BTC USD 81,354.9 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah Benar Edisi Seram

best n menyeramkan...ermmm...walaupun xpenah lagi kene ganggu..tapi bace cite nie seram kott
 
Akak pindah rumah baru akak ini tahun 2002, dalam blok tu cuma ada 3 keluarga yang tinggal pada masa tu, tingkat bawah, 1 dan 3 dan rumah akak paling atas.

Semasa mula2 masuk rumah tu takde rasa apa2. Rasa seronok maklumlah pindah rumah baru. Setelah kepenatan susun2 barang, malam tu akak, hb & anak2 tido awal. Tepat pukul 3 pagi satu bunyi dentuman yang kuat kat atas syiling dlm bilik akak. Bayangkan mlm yang sunyi sepi, tiba2 bunyi dentuman yang kuat kat atas syiling, akak & hb yang tengah tido punye lah terperanjat sampai terduduk. Masa tu tak terlintas ape2, ingatkan syiling runtuh. Akak bangun bukak lampu, tengok syiling tak de ape2 dan gi jenguk anak2 tapi dia orang tido ok je. Akak & hb pun pelik le, bunyi ape tu. Oleh kerana kepenatan terlampau akak & hb sambung tido, dan tepat pukul lima bunyi dentuman berbunyi lagi tapi kali ni bunyinya tidak sekuat yang pertama tadi. Akak & hb tertanya2 bunyi ape tu.
Akak buat andaian agaknya itu salam perkenalan.

Selepas tiga bulan kejadian tu, masa akak tengah cuci pingan mangkuk selepas makan malam, akak terpandang ada seorang budak ( umur 11 - 12 tahun) lelaki jengok akak kat dapur. Akak tengok budak tu dengan jelas memakai baju warna merah, potongan rambut pesen orang zaman dulu2 dan comel budaknya.

Setiap malam pukul 10 - 11 mlm akan berbunyi orang mengemas bilik, bunyi perabut dialih.
Mula-mula tu rasa takut la jugak. Rumah akak paling atas, sapa yang mengemas kat atas.
Bila dah lama tinggal kat rumah bunyi2 dah semakin kurang. Ade juga sekali sekala bunyi orang ceduk air kat bilik air tapi akak buat tak tahu je.

Masa cuti sekolah bulan 8 baru2 ni, jiran sebelah rumah (dia tak tinggal di situ, cuma time cuti sekolah je dia dtg) dtg ke rumah jumpa ngan hb akak, dia tanya kami ada bagi sewa bilik pada orang bujang ke. Hb cakap tak de. Dia tak percaya sebab malam tadi pukul 3.30 pagi dia nampak ada dua orang lelaki bukak grail masuk rumah. Dia ingatkan kami sewakan bilik, tu yang dia tanya sebab nak confirmkan. Hb akak cerita ngan akak apa yang jiran tu cerita kat dia. Akak cakap ngan hb rasanya salah seorang itu la budak yang akak nampak pakai baju merah dulu. Ye la masa tu tahun 2002, sekarang dah 2009 dah tujuh tahun. Budak tu dah jadi orang bujang!

Dan baru2 ni dalam bulan puasa, pukul 6.30 pagi akak siap2 nak gi kerja, tiba2 akak tengok bola tiba2 melantun ke dinding dan bergolek2 ditempat yang sama. Akak ni boleh pulak tunggu sampai bola tu berhenti, hampir 5 minit.

yoeKB terbaik.... :)cgrock
cam ade sambung jek cite ni??
ye ke?? cam tak abis... :-?
 
Langsuir
Kisah ini berlaku sekitar beberapa tahun lalu kisah ini bukan rekaan tapi apa yang telah aku alami.22.12.2001 trarikh pernikahan kak jee dan pada 21 hb aku bertolak dari jb sekitar jam 9 malam menuju ke kampung aku di kampung R di daerah muar.Aku memandu produa kancil yang dibelikan oleh ayahku oleh kerana kekurangan wang aku memutuskan untuk melalui jalan alternatif dan tidak melalui lebuhraya maklumlah aku masih lagi belajar manalah ade duit sangat.

