BTC USD 84,603.2 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah Cinta Anda....

Cite 4...(last episode):D

Sejak tahu Kak Yu dan abang angkat aku selalu calling calling antara satu sama lain di waktu tengah2 malam, aku semakin menjauhkan diri daripada Kak Yu. Nak kata jeles, memang jeles la. Kak Yu, seorang yang cantik dan ramai peminat berbanding dengan aku yang takde sapa yang minat langsung. Errrr...jangan tanya la kenapa. Mungkin sebab aku ni jenis jual mahal kot...hehehe.

Suatu hari, aku dapat arahan dari boss mintak aku dan seorang lagi kakak senior untuk ke Pejabat Socso di KL esoknya. Hmmm...sejak keje kat tempat baru nih, pangkat aku pon semakin naik...hehehe. Rezeki Allah bagi. Petang tu abang angkat aku tepon kata ada benda surprise untuk aku...

"Ila, esok abang nak bagi Ila satu benda surprise", katanya dalam nada ceria.
"Errrr...esok Ila kene pegi pejabat Socso la. Ada kursus pasal driver yang accident dan nak claim Socso", kataku dengan nada innocent...kehkehkeh.
"Mmmm...bila Ila balik ke ofis?", tanya abang angkat aku. Kedengaran nada macam keciwa jek. Hmmm...entahlah labuuuu...
"Petang kot. Mungkin masa makan tengahari. Ila pegi ngan Kak Zane. Kenapa?", buat suspens aku je la...hessshhhh...
"Takpe, esok Ila tahu la...". Dan talian telefon dimatikan sebab aku dah nak balik dah masa tu.

Petang esoknya, memang waktu lunch pon, aku balik ke ofis dengan rasa tak sabar. Apa agaknya surpirse yang abang angkat aku tu nak bagi ye...hmmmmm. Langkah kuhayun dengan cepat ke ofis. Tiba2, namaku dipanggil dari belakang...

"Ila...dia datang", kata seorang driver Kelantan yang mukanya cute. Nasib baik dah kawen...ekekekek.
"Siapa yang datang?", tanyaku pulak dalam kehairanan dan kelaparan.
"Alaaaa...takkan tak tahu kot? Anod datang la. Dia ada kat ofis", kata driver tu lagi dengan wajah errrr...macam tak pecaya kat aku lak aku tengok masa tu. Adehhhh....
"Elleeeehhhh...tu nak tipuuuu la tuuuuuhhhh....", aku tidak percaya...hehehe. Siap buat muka innocent lagi tuuuu...kah kah kah. Driver tadi terus berlalu dengan senyuman manis. Sempat jugaklah aku tengok campuran senyum sumbing kat bibir driver tu. Ahhhhh...lantaklah. Dah la cuaca panas terik masa tu. Perut aku pulak dah main lagu Keroncong Kuala Lumpur.

Sampai kat ofis, aku terus menapak ke tempat duduk. Kak Yu datang sambil tersenyum simpul kat aku. Aku balas sambil lewa je pulak...hehehehe. Apala nak jadi dengan anak dara sorang nih. Orang senyum kat dia pun, dia buleh buat donno je pulak...ishhh ishhh ishhhhh.

"Ila, abang Ila ada datang tadi. Kak Yu pun terkejut sebab tiba2 je dia naik ke atas ni, nak photostate. Dia bagitahu nama dia Anod. Dia kata nak jumpa Ila ", Kak Yu mulakan mukadimahnya.
Sambil tersenyum aku cakap kat dia yang aku tak percaya. Tetiba intercom berbunyi, mintak nak bercakap dengan aku.
Aku kenal suara tu. Sebijik suara abang angkat aku. Menggelabah jugak la aku masa tu.

"Ila, turunlah kat bawah. Abang ada kat bilik operation ni", abang angkat aku buat lawak tak kelakar.
"Errrrrr....bia betul ni. Takpe, tunggu Ila datang", kataku masih pertahankan kebodohan dengan ketidakpercayaan berita terkini tu.

