BTC USD 83,378.7 Gold USD 4,118.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah Benar Edisi Seram

kejadian yg aku alami sendiri.. ketika di santau...

bermula masa aku ditempat kerja..pada hari pertama, aku dapat rasakan diri aku cam lain,, macam terawang2.. fikiran pun melayang2 jer.. rasa cam tak selesa. rasa cam malas jer nak buat semua benda.. aku lebih suka termenung.. aku sendiri tak tau apa yang aku menungkan.. seolah2 ada masalah besar..

masuk hari ke 2aku dh start rasa cam badan tak selesa.. macam nak demam, n macam kne gatal2 pun ada gaks..tp ble dh berlarutan, dlm hari yg 5 mcm tue.. tetiba aku buang air kecil.. seolah2 ada kuar bulu pelepah burung banyak jugaks la.. n malam tue, aku dh mula rasa badan cam panas + seram2 sejuk pun ada gaks.. tak semena2 aku terjaga tengah malam, lebih kurang kul 1.30 am, aku perasan ada lembaga hitam duk mcm antara dua sujud tue kat penjuru tilam aku..tp yg peliknya aku tak takut.. lama gaks dlm 5min.. aku pandang jer benda tue.. kemudian dia hilang..
keesokan harinya aku bg tau kat kakak n mak aku.. abang ipar aku bawak aku berubat dengan sorang ustaz di puchong.. dia kata aku kne santau melalui makanan..aku dh termakan benda tue..

selama 3 hari berubat, hari yg terakhir tue, keadaan aku rumit skit la..aku pegi rumah bapak sedara aku.. tp kat anjung umah dia aku nampak benda yang sama mengintai aku... aku bg tau mak aku, n mak aku bawak aku naik atas masuk bilik.. tetiba badan aku jadi panas sepanas2nya.. n apabila disapu dgn air yassin n solat hajat yg ustaz bg, tetiba keluar bulu beruba miang rebung.. n air ustaz bg tue jadi keruh n kotor.. bayangkan la...

malam tue, aku dibawa terus g umah ustaz n ustaz tue ckp, sebelum benda tu dtg kat aku, benda tu dh dtg kat dia n cuba ganggu dia.. ustaz tue rasakan kaki dia kne cucuk benda tajam.. n bila sampai sana kami bg air yg dh keruh tue.. bila ustaz tu bukak tutup air tue, n dia letak tangan dia kat botol tue, tetiba tangan dia beruap mcm panas..
ustaz tue ckp org tue mmg nak buat aku sgt2.. dia bg aku makanan koto.. banyak benda dia campur.. nauzubillah.. sampai sekarang aku selamat n adalah makanan yg aku tak boleh makan sebagai pantang larangnya...

since dr kejadian tue, aku senang dpt rasa kehadiran mahluk2 yg tak diundang nie

p/s: pesanan aku, kalau kita terima makanan dr sesiapa pun, maka bacalah bismillah hirrahmannirrahim.. minta lah pada ALLAH, supaya kita dijauhi dr dsihir
 
Kisah jelmaan roh tanpa kepala
Kisah yang ingin aku ceritakan kali ini adalah kisah tentang roh tanpa kepala.
Kisah ini berlaku kira kira 5 tahun lepas ketika aku bertugas di kawasan pedalaman di sebuah felda di negeri johor.

Pada malam itu aku pulang bertugas agak lewat jam menunjukan jam 1:30 pagi rasa letih yang teramat membuatkan aku terasa agak lemah.Kereta kupandu perlahan jarak diantara felda tersebut dengan rumahku lebihkurang 16 km suasana malam itu berkabus kerana hujan lebat sebelah petang.

sampai di suatu simpang dintara kawasan felda dan jalan besar aku terlihat sesuatu di pondok bas.Susuk tubuh yang sedang duduk tegak aku memperlahankan kereta untuk melihat degan dekat suasana agak berkabus agak tebal membuatkan aku berhenti betul betul di depan pondok tersebut.

Astarafirullahhalzim ..masya Allah.. terperanjat aku melihat susuk tubuh yang aku lihat tadi rupanya tanpa kepala hanya duduk tegak di bangku tempat menunggu bas.Tanpa berlengah aku memecut keretaku selaju mungkin rasa takut yang amat sangat menyelimuti aku..

