BTC USD 60,786.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Kisah Cina dan Melayu

Hypnosis-Diri

Super Active Member
gem
Messages
8,232
Joined
Sep 22, 2014
Messages
8,232
Reaction score
656
Points
111
Copy paste dari fb.

Kisah 1:

Seorang Cina kaya membeli 10 bungkus nasi untuk seekor kucingnya setiap hari . Apa ada dalam fikiran Si Melayu? Sayang kucing ? Kucing makan banyak ?

Jawapan Cina, " Saya beli banyak sebab kawan saya baru buka kedai makan . bagi duit mesti taknak . Jadi, ini saja cara saya untuk membantu dia ."

Kisah 2:

Seorang Melayu pergi membeli di kedai Cina yang buruk , hanya untuk melihat anak gadis tuan kedai yang cantik itu. Satu hari gadis itu tiada , setelah ditanya rupanya sudah pergi sambung pengajian di England . Apa ada dalam fikiran melayu ? Kedai buruk tapi duit banyak ? Bergadai tanah atau meminjam dari orang ?

Jawapan Cina , "Saya dari keluarga Lim , bila anak saya nak pergi belajar , semua Lim yang kaya akan bantu Lim yang miskin . Tak perlu bayar balik , bila Lim miskin sudah jadi kaya , Lim kaya yang baru itu akan bantu Lim miskin yang lain pula ."

Kisah 3:
Pihak AJK Masjid mahu mengubahsuai masjid mereka , bajet hanya 20 ribu je . Dicari nya kontraktor Melayu . Apa dalam fikiran kontraktor melayu ? Baget hanya 20 ribu je ...ciput je katanya ..mana cukup . Pihak AJK masjid mencuba pula dengan kontraktor Cina . Terkejut AJK kerana kos ubah suai hanya 12 ribu je.

Jawapan cina ," Tempat ini kan dibuat untuk orang sembahyang , tak boleh la ambil mahal nanti tuhan marah ."

Masyaallah , tak malukan wahai bangsaku ? Kalau ada kawan buka kedai , tak malu meminta diskaun ? Saudara mara ingin sambung belajar tidak dibantu , malah dihina jika miskin . Membina masjid pun mahu mengaut untung lebih ?

Malangnya , kisah diatas adalah kisah benar ….
 
mengarutlah kau pandai lah kutuk nelayu agongkan bangsa lain.kan kena ngan aku
 
aku pernah kerja dgn cina,..tokey aku dulu bapak dia kaya ada bisnes broker saham,..tokey aku pernah cerita kat aku bapak dia tak penah tolong dia bukak bisnes, tokey aku sendiri yg usaha kerja cari duit,cari rakan kongsi nak mulakan bissnes,..skarang bekas tokey aku tu dah kaya ,banyak perniagaan yg dia ada, resot, hotel, hartatanah,transport, dan ada lagi aku tak ingat,..aku rasa umur bekas tokey aku tu dlm 60an dah sekarang
 
aku tengok kedai.
ramai aje pelanggan melayu pergi kedai bukan melayu.

walaupun mahal.sebab nak rasa kelainan contohnya masakan arab.

kedai mamak sebab nak lepak,nak rasa kari walaupun diragui contohnya tukang bubuh nasik ada tatu.

kedai hardware cina sebab tu ajelah kedai hardware area tu.

kalau takde pelanggan melayu rasa ramai yang gulung tikar business.
 
so salah melayu lagi la ni.

semua melayu termasuk TT ke ( Kalau melayu)
 
nasib baik aku siam.
kalau tak jatuh self esteem baca cerita ni.
mengapa bangsa melayu jaguh menjatuhkan self esteem bangsa sendiri?
 
aku xda masalah ngan Cina or Melayu..

sbb mak aku cina..bapak aku melayu..

yang masalahnya adalah mentality jumud sesetangah org..

bila nampak masalah or something yg tak kne, mesti isu "bangsa" or "kaum" yg dibangkitkan.

aiyakkk..Belajar tentang kemanusian la...

Tuhan jadikan manusia ni bersuku-suku, berbangsa-bangsa utk saling kenal mengenal..bukan utk beza2kan..

Aiyak....Mari sama2 baca kitab...

49:13 Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
 
Rasenye post thread ni ak pernah baca dulu. Lama dah kuarnye. Puas da orang kutuk2 sal content die yg mmng x boleh dipercayai betolnye. X sangke la ni kuar balik post ni harini yea
 
Back
Top
Log in Register