azmimazda
Super Active Member
- Messages
- 6,317
- Joined
- Jan 30, 2007
- Messages
- 6,317
- Reaction score
- 1
- Points
- 65
rindu plak rasanya nk mengarang.. so aku sambung sedikit cerita aku hari ni... thanx pada yg bg support!!
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.

fuh...boleh buat novel ni...kalau karangan esei boleh dapat 100% markah ni...
shiiioknyer bace..novel pun ader kt cg ekk..

Kisah 5.12
Cinta dan wanita itu memang indah dan aku yg sukakan keindahan memang tidak mampu utk menolak kehadiran cinta dan wanita dalam hidupku. Kekecewaan memang menyakitkan dan di saat kecewa kerana putus cinta atau putus sahabat memang amat menyakitkan. Namun aku tak jadikan ia sebagai batu penghalang untuk menikmati keindahan cinta dan wanita yg lain!!
Seminggu setelah menerima email dr SZ yg meminta persahabatan antara aku dan dia diputuskan kerana persahabatan itu telah menggoyah cinta dia dengan balaknya, aku menerima lagi email dari dia. Kali ni dalam email itu dia banyak kali memohon ampun dan maaf dari aku kerana telah melukakan aku kerana memutuskan persahabatan kami. Malah dia telah meminta aku menerima dia kembali sebagai seorang sahabat. Apapun hati ini memang telah terluka dan aku telah tawar hati.. (cit poraah apa daa jiwang karat). Tapi memang secara serius aku agak tawar hati dan sekadar menerima kembali persahabatan dengan dia dalam keadaan sambil lewa dan aku ucapkan dalam email itu yg aku boleh terima dia kembali sebagai seorang sahabat tetapi yg pasti aku tidak akan semesra dulu dan tiada lagi Jemmy yg dia kenal sebelum ini....
Rupanya itulah email terakhir yg aku kirimkan untuk SZ kerana selepas balasan aku kepada email dia tempohari, aku tidak lagi membalas emailnya. Biarlah aku dengan duniaku sendiri sekarang dan biarlah dia bahagia dengan dunia dia...Lagipun aku masih ada 4 cinta dan wanita yg menanti hehehehe.. Sekurang-kurangnya aku masih ada C, R, FF dan J. Tapi bahagiakah aku dengan ini semua?
Betul la kata orang tua-tua.. 'Langit tidak selalunya cerah, hidup tidak selalunya indah'. Selang beberapa bulan kemudian kali ni J telah menarik diri dari untuk meneruskan perhubungannya dengan aku di atas alasan dia belum bersedia untuk menjalinkan satu hubungan yg serius. Tambahan lagi dia dapat rasakan bahawa aku curang dan memasang lebih dari seorang awek. Isyk camna dia boleh tau erk? Sampai sekarang aku masih musykil sebab setahu aku memang aku tak pernah terkantoi di depan dia.. Malah bila aku tanya pernah ke nampak aku keluar dengan perempuan lain dia sendiri jawab tidak pernah. Tapi katanya lagi naluri dia kuat mengatakan bahawa aku memang ada awek lain dan lebih dari satu.. Oleh kerana aku pun dah tak mampu menafikan lagi maka setelah hampir setahun berhubungan maka rasmilah J telah memutuskan hubungannya dengan aku, dan sekali lagi egoku sebagai lelaki tercalar kerana 'diceraikan' dengan talak 3 sekaligus!
Apapun aku terima keputusan itu dengan hati terbuka dan tiada dendam pun sebab aku pun sebenarnya dah letih ada terlalu ramai awek. Mungkin itu dapat mengurangkan bebanku sebab tak perlu lagi berdolak-dalih tiap kali disiasat oleh awek-awek ku hehehehe... Dalam kegelapan itupun sekurang-kurangnya masih ada 3 lagi sinaran pelita minyak tanah yg mampu menerangi hidupku di kala 'blackout'. Mungkinkah cinta aku dengan 3 orang awek ini akan berkekalan? Atau ada lagi kejutan selepas ini??? Adakah aku akan terus menjalani hidup yg bahagia dengan 3 orang awek atau terus menerima berita yg mampu menyakitkan jantung???
...Bersambung ler lagi...
citer ko ni boleh buat novel la...![]()