Dari jb ke kulai dan simpang renggam aku singgah di kedai untuk berhenti makan dalam jam 10:15 aku meneruskan perjalanan bertemankan radio aku menyanyi nyanyi kecil perjalanan lancar tak banyak kereta sangat cuma banyak lori trailer je sampai di yong peng aku memutuskan untuk lalu jalan ke parit sulung.jam dah nak dekat 11:00 malam jalan parit sulung agak sunyi dan agak menyeramkan tapi aku malas nak layan aku kuatkan radio dan terus jalan sambil makan jajan yang aku beli di simpang renggam.

Masuk sahaja jalan kangkar senaga pagoh perghh jalam gelap gelita hujan renyai renyai pulak dalam hati seramnya lalu jalan nih sunyi gile radio plk signal tak berapa terang bunyi bedesir aje aku tutup radio.Oleh kerana jalan agak licin aku aku memperlahankan kelajuan sekeliling pokok pokok besar agak menakutkan sebiji keta pun tak ade ..aku sorang aje ke yang lalu jalan nih getus hatiku..tiba tiba aku dengar munyi macam ketawa mengekek bunyi perlahan dan ade kalanya kuat arghh ttu bunyi radio nih...pantas tanganku menekan suis radio.. uikkk radio tak on pun...persaan mengeletar takut seramsejuk dari hujugkaki sampai ke kepala kecut perut...aku hanya menyebut allahuakbar allahuakbar..bunyi hilaian makin kuat.

Aku tak tentu arah kereta yang kupandu simpang siur sbb aku mengigill tiba2 aku ternampak objek seperti kain putih yang agak kusam terbang bertentangan cermin hadapan keretaku dan kain itu menyapu cermin hadapan terus ke bumbung keretaku..aku menjerit allahhhhhhuakbarrrrrr sekuat hati terus memecut kereta selaju mungkin.

Akhirnya sampai juga aku di kampung kira2 jam 1 pagi.Esoknya aku demam panas aku ceritakan kejadian semalam pada ayah dan mak ayah mengucap panjang katanya jalan tu mmg agak keras mmg boleh dikatakan mmg tak de orang lalu sana selepas jam 11 malam aku hanya tersengih manalah aku tau..
 
Pelaris
Kali ini saya ingin bercerita tentang Ilmu Pelaris.Pada dua tahun lepas aku pergi menemankan pakcik ku ke Pejabat pendidikan Jb katanya ade urusan penting.
Oleh kerana beliau kurang arif tentang jalan di jb nih dia telah mengajak aku untuk menghantarnya ke pejabat tersebut.

Selesai saja urusanya kami terus pulang dalam perjalanan pulang terasa perut lapar pulak. Aku terus membelok ke Taman P........ untuk mencari kedai makan.
Pakcik aku nih isteimewa sikit sebab dia nih blh nampak benda benda halus.Entah kenapa selera aku hari tu teringin sangat nak makan nasik lemak dengan ayam goreng.

Sedang aku melilau mencari kedai makan aku terus ternampak sebuah restoran nasi lemak.Ape lagi aku terus je park keta dan mengajak pakcik makan di restoran tersebut.
Keluar je keta dah terbau harumnya nasik lemak.

Masuk aja ke restoran tu terus aku ternampak pekerja kedai sedang menyusun ayam gorang berempah di dalam bekas nampak sungguh menyelerakan.Nampak garing dan ragup wahh best ni kataku kecil.Pelanggan restoran punyalah ramai sampai berbaris tunggu tapau.

Aku dan pakcik terus duduk di meja barisan kedua, tiba tiba aje muka pakciku berkerut dan katanya nak ke toilet. Sementara itu aku membelek belek menu di kedai tersebut wahh semuanya nampak sedap.

