Aku pun tidak pernah minta
Datangnya tidak pernah aku doa
Hadirnya mungkin takdir jua
Pun aku bersyukur kerana datangnya
-membawa kasih
-membawa cinta
-membawa harapan
Meski tapak tangan tidak cukup mengalukan
Tapi nyiru telah ku tadahkan
Kerana keyakinan
Pada kata janji yang diberikan
Pada kebaikan yang dilakukan
Pada cumbuan mesra yang dialunkan
Pada pengakuan yang dilafadzkan
Aku percaya...
Cinta ini bukan mengada-ngada
Tetapi rahmat jua
Yang patut aku jaga, jangan sampai dia terluka
Aku menghargai
Seluruh ruang hati yang ada
Namanya ku tinta, yang lain sudah tiada
Aku bersumpah "Dia adalah segala-galanya"
Dalam hanyut dek gelombang asmara
Dalam khayal dek janji dan kata-kata indah
Dalam aku mengorak langkah
Nak memilikinya hingga ke alam rumah tangga
Kiranya aku tersentak
Kepala ku bagai di hentak
Perasaan dan emosiku rosak
Seluruh harapan ku bagai dipijak-pijak
Tak sangka jadi begini
Dia sanggup melukai
Kata-katanya lebih tajam dari pedang Saidina Ali
"SAYANG JANGAN CEMBURU DIA HADIR TERLEBIH DAHULU,
SEBELUM DIRIMU DALAM HIDUP KU"
Kalau dulu ketika aku tanyakan
Bukan BENCI padanya....diyakinkan dan
Kalau aku tahu
Kehadiran bekas kekasihnya, sesuatu yang begitu keramat
Di hati masih bertapak dan masih terpahat
Haram.....aku tak akan berniat
Menerima cinta dan kasih...
Sedangkan telah aku jelaskan berulang kali
Bercinta aku tidak mahu berkongsi
Aku mahu memiliki hati, perasaan, cinta dan body
Meskipun aku terluka
Di hati ku tetap dia
Ucapan selamat tinggal tidak akan ku tutur
Aku serahkan padanya untuk mengatur
'Sesungguhnya aku cuma hadir
bagaikan banduan di penjara hatinya,
dia boleh menjatuhkan hukuman
sesuka hatinya...aku redha'
Dan...aku terpaksa akur
Pada peraturan cinta yang telah di atur
Aku cuma hadir sebagai orang kedua
Yang terbaik milik bekas kekasihnya Yang memang istemewa
Milik ku...cuma sisa dari cinta pertama
Kini aku redha.......
Jodoh pertemuan ketetapannNya
Aku siapalah juga.....

#:-S