Sampai kat bilik bawah, aku perhati sekeliling. Semuanya macam biasa je. Aku pandang kakak kerani yang ada kat situ sambil tersengih. Dia pun balas sengihan aku tapi sengihan dia lagi manis masa tu. Sengihan aku sebenarnya sengihan yang dibuat2....hehehehe

"Woi amoi, lu tak kenal ka sapa ni", kata madam yang incharge operation room tu sambil tunding jari ke arah seorang mamat yang kelihatan macam lorry driver. Berbaju t-shirt lusuh dan seluar ala-ala Rambo. Muka hensem habis...ehhehe
"Errrrr....entah!", jawabku sambil rapatkan diri kat madam.
"Lorrrr...inila Anod. Lu punya abang. Takkan tak cam dalam itu gambar", madam tengok aku semacam je.
"Madam jangan tipu la. Kan dia keje harini kat Perak. Takkan dia tak keje kot?" balasku sambil melirik ke arah mamat tadi.

Pastu aku dengar mamat tu gelakkan aku.
"Ilaaaa...ni abang la. Tak kenal ke? Kan sama macam dalam gambar yang abang bagi haritu?", Anod ketawa sambil geleng kepala melihat telatah aku yang masih tak percaya.
"Harini semua pekerja Perak cuti sebab harijadi Sultan Perak. Abang datang sini tumpang lori la...", masih nak percayakan aku. Aku rasa cuak la jugak. Terus aku dail tepon ke cawangan Perak. Errrr...memang takde sapa yang angkat telefon masa tu...huhuhuuu. Tetiba aku teringat tulisan abang angkat aku yang takde sapa yang buleh tiru. Huruf 'G' dan 'W' dia memang one of it's kind. Aku mintak dia tulis kat atas kertas....dannnn...alamakkkkk...memang abang angkat aku la...kui kui kui kui..
Malu tatau mana nak letak muka...hihihihiiiii

Dan haritu aku balik ke rumah lambat sikit. Temankan abang angkat aku yang akan balik ke Perak ikut lori yang bawak muatan ke sana. Banyak yang kami bualkan dan salah satunya pasal Kak Yu.

"Dah jumpa Kak Yu ke?", tanyaku dengan rasa jeles.
"Dahhhh...tapi abang tak suka la perangai dia. Ada ke dia pegi jerit kat abang masa abang nak mintak tolong photostate barang. Dia kata jangan naik atas sebab dia malu. Siap tunduk2 tutup muka pulak tu. Tak suka la abang. Buat abang malu je.", terus-terang betul abang angkat aku nih...ekekekek.
"Habis tu, yang selalu tepon memalam berborak ngan dia tu kenapa? Tu bukan kira dah jatuh cinta ke?" tanyaku.
"Abang tepon dia sebab nak tanya pasal Ila la. Bukan ada cite hal lain." Tetiba aku jadi serba salah la pulak...adessssss.

Dan sejak pertemuan tu, rasa rindu aku pada dia semakin dalam. Ada satu perasaan yang tumbuh dalam hati aku untuk dia. Dannnn sejak itu jugaklah abang angkat aku ni selalu telefon aku kat rumah. Sehari mau sampai 3-4 kali dia call kalau waktu cuti. Bukan tanya apa pun. Setakat nak tahu yang aku ni dah sampai ke rumah dengan selamat je. Kekadang tu tanya aku makan apa...hahahaha. Waktu hari cuti kami bergayut kat telefon sampai tengah2 malam. Sampai bill tepon dekat empat ke lima ratus satu bulan....alahaiiiii. Tu belum termasuk berutus surat lagi tuh. Chatting jangan cakap la...sampai kene sound ngan boss...ahahahaha. Akhirnya kami berterus-terang. Kami dah jatuh cinta pandang pertama.

Tindakan drastik abang angkat aku tu, bulan depannya kami suarakan perasaan cinta kami pada kedua ibu-bapa. Dan Anod terus masuk meminang aku. Dalam masa 4 bulan sahaja, lengkap adat peminangan dijalankan. Daripada merisik, bertunang dan nikah gantung. Kemudian, kenduri kahwin....hehehe..

Itulah kisah cinta aku. Daripada kawan sepejabat berlainan cawangan, kami jadi adik beradik angkat. Kemudian jatuh cinta pandang pertama dan terus kawen. Sehingga sekarang kami bahagia...InsyaAllah...