Keluar aje dari toilet pakcik terus je menuju ke arah aku ...kita makan kat kedai lain aja katanya perlahan.Aku terus bangun dan terus ke kereta dalam hati geram juga aku ngan pakcik ni.Pakcik terus diam tak bercakap dia nampak macam tergamam.

Aku terus tanya pakcik nape tak makan kat restoran tadi tu je.Dia terus cakap ..kalau kau nak makan muntah jin dan minum air kencing jin kau pergilah kat restoran tu.Aku terkedu gak masa tu.Katanya lagi masa di ke toilet dia sempat menjegah dapur restoran tersebut
dan ape yang dia nampak berpuluh puluk ekor jin tengah muntah dan kencing di dalam kuali dan periuk masak. Tokey kedai tu pakai pelaris sebab tu semuanya nampak macam sedap..
 
Saka nenek amir
Malam itu amir rasa gelisah ade sesuatu yang menggangu fikirannya malam itu bulan cukup terang sinarnya tembus di celah celah dinding kayu yang usang rumah neneknya.


Rasa seram sejuk tak tentu arah.Amir bangun dilihatnya isterinya niza nenyak tidur beralas bantal yang agak kusam ade sesuatu yang ingin di lihatnya amir melangkah perlahan ke bilik neneknya.

Badan amir bermandi peluh dingin suasana cukup sunyi jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi amir berjalan perlahan dalam samar api pelita.Tiba di hadapan pintu bilik neneknya
dia terdengar bunyi sesuatu..bunyi nafas keras dan laju..

Daun pintu bilik neneknya di tolaknya perlahan kriukkkkkkkkkk....bau busuk memenuhi ruang..tanganya meraba raba di sudut bilik mencari pelita untuk dinyalakan..tanganya terpegang sesuatu yang agak kasar seperi rambut..ianya agak panjang tapi agak kasar.

Dinyalakan lighter kearah benda yang di peganganya darahnya tersirap mengigil melihat rupa nenekya mukanya pucat matanya tersembul pipinya cengkung..matanya bulat memerhatinya dalam gelap..amir terus lari kebililiknya..

Ditutupnya pintu bilik rapat rapat..dalam hatinya terdetik kenapa rupa neneknya begitu kenapa dia bangun sedangan orang tua itu sudah 2 tahun terbaring akibat serangan angin ahmar.Amir cuba baring dan melelepkan mata..akhirnya amir terlelap juga.

bagun pagi amir terasa lesu mungkin dia tak cukup tidur..amir lihat niza sibuk di dapur membuat sarapan pagi.Amir terus kebilik nenek nya..orang tua itu masih tidur matanya tertutup rapat tiada bau busuk disingkapnya kelambu neneknya.

Amir terlihat neneknya menggengam sesuatu di tanganya ...tiba tiba matanya terbuka..suaranya terketar ketar kau ambil ni..jaga dia dgn baik tiap malam jumaat kau sediakan telur rebus 3 biji kau letak di atas para..

Esoknya nenek amir meninggal dunia... meniggalkan amir seribu tandatanya haruskan dia meneruskan amalan neneknya amir binggung

(kisah ini di ceritakan oleh amir katanya neneknya memelihara saka..saka tersebut menyebabkan dia dan niza sukar mendapat zuriat sudah hampir 3 kali niza keguguran..kata amir saka itu makan janin anaknya ..waulaahualamm dah cuba membuang saka tersebut tapi dia masih gagal sehingga hari ini)
 