Esoknya aku menceritakan kisah ini kepada salah seorang penduduk di felda tersebut..menurutnya lembaga yang aku lihat itu adalah jelmaan roh si S..... yang meniggal dunia kerana dibunuh oleh sekumpulan along..Si S....merupkan mangsa tersalah bunuh kerana pada masa ia dibunuh S telah menggunkan motosikal kepunyaan Si K... yang berhutang dengan along..

Sedih juga mendengarkan kisah si S ni..mayatnya di jumpai di tepi pondok bas tersebut setelah dia di bunuh oleh along.
Kiranya si S ni mangsa yang tak berdosa..kena bunuh
 
Arwah kawan Azed mimpi ada sorang perempuan minta tolong amik dia di sebuah tempat di Baling, Kedah. Kononya dia dah mati dibunuh Jepun dulu dan temulangnya ditanam di satu tempat yang digambarkan dalam mimpi kawan tu. Dia minta dibawa balik temulangnya di sebuah kampung di Perlis.Mimpi ni berlaku banyak malam sampai kawan tu tension sangat. Saya pun cadangkan cari sedara mara roh tu kalau ada lerr di kampung tu..Kebetulan ada member lain yg duduk di kampung tu dan kenal dengan keluarga simati. (Ceritanya panjang tapi dipendekkan). Satu hari tu kami pun seramai lebihkurang 6 orang termasuk waris simati pergi ke Baling. Puas gak cari tempat yang dinyatakan dan akhirnya jumpa gak, kawasan tu dah jadi padang ragut lembu. Setelah cari dan dapat izin Tok Ketua, dan setelah lokasi dikenal pasti dari mimpi dan kebolehan seseorang, kami pun bergilir menggali. Dekat senja baru sampai ke target coz tanah keras bukan main. Kami amik tulang yang nampak dan tunggu malam utk amik lagi coz malam leh nampak tulang ngan clear. Malam tu saya masih ingat lagi, kejadian seperti ribut disekeliling kami ngan bunyi laungan anjing mendayu bagai. Setela puas hati, kami kambuskan balik lubang tadi dan menuju ke van. Masa tulah pulak ada yang mengilai..padahal baru jam 8 setengah! Pendek cerita, sampai di kampung, malam tu juga disemadikan semula secara Islam oleh Tok Imam dan org. kampung. Malam tu, kawan tadi mimpi perempuan tu datang dalam telekung dan senyumannya manis sekali sambil mengannguk-angguk.
 
dulu kampung pxxxr kat Johor mmg femes ngan toyol...kalau nak tau umah saper yg bela...bole check kat bwh kolong...diorg gali lobang utk bt tempat rest bende tuh...mase tuh byk kes duit ilang...so atuk & kwn yg otai2 pun pakat gi survey suma umah kat area kmpg tuh...dah puas round jumpe lak satu umah kaler kuning...umah haji pulak tuh...bwh kolong tu ade lobang beso kat tengah2 rumah...bini die pulak nampak pucat semcm...mmg sah diorg ni ade bela...ptg tu jugak atuk & geng gi tabor guli keliling umah suspek...org tua2 ckp toyol ni bila nampak guli, kacang hijau @ ketam die mesti leka naik main...lepas settle tabor jer cepat2 gi nyorok kat semak dekat2 situ...dlm kul 7 mlm samar2 nampak kelibat budak kecik bogel kuar dr bwh kolong...terkedek2 dia kutip guli ...naik seram pulak bila tgk benda real dpn mata...beberapa minit kendian daun tingkap rumah kuning tu terkuak lebar...menggeletar pulak paler lutut mase tuh...kat tingkap tu nampak cam kelibat makcik Kiah bini tuan rumah...dia terus jerit kat toyol tu...
"Afiq.....ko dah x reti nak masuk rumah ke maghrib2 cenggini haa...nak jd toyol ke haa tak pakai seluor... naik demam aku nak jage budak bertuah sekor ni...pegi mandi cepat...". Afiq pun b'tempiaran lari masuk lalu pintu dapur.........meninggalkan kitorg dlm dilema...:eek::eek::eek:
 
maybe 'org' yg urut tue.. saja nk tlg kot.. mak saya pun penah gaks kne cam tue.. masa tu kaki dia terpelecok.. sakit n tak leh jln.. pastu mlm tue dia rasa ada org urut.. esok dh leh jalan dh
 