Sekian...hehehehe :D
 
Lorrrr...takdak sapa ka yang nak ceghita pasai kesah chenta nih :-?
 
masih menunggu cinta ke jinjang pelamin
 
:"> :"> Dewi igt nk story gak kat sini kesah chenta dewi sbb selama ni asyik dok terperap terpendam dalam hati je...xpernah nk luahkan kat org..dah nk dekat 10 thn gak ni rasanya...

tp kesah dewi nih byk kesah cinta cyber rasanya,..satu lagi..risau andai ada kata cite nih jd kesah dewi yg tangkap syok sendiri jer...

maluuuuuuuuuuuuu....nyorokss...:p :p :p :p /:) /:) ;) ;)

xpe ke nk ceta sini arr??? ade sesapa nk bg sokongan moral kat dewi x??? :(( #:-S #:-S :-?
 
ni betoi dewi cinta datang
 
:"> :"> Dewi igt nk story gak kat sini kesah chenta dewi sbb selama ni asyik dok terperap terpendam dalam hati je...xpernah nk luahkan kat org..dah nk dekat 10 thn gak ni rasanya...

tp kesah dewi nih byk kesah cinta cyber rasanya,..satu lagi..risau andai ada kata cite nih jd kesah dewi yg tangkap syok sendiri jer...

maluuuuuuuuuuuuu....nyorokss...:p :p :p :p /:) /:) ;) ;)

xpe ke nk ceta sini arr??? ade sesapa nk bg sokongan moral kat dewi x??? :(( #:-S #:-S :-?


ni dewi cinta kat maner ekk..
dulu aku ade kwn guna id dewi cinta ni..
dunia cyber nyer juga guna id dewi cinta..
tak pon dewi laut..
 
lamanya tuan rumah tak dpt jenguk thread ni.. ind dah huhuhuhu..
 
Sekadar Memori...

Kisah 5.15

TAHUN BERDUKA!! Memang itu selayaknya yang aku gelarkan tahun tersebut kerana aku kehilangan banyak cinta dalam masa terdekat. Satu persatu wanita yang pernah hadir dalam hidupku pergi satu persatu atas kehendak mereka sendiri dan ada yang pergi kerana halangan dari keluarga. Reputasi aku selama ini teruk tercalar. Ibarat kertas pembalut hadiah yang tidak berguna lagi. Lepas cantik menghiasi hadiah, aku dikoyakkan, direnyuk malah dicampak dalam longkang sampaikan longkang pun dah tak mahu menerima aku lantas dihanyutkan aku ke sungai yang mengalir lesu dan tersekat-sekat dengan Lumpur dan sampah sarap kemajuan termasuk sekali sampah masyarakat yang terdampar kerana dadah!!!

Nampaknya nasib malangku ditinggalkan awek berterusan. Aku hanya ada FF aje dalam hidupku sekarang. Kalau dulu ada 4 sekarang tinggal seorang pun kira ok jugak sebab bolehlah aku berikan tumpuan sepenuhnya dan dengan penuh kasih sayang aku curahkan untuk FF. Walaupun hidupku penuh disinari dengan 4 cahaya pelita selama ni, tetapi akhirnya semua pelita tersebut telah padam satu persatu sehingga yang tinggal hanya satu pelita yang cahayanya mula menampakkan kesuraman. Hidup segan, mati tak mahu!!

Kenapa aku berkata begitu? Memang aku ada naluri yang mampu memahami tindak tanduk seseorang… Aku dapati FF semakin jarang menghubungi aku. Kalau dulu seminggu sekali kali ni makin berkurangan. Setiap kali aku telefon memang dia sering tiada di rumah…(Aku agak mesti dia guna taktik cam dalam cerita P. Ramlee tu yang dia suruh adik dia bagitau yang dia takde di rumah). Tapi takpelah aku masih bersabar.. Kebangangan aku opss kebengangan aku dah sampai ke tahap maksima apabila dah sebulan dia tak telefon aku. Kali ni aku dah nekad… Aku telefon nombor rumahnya dan kali ni seperti biasa adik dia lagi yang menjawab panggilan aku dan seperti biasa juga dia bagitau akak dia takde pergi rumah atuk kat Melaka. Aku dah bengang tahap Naga Merah kena sabotaj dek Ratu Seribu Tahun dalam Komik Dewata Raya tu pun terus meninggalkan pesan kat adik dia. “ Cakap kat akak, abang Jemmy telefon dan suruh akak telefon abang balik. Ada hal mustahak yang nak dibincangkan. Soal hidup dan mati.” Setelah memberikan salam aku terus hentikan perbualan telefon itu. Darah jantan aku dah makin mendidih dan mula hilang sabar…….