Masa ni hani form3 .. tgh study kat dorm.. almaklum..sekolah asrama dulu… malam tu malam minggu.. biasa malam minggu warden bg kebenaran kat pelajar utk layan tv n cd sampai pg pun tak per.. so hani malas la nak turun bilik bacaan sbb bilik bacaan tu sebelah bilik rehat yg budak2 tu layan tv.. bising yg amat..
Masa tgh study.. angin tak de.. ujan pun tarak.. hani Nampak satu kain langsir tingkap seperti di tarik2 dr sebelah luar .. sebelah luar yg bukan tpt jalan kaki tu.. errr.. kiranya dr tingkap belakang laa.. bkn tngkp depan sebelah pintu.. blakang tu kan sapa laa nak lalu tgh2 malam.. kalau nak lalu gak.. kena pnjat ikut tngkap pasal tkde pintu pun…
Masa ni … hani study dgn kawan..ada dlm 3 org gitu.. dia perasan muka hani dah pucat.. dia pelik.. dia tnya napa.. hani Cuma pndng jer langsir tu.. diorang pun pndang sama..langsir lain tk gerak.. yg satu tu jer gerak.. member dh takut semacam.. lagi laa tgk hani dah pucat kan.. sibbaik ada sorg lagi kawan ni.. dia terus seret hani ajak gi tndas amik wudhuk n solat sunat… dia dah terasa semcm..
Mlm tu bila nak tdo teruk hani kena .. dia dtg silih berganti kacau hani.. hani diam jer… tk dpt nak gerak.. apa lagi nak jerit… suara tak kuar… esok pg tu suhu badan naik… panas.. tp nasib baik tk demam.. ptg tu dah recover balik..suhu badan dah turun normal.. smbg:-
 
lokasi: bukit putus
time: Remang senja
mangsa: aku n husband
hantu: tak sure

kejadian nie berlaku pada tahun lepas.. masa tu aku mngandung 7 bulan. n masa tu gaks kiranya on the way balik dari kampung di pahang, so ikut la jalan bukit putus tue.. masa tu jalan baru tak siap lagi.. masih dlm nak buat la...

nak dijadikan cerita masa kitorang nak naik bukit putus.. kat jln straight sebelum selekoh mendaki tue, jln cam jem skit la.. sbb kete banyak.. jalan plaks dlm pembikinan.. so kira jem la jugaks..time tu tingkap kete tak tutup.. langit pun cam merah2 gaks la.. tetiba jer terdengar suara baby menangis.. dlm hutan.. ulu bendul tue.. aku igt aku sorang yg dengar, pastu aku tanyer husband aku, samada dia dengar ke tak.. dia jawab.. dia pun dengar. utk surekan lagi sekali.. ktorang senyap.. n betul2 clear dgr suara baby nangis.. apalagi.. husband aku cepat2 tutup tingkap n baca apa2 yg patut.. memandangkan aku pun sarat mengandung time tue..

>>> at the same time terpikir jugaks, tah2 org buang bayi ker.. tp apakah itu?:-?
 
Pagi tadi.... tgh Jazz bersiap2 nak ke tempat kerja, hb Jazz keluar dari bilik mandi dgn penuh bertenaga... Hb Jazz mengatakan bahawa malam tadi dia mimpi seorang lelaki dan nenek tua datang... Hb tak kenal kedua2 mereka tu.... Hb Jazz turut memaklumkan bahawa pasangan suami isteri itu telah mengurut badan suami Jazz....

Tersedar je dari tidur... Hb Jazz rasa badan dia kembali bertenaga....

Aduyaiiii.... apa maksud mimpi tu ye? Siapa yang urut hb Jazz ye?

Mmg dalam mggu ni hb Jazz selalu lenguh2 badan... tambah2 lak hari2 kena picit kepala Jazz... bertambah2 la sakit badannya tu....
 
Kisah yang ingin kuceritakan ini adalah kisah tentang Nek Lang (nenek Alang) yang mengamalkan ilmu pemanis (Susuk) dan inya berlaku ketika aku berumur lebihkurang 8 tahun.Nenek lang merupakan seorang nenek yang tinggal berjiran rumah ayahku di kampung .