Jin ialah sejenis makhluk yang juga diciptakan oleh Tuhan selain dari manusia. Jin juga mampu menukar rupa bentuk mereka kepada bentuk-bentuk lain dan menjadikan mereka terbahagi kepada kategori hantu yang berlainan jenis dan nama. Di kalangan masyarakat Melayu juga mempunyai nama dan jenis-jenis hantu yang tersendiri. Antara jenis-jenis kelompok hantu-hantu ini adalah :-

1. Pontianak / Puntianak / Kuntilanak - wanita berpakaian serba putih membalas dendam.

Puntianak atau lebih popular dieja sebagai pontianak, dipercayai oleh masyarakat Melayu bahawa ia berasal daripada perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya. Terdapat juga pendapat menyatakan bahawa ia merupakan jin (hantu) liar yang bertindak mengganggu manusia.

2. Langsuir - perempuan

Langsuir adalah sejenis makhluk halus penghisap darah dalam kepercayaan masyarakat Melayu. Langsuir dipercayai akan merasuk mangsa dan menghisap darah mangsa secara perlahan-lahan sehingga mati.

Terdapat sesetengah pendapat bahawa Langsuir berasal daripada wanita yang mati bersalin atau selepas itu.

Langsuir dipercayai mampu menyerupai seorang perempuan yang cantik dan mengoda lelaki agar mengikuti mereka ketempat sunyi. Apabila sampai ketempat yang sunyi, langsuir akan berubah kembali kepada rupa asal dan akan merobek perut mangsa atau mencekik leher mangsa dan menghisap darah mereka.

3.Toyol - hantu kanak-kanak bogel

Toyol merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara bagi tujuan mencuri. Toyol ini dikatakan berbentuk kanak-kanak kecil dan turut mempunyai perangai seperti kanak-kanak kecil. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.

4. Pelesit

Pelesit merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita, bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Hantu pelesit dipercayai diberi makan darah dari jari tangan tuannya.

Hantu pelesit dikatakan mampu menjelma sebagai sejenis belalang pelesit, belalang kecil yang mempunyai kepala berbentuk tajam dan tirus, dan masuk kerumah mangsa. Pelesit ini kemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka.

5. Hantu air - dalam air

Hantu air (juga termasuk Hantu laut) merupakan sejenis makhluk halus digelar mambang atau jin yang terdapat di dalam kawasan berair. Makhluk ini dianggap agak keras dan mampu membahayakan mereka yang bertembung dengannya.

Kebiasaannya ia dikatakan terapung-apung seperti batang kayu buruk, tetapi mampu melumpuhkan mereka yang tersentuh dengannya.

Selain itu, ia dikatakan mampu menjelma untuk mengusik mereka yang berada di pinggir air.

Dipercayai bahawa hantu air berasal daripada ilmu dan makhluk halus yang dibuang, dihanyutkan melalui sungai mengalir ke laut dengan menggunakan acak.

Air laut yang berkilauan dikatakan menunjukkan kehadirannya. Bagi menggelakkan gangguan bagi para nelayan dari hantu air (laut), satu upacara yang dikenali sebagai semah laut akan diadakan setiap tahun. Upacara ini juga dikenali sebagai puja pantai / main pantai.

6. Hantu raya

Hantu Raya dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja dan juga bagi memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.

Cara mengambilnya ialah: ambil dekat pokok kelapa yg kena panah petir

Hantu Raya akan dikawal oleh pemiliknya yang boleh menyuruhnya melakukan apa-apa juga jenis kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh oleh tuannya bagi merasuk seseorang. Hantu raya mempunyai keupayaan menjelma sebagai manusia biasa atau haiwan lain, dan biasanya Hantu Raya akan menjelma sebagai tuannya.

Hantu Raya yang dipelihara itu akan perlu diberi makan sebagaimana yang dipersetujui. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Hantu Raya yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.

Hantu Raya biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.

7. Hantu bungkus - makhluk ghaib yang dilihat berbungkus dalam kain kafan.

Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.
Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.

