wanzex
CG Top Poster Club

- Messages
- 35,552
- Joined
- Jul 12, 2006
- Messages
- 35,552
- Reaction score
- 1,107
- Points
- 191
UMAT di zaman Rasulullah SAW dianggap sangat bertuah. Tidak sahaja mereka
berpeluang bertemu dengan baginda namun yang lebih beruntungnya lagi dapat
melihat sendiri segala kejadian-kejadian mukjizat yang Allah kurniakan kepada
baginda.
Ini termasuklah kejadian bulan terbelah dua, antara yang benar-benar berlaku
dalam usaha Nabi Muhammad untuk menyakinkan kebenaran dakwah baginda itu.
Jika kita menjadi pengikut baginda ketika itu, tentu segala kejadian mukjizat
yang berlaku akan menambahkan lagi keimanan atau kepercayaan kepada Allah SWT.
Namun, perkara seperti ini sukar diterima oleh puak-puak kafir Quraisy. Mereka
tetap dengan sikap degil mereka.
Walaupun peristiwa Israk dan Mikraj tidak ada sebarang kesangsian, dengan segala
macam bukti dan keterangan daripada al-Quran namun kedegilan tetap makin
menebal!
Malah mereka sendiri kadang kala meminta baginda tunjukkan bukti! Kononnya
dengan bukti tersebut mereka akan menyerah kalah kepada kebenaran.
Namun yang sebenarnya mempunyai niat yang busuk, kononnya Rasulullah tidak akan
mampu menunjukkan sebarang bukti kerana yang diminta semuanya bersifat luar
biasa dan tidak masuk dek akal.
Andai, bukti tersebut gagal ditunjukkan oleh baginda maka semakin galaklah
mereka memusuhi dan mengeji Nabi.
Namun baginda tetap menyahut apa juga cabaran, asalkan mereka akhirnya percaya
kepada keesaan Allah yang Maha Agung.
Iaitu pada suatu hari, sekumpulan pembesar Quraisy itu datang menemui baginda,
iaitu di antara mereka termasuklah Al Walid Al Mughirah, Abu Jahal Hisham, Al As
Wail, Al Aswad Muthalib, An Nadhru Al Harith.
Peristiwa ini dikatakan berlaku sebelum baginda melakukan hijrah ke Madinah dan
diriwayatkan dalam banyak catatan sejarah sehinggalah mengikut sastera Melayu
klasik sendiri, kisah bulan terbelah dua ini menjadi kisah-kisah penglipur lara
yang popular.
Dalam Hikayat Nur Muhammad dan Nabi Bercukur dan Nabi Wafat misalnya, ada
diceritakan mengenai kisah bulan terbelah ini, pada bahagian kedua dari tiga
bahagian yang ada, iaitu: Hikayat Nabi Bercukur iaitu menceritakan mukjizat Nabi
SAW, kisah bulan terbelah.
Hikayat ini telah diterjemahkan ke dalam rumi dengan tajuk Bunga Rampai Sastera
Melayu Warisan Islam terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Para pembesar itu mencabar baginda supaya menunjukkan mukjizat yang mereka mahu
melihat sendiri melalui mata kepala walaupun mereka sepatutnya telah beriman
dengan pengalaman perjalanan Nabi Muhamad sepanjang Israk dan Mikraj itu yang
lalu, adalah benar.
Mereka berkata, "Jika kamu seorang yang benar (seorang nabi yang diutuskan oleh
Allah) belahkan bulan yang sedang mengambang penuh pada malam ini kepada dua
bahagian".
"Adakah jika permintaan ini dipenuhi, kalian berjanji untuk menerima dakwahku
dan kita semua bersama-sama menyembah Allah, tuhan yang satu?" kata baginda
pula.
Pembesar-pembesar itu pun menganggukkan kepala tanda bersetuju terhadap syarat
yang Rasulullah berikan.
Lalu baginda pun berdoa dan memohon kepada Allah untuk membelah bulan sebagai
perkara yang luar biasa untuk dijadikan tanda dan bukti kekuasaan Allah Yang
Maha Tinggi.
Sejurus kemudian tanpa disangka oleh para pembesar Quraisy itu mereka dapat
menyaksikan sendiri bagaimana bulan mengambang penuh yang menghiasi langit pada
malam itu bukan sahaja terbelah kepada dua bahagian.
Tetapi terpisah menjauhkan diri antara satu sama lain.
Separuh boleh dilihat di sebalik gunung di sebelah kiri dan separuh atau
sebahagian bulan lagi dapat disaksikan berada pada sebalik gunung di sebelah
kanan dengan keadaan masih bercahaya.
Bulan tidak lagi berbentuk bulat sebagaimana lazimnya!