Umur Nek lang ku anggarkan sekitar 95tahun dengan tubuhnya yang kurus dan sedikit bongkok dengan uban yang sudah memutih nek lang masih kuat hanya matanya yang kabur.Walaupun dah 95 tahun Nek lang pandai bergaya kalau duduk di rumah nek lang akan lengkap berkebaya dan kain batik ataupun berbaju kurung lengkap bersangul dan di sanggulnya terselit bunga melur.

Nek lang tinggal bersama suaminya yang bernama Tok Long mereka hanya tinggal berdua kerana semua anak anaknya sudah berpindah kebandar.Aku dan adikku Nisha selalu menemankan nek lang kami selalu bermain di rumah nek lang dan nek lang pun memang suka melayan karenah kami.Rumah nek lang ni agak buruk dengan atap zink yang berlubang sana sini dan papan dinding yang kusam juga dimamah anai anai namun begitu rumah nek lang ni dikelilingi banyak pokok buah buahan seperti jambu ,Buah Nona,rambutan dsb. Di laman rumahnya juga ada di tanam pokok bunga melur dan cempaka jika kita lalu sahaja di hadapan rumahnya bau bunga melur dan cempaka memang semerbak .

Nek lang memang suka bercerita tentang kisah hidupnya pada kami katanya dia ratu bangsawan sering kesana sini membuat persembahan joget.Umurku ketika itu 8 tahun manalah tau sangat tentang bagsawan dan joget.Sambil bercerita nek lang selalu mengobek sirih aku dan nisha sering terpaku mendengar ceritanya.

Satu perkara yang agak pelik pada nek lang adalah nek lang selau bercakap seorang diri kadang kadang dia seperti berbual dengan seseorang .Nek lang selalu bercakap dengan sesorang katanya “kau jangan duduk situ pegi duduk kat atas sana” dan kadang kadang dia mengatakan ade dua orang anak toyol berkepala botak sedang menyelongkar dapurnya bila aku dan nisha tengok takde siapapun yang ade kat dapur. Bila kuceritakan pada ibuku kata ibuku orang tua tu dah nyanyuk dan pelupa dan melarangku jangan lagi kerumah nek lang.

Pada satu hari aku pergi bermain-main degan nisha di rumah nek lang kami memang leka bermain di rumahnya sehingga kami tidak sedar hari sudahpun menghampiri waktu magrib aku dan nisha leka bermain sembunyi sembunyi.Entah macam mana sedang aku main sembunyi sembunyi aku telah termasuk ke bilik nek lang dan aku telah bersembunyi di bawah katilnya sementara menunggu nisha mencariku aku ternampak nek lang duduk di hadapan cermin.Apa yang aku pelik rupa nek lang agak berlainan di dalam cermin rupanya amat buruk matanya seperti terjojol berwarna merah dan amat menakutkan dan mukanaya seolah olah merenungku tajam.Bulu romaku meremang aku bingkas bangun dan lari keluar dari bilik dan lari sekuat hati ke rumah seluarku basah sebab terkencing.

Sampai sahaja di rumah aku terperanjat Nek lang berada di rumahku kata ibuku dari petang tadi nek lang berada di rumahku menghantar adiku nisha pulang.persolannya dengan siapa aku bermain tadi dan siapakan yang duduk di hadapan cermin di rumah nek lang.Bila kuceritakan pada ibu barulah aku tahu yang nek lang sememangya membela sesuatu di rumahnya dan nek lang juga mengamalkan ilmu pemanis (susuk).Patutlah nek lang selalu bercakap seorang diri rupanya di bercakap dengan peliharannya.

Dan semenjak dari hari itu aku tidak lagi pergi kerumah nek lang hingga sekarang setelah dia meninggal rumahnya terbiar anak dan cucunya tidak pernah datang menjenguk ..mungkin mereka juga tahu apa makhluk yang menghni rumah nek lang.
 
Back
Top
Log in Register