun, dia melihat bagaiman pengakhiran hidup temannya itu.

Agak menyedihkan, dalam nada pilu, Shaykh Uthman mengatakan pengebumian teman baiknya seperti tidak dipedulikan oleh sesiapa.

1976028.png

Shaykh Uthman mula terlibat dengan dunia gangsterism sejak berusia 10 tahun.


“Tiada sesiapa yang ada bersama dengannya ketika itu, tiada wang, tiada wanita. Ketika itu dia memiliki 13 kekasih, tetapi tiada seorang pun antara mereka yang ada.

“Seberapa banyak duit yang ada, tetapi tiada apa pun yang boleh dibawa bersama ketika itu. Adik beradiknya pula bergaduh kerana berebutkan harta. Saya melihat kepada itu tidak memberi kesan apa-apa," katanya.
Selang masa silih berganti, Shaykh Uthman mula mendalami tentang Islam dan melafazkan khalimah syahadah dan meluahkan hasrat untuk meninggalkan kumpulannya.

Namun, segalanya tidak berlaku dengan mudah. Shaykh Uthman mengatakan sekiranya ingin ‘melepaskan diri’ dia perlu melakukannya dengan darah.

“Ada yang kata gangster ini perlindungan, tetapi mereka tidak sedar bahawa perkara ini akan menyebabkan mereka mati dibunuh. Saya ingin keluar, tetapi kumpulan ada undang-undang iaitu blood in, blood out.
“Maksudnya jika ingin keluar, saya perlu mencabut nyawa seseorang berdasarkan tugasan atau mati untuk keluar. Saya ada rakan yang berkerusi roda, lumpuh, tetapi mereka tetap tidak boleh keluar daripada kumpulan.

“Jadi apabila ingin keluar, saya beritahu mereka saya sudah memeluk agama Islam. Awalnya mereka terima dan mengatakan saya boleh beribadah dan ke masjid manakala mereka ke gereja dan terus berada dalam kumpulan seperti biasa.

“Bagaimanapun saya katakan, saya tidak boleh berbuat begitu kerana Islam melarang perbuatan bertentangan dengan ajaran agama terutama perbuatan maksiat,” ujarnya.

1976029.png

Shaykh Uthman menasihatkan agar generasi muda tidak terlibat dengan perkara yang merosakkan masa depan seperti menyertai kumpulan gangster.


Kemudian, Shaykh Uthman mendapat ancaman bunuh dan dia menerima jika itu sudah ditakdirkan dalam hidupnya.

Maka, setiap malam sepucuk pistol sentiasa berada di sisi kerana dia bimbang rakan-rakannya itu akan muncul pada bila-bila masa.
Menyedari perkara itu satu tindakan sia-sia, Shaykh Uthman memilih untuk pergi kepada mereka dengan tangan kosong tanpa membawa senjata.

“Saya pergi sendiri kepada mereka dalam keadaan berjubah, jambang dan berkopiah. Saya katakan kepada mereka, saya takut mati dalam keadaan jahil dan saya tidak takut mati dalam keadaan Islam.
“Dengan tangan kosong saya pergi kepada mereka dan akhirnya mereka melepaskan saya pergi. Tetapi, saya kata tidak kalau kalian tidak ke masjid. Syukur ada mereka datang ke masjid dan memeluk Islam.

“Saya nasihatkan pilihlah cara hidup yang betul untuk masa depan kerana dalam gangster ini cuma ada dua pilihan iaitu hidup dan mati. Jadi buatlah keputusan bijak sama ada ingin hidup senang lenang di dunia atau hidup bahagia di syurga ALLAH,” terangnya.

Syukur nikmat
1976025.png

Sentiasa ingat untuk mensyukuri nikmat TUHAN yang diberikan kepada kita antara nasihat Shaykh Uthman.


Bercerita tentang itu, Shaykh Uthman tidak henti menzahirkan rasa syukur kepada ALLAH yang memberinya peluang untuk hidup bahagia di sisi keluarga.

Bapa empat anak itu kini bergelar imam dan khatib di Masjid Ar-Ribat, San Diego, California, Amerika Syarikat.
“Setiap hari saya bersyukur kepada ALLAH, bahawa saya tidak duduk di penjara, mahupun hospital atau meninggal dunia. Berapa ramai masyarakat di luar sana yang sengsara tiada makanan, tetapi ALLAH berikan saya menjalani kehidupan dengan baik.