Mereka yang menyaksikan dalam antara percaya dengan tidak, hampir-hampir tidak
mendengar apabila baginda berkata; "Saksikanlah kejadian ini iaitu sebagai bukti
kebenaran mukjizat yang dikurniakan Allah dan risalah kenabian yang Allah
amanahkan kepadaku,"
Begitu pun setelah menyaksikan kejadian yang sungguh luar biasa itu pun,
kalangan kafir Quraisy tidak menepati janji, mereka tidak mahu mempercayai apa
tah lagi untuk menerima dakwah nabi.
Sedangkan kejadian bulan terbelah ini memang benar-benar berlaku dan wajib
dipercayai. Walaupun ada yang mempertikaikannya kerana bertentangan dengan sains
dan akal yang waras namun atas nama mukjizat, kelebihan yang diberikan kepada
Rasulullah ia tidak dapat dibuktikan secara saintifik.
Sebagaimana kebanyakan mukjizat-mukjizat yang Allah berikan kepada para nabi
sebelum Nabi Muhammad.
Ini termasuk mukjizat Nabi Isa a.s yang boleh menghidupkan orang yang telah
mati, tiada sesiapa yang dapat pertikaikan lagi.
Walaupun pada hakikatnya, yang mati tetap akan mati, tidak mungkin akan hidup
kembali.
Kejadian bulan terbelah dua ini sebenarnya disaksikan oleh seluruh penduduk
Tanah Arab ketika itu malah sebenarnya seluruh semenanjung Tanah Arab termasuk
negara-negara lain yang mengalami waktu malam pada hari kejadian tersebut.
Tetapi sayangnya, mereka yang meminta supaya ditunjukkan sebarang kejadian luar
biasa, akhirnya mereka sendiri tidak mahu percaya walaupun bulan benar-benar
telah terbelah di hadapan mata!
Kafir Quraisy sangat mengagumi melihatkan kejadian itu tetapi tetap tidak dapat
menerima kebenaran risalah yang dibawa oleh Nabi.
Mereka percaya kejadian itu benar, tetapi dituduhnya pula baginda seorang ahli
sihir yang berkebolehan untuk membelah bulan tersebut!
Ini sebagaimana disebutkan dalam al-Quran; Telah hampir datangnya masa itu dan
bulan terbelah. Dan setelah mereka melihat suatu tanda (mukjizat) mereka
berpaling lalu berkata: "Ini adalah sihir yang luar biasa" dan mereka
mendustakannya dengan mengikut hawa nafsu sedang setiap yang berlaku ada
ketetapannya. (al-Qamar: 1-3)
Sebenarnya tidak menghairankan jika mereka tidak percaya, malah membuat pelbagai
pertikaian termasuk sihir dan sebagainya. Ini termasuklah Abu Jahal dan Abu
Lahab juga mempertikaikan kejadian itu walaupun melihat dengan mata sendiri
peristiwa bulan terbelah itu.
Kerana itulah sifat degil yang dimiliki oleh kalangan kafir Quraisy, yang tidak
mahu menyertai baginda kerana bimbang akan dipersendakan oleh mereka yang lain.
Sedangkan mereka juga bertanyakan kepada kafilah-kafilah yang selamat sampai ke
Kota Mekah selepas berdagang di luar kota, adakah para pedagang itu juga melihat
kejadian bulan terbelah itu semasa dalam perjalanan pulang itu.
Bulan terbelah dua
Masing-masing mengakui ada melihat kejadian bulan terbelah dua itu dan sangat
tertanya-tanya apakah sebenarnya yang telah berlaku.
Apabila mendengarkan itupun, kalangan kafir Quraisy masih enggan untuk
mempercayai Nabi Muhammad. Sedangkan jika baginda melakukan sihir, tentunya yang
disihir hanya penduduk Mekah atau kalangan kafir Quraisy itu sahaja tidak
mungkin melibatkan sehingga ke kawasan luar Kota Mekah.
Walau apa pun, kejadian yang sedemikian luar biasa, sebagai tanda kekuasaan
Allah yang Maha Agung dan Maha Esa, langsung tidak dapat diterima oleh
musuh-musuh baginda.
Pastinya kekecewaan menjalar masuk ke hati baginda walaupun ia begitu menguatkan
lagi keimanan kepada para pengikut baginda yang setia dan taat.
Para pengikut baginda malah sesiapa pun sebenarnya mungkin agak ketakutan
apabila tanpa disangka bulan boleh terbelah dua, tetapi mujur sahaja objek yang
menerangi malam itu bercantum semula.
Namun, pengajarannya menunjukkan bahawa Allah itu sangat berkuasa, boleh
melakukan apa sahaja; kun faya kun!
Tiada tandingannya dan sebagai hamba-hamba-Nya sewajibnya kita sujud dan
menginsafi diri.