‘Tolong call sekejap’ tiba-tiba aku mendapat mesej dari nombor handphone yang aku langsung tak tahu sapa pemiliknya. Dengan perasan ingin tahu aku pun terus call nombor tersebut. “Hello siapa ni?” Tanyaku apabila panggilan ku terus dijawab oleh suara seorang awek yang aku rasa familiar dengan suaranya.
“Saya la ni bang” jawab suara tersebut terus aku dapat menangkap si pemiliknya. Ooo rupanya FF. “Kenapa tak bagitau abang yang awak dah pakai handphone sekarang? Dah tu kenapa dah tak nak call abang lagi? Kalau dah tak suka kat abang, berterus-terang ajerlah. Abang tak marah malah abang akan terima dengan hati yang terbuka andainya awak dah ada orang lain.” Sambungku lagi.

Pertanyaan-pertanyaan aku itu dijawab dengan suasana yang sunyi sepi dari FF atau dalam erti kata yang lain dia tak menjawab pertanyaanku Cuma terdiam membisu seribu bahasa… Kemudian lambat-lambat dia bersuara. “Abang, maafkan saya. Bukan niat saya untuk melukakan hati abang, tapi boleh ke kita meneruskan hubungan kita ni hanya sebagai kawan?” Ucap FF yang telah menyentap denyut nadiku untuk selama 0.0001 saat. Isyk bala apa lagi yang melanda kali ni…. Segala cinta yang aku bina selama ini telah hancur berkecai seperti gelas kaca yang dilempar dari tingkat 80 KLCC jatuh ke atas lantai simen. Terasa hinanya diri ini bila cinta telah beralih kepada hanya seorang kawan? Seumpama diri aku ni anak kucing masa tengah comel dibelai manja, diusap-usap tetapi bila berkurap aku mula disepak terang malah dismack-down lalu dicukur kesemua bulu sampai togel. Terus mayatku dibuang ke dalam semak… Alangkah hinanya diriku dilayan seperti itu….

“Kenapa awak tak ambik pisau, pastu tikam je abang sepuas-puasnya” jawab aku dengan sedikit emosi. “Sungguh abang tak sangka begini permintaan awak. Ini balasan yang abang terima. Abang tak sanggup menjatuhkan harga diri abang dengan menukar hubungan kita ni dari sepasang kekasih menjadi sahabat. Terima kasih ajelah dan semoga berbahagia dengan jalan pilihan awak ni” aku terus menamatkan panggilan tersebut dengan perasaan yang sangat sakit. Ibarat luka yang diperah dengan limau nipis dan ditabur garam sekaligus… Aku benar-benar terpukul malah tidak menyangka sama sekali begini balasan yang aku harus terima kerana tidak setia dengan satu cinta….

Selang beberapa minit bertalu-talu FF membuat panggilan ke telefonku. Aku hanya mendiamkan diri dan hanya membiarkan telefon itu berbunyi. Selepas itu bertalu-talu pulak bunyi SMS masuk. Dengan perasaan yang bengang aku pun buat bodoh jer dengan SMS tersebut. Mula-mula aku baca SMS dari FF yang berulang-kali meminta maaf dan meminta aku menjawab panggilan dia. “Pergi jahanam ler” jawab aku dalam hati dengan amarah yang masih terbuku…. Lantas aku pun terus ‘off’ kan handphone… Tanpa membuang masa aku membaringkan diri ke katil bujangku. Memandang kosong ke siling dan menanti mata untuk terlelap… ZZZZ

…Berakhirnya Siri 5…
 
Back
Top
Log in Register