“Bayangkan bagaimana kalau ALLAH menarik nikmat matahari, nikmat hujan. Dalam penjara apa yang diinginkan ialah cahaya matahari, makan hidangan yang diinginkan.
“Bayangkan kehidupan selesa yang kita rasai ini, segalanya nikmat ALLAH. Bersyukur dengan kehidupan yang kita ada,” nasihatnya sebelum menutup bicara. — Majoriti

 

Omar ada anak di Sweden​

Sambungan cerita di Sweden. Omar pernah duduk di Sweden. Berkahwin dan ada anak perempuan. Sekarang anak Omar dah 17 tahun. Mereka berpisah ketika anak Omar berumur 2 tahun. Dah 15 tahun tak bersua muka secara real. Alhamdulillah dgn adanya sosmed sekarang Omar dh dpt berhubung dgn anaknya.

Ex-wife dia pun xda masalah memberi peluang Omar berhubung dgn anaknya. Cuma buat masa sekarang nak berjumpa secara depan2 tu tak berkesempatan lagi kerana kos nak ke Sweden bukan murah. Tambahan Omar pun baru nak bangkit berniaga.

Omar ada la bgtau CikDi dia hari2 fikir juga tentang aqidah dan pembelajaran agama Islam anaknya disana macamana. Klu bleh satu hari nanti dia nak kesana jumpa anaknya.Sebab tu kami nak cuba meniaga utk jualan online maggi , baju dan beberapa produk lagi nanti utk cuba simpan bagi menampung misi Omar ke Sweden satu masa nanti jika boleh bawa pulang anknya ke Malaysia utk berjumpa dgn ahli keluarga di sini.

Jika tak stay di Malaysia pun dpt bawa sual kenal dan juga mencari guru2 agama di Sweden dan dpt memberi pengajaran yg sebaiknya ttg Islam. Doakan kami inshaaAllah….Tiada yg mustahil dengan pertolongan Allah.


 

Omar cerita topik waris jumpa banduan di penjara​

Omar nak kongsikan topik perjumpaan waris dan banduan di penjara. Siapa nak dgr silakan, siapa tak suka perkongsian ini jgn tgk. Tak perlu komen negative kat Omar. Dia bkn ajak buat jahat, dia ajak buat kebaikan dan kongsikan pengalaman di penjara.

 

Anak Penjara​






Penyakit Dalam Penjara​

Lama tak jumpa Omaq 😁 hari ni ada masa berjumpa dan tadi kami p ziarah rumah ada adik ni dia sakit terlantar, nanti malam cikdi edit dan pos pasal video adik tu.Lepas tu hujan lebat berenti rehat sat depan rumah Omaq tempat dia niaga. Teringat kena sambung video kisah dalam penjara.So ni lah video utk hari ni kisah penyakit dalam penjara dan rawatannya. Datang anda kepenjara bukan diundang…

 

Banteras Along​

Kalau xnak ada masalah bila susah jgn cari Along. Along bkn nak tolong dia nak jerat anda sampai terpekik terlolong nanti. Hidup ni ukur baju badan sendiri, hidup sekadar semampu jgn nak ikut org. Klu pinjam Along nak tunjuk kat org beli itu ini menunjuk dlm social media hampa tanggung la sendiri.

Nak nampak mewah dgn hutang Along itu masa hampa xleh nak bayar jgn minta tlg orang la sendiri tanggung ya.Tapi klu yg pinjam terdesak sbb kos rawatan sakit, kesempitan kena buang keja xda duit nak makan, dan lain2 kesempitan hidup meh nak tunjuk kat mana anda bleh dptkan khidmat pertolongan kalau ampa dah bayar hutang Along tapi tak habis2 settle tu.

Tapi bila DM dah tlg kena la ikut program pengajian alquran yg depa anjurkan jgn plak lepas dah settle masalah anda , DM call pun hampa xmau jawab. Gentle la bila org dah tolong kena la ikut pengajian Alquran supaya hidup ampa yg hutang along ni lebih barokah dan jgn dok pinjam dah lepas ni.

Maaflah, cikdi tulis panjang ni sbb kadang2 bila tersepit minta tolong, bila dah selesai perjanjian utk belajar alquran buat xtau ja. Org utara tulis direct punya senang ambik paham na. Org kata straight to the point.

 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register