8. Polong

Hantu Polong merujuk kepada semangat atau makhluk halus belaan yang dipelihara oleh seseorang, biasanya lelaki, bertujuan untuk tujuan memudaratkan musuh. Hantu polong dipercayai diberi makan darah dari jari tuannya.

Menurut kepercayaan orang Melayu, polong dihasilkan dengan meletak darah orang yang mati dibunuh kedalam botol bermulut panjang. Botol tersebut kemudiannya akan dipuja dan jampi serapah akan dibacakan dalam tempoh masa tertentu. Selepas tujuh hingga dua minggu akan kedengaran bunyi mengerit daripada dalam botol. Pemuja polong perlu menghiris sedikit jarinya dan memasukkan jarinya yang berdarah itu ke dalam botol untuk memberi polong makan. Dengan memberi makan, polong ini akan terikat kepada tuannya dan akan melakukan apa sahaja suruhan tuannya.

Polong biasanya akan disimpan di dalam botol dan hanya dikeluarkan apabila hendak memusnahkan musuh. Mangsa polong biasanya boleh dikenali dengan kesan lebam pada mayat dan darah keluar melalui mulut.
 
9. Bota - makhluk besar hodoh menjelma dari dalam tanah.

Hantu yang terkenal sehingga namanya digunakan sebagai nama sebua kampung. Mengikut kepercayaan penduduk tempatan Bota, nama kawasan ini diambil bersempena sejenis gergasi yang wujud di sini. Bota ialah sejenis gergasi besar yang hidup dalam tanah, menyembunyikan diri dalam gua di dalam tanah. Bota akan keluar daripada tempat persembunyian pada ketika-ketika tertentu sahaja dan amat meminati kanak-kanak yang tidak memakai seluar.
Kebanyakan masanya dihabiskan di dalam tanah dan jarang dilihat oleh manusia. Menurut nenek-nenek tua di kawasan ini, badan gergasi Bota ini menyerupai warna tanah itu sendiri terutama di kawasan berlumpur, di tepi rimbunan buluh kuning dan di tepian sawah padi di mana ikan puyu dan tilan biasa ditemui. Makanannya didapati di dalam tanah juga dan sesekali akan mencari makanan dalam bentuk daging manusia atau haiwan. Manusia dan haiwan bukanlah makanan kegemarannya kerana ia hanya keluar sesekali sahaja terutama pada rembang petang.

Gergasi Bota ini dikaitkan dengan kehilangan seseorang. Jika seseorang penduduk didapati hilang, mereka percaya Bota yang bertanggungjawab dan penduduk tersebut telah melanggar pantang 'kewujudan' Bota di sesuatu kawasan. Anehnya Bota ini tidak banyak tapi boleh berada di mana-mana sahaja terutama di kawasan Sungai Perak.

10. Bajang - makhluk aneh

Bajang merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.

Bajang merupakan makhluk setan yang dipuja daripada mayat bayi yang mati semasa lahir. Ia merupakan setan jantan yang sering kali menjelma sebagai kucing pole cat. Bajang seringkali menyerang kanak-kanak dan mampu menyebabkan penyakit misteri yang boleh membawa maut kepada mangsanya.

Bajang akan dikawal oleh pemiliknya dan akan disimpan di dalam tabung buluh. Sejenis daun khusus akan digunakan sebagai penyumbat tabungan tersebut dan dikunci dengan tangkal. Bajang hanya dikeluarkan apabila pemiliknya hendak mengenakan musuhnya.

Bajang yang dipelihara itu akan diberi makan telur dan juga susu. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Bajang yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.

Bajang boleh dihindari dengan menggunakan tangkal atau azimat. Tidak ada cara membunuh bajang tetapi biasanya sekiranya tuannya diketahui, dia akan dibunuh atau diusir dari kampung tersebut.

Bajang biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.

11. Bunian, Kerajaan dan keluarga Bunian.

Orang Bunian ialah sebarang makhluk halus dari golongan jin dalam legenda Melayu, mirip dengan elf dalam legenda Eropah.

Mereka dikatakan wujud dalam masyarakat besar, menyerupai struktur sosial manusia, mempunyai keluarga, puak, dan struktur masyarakat. Orang Bunian dikatakan mendiami kawasan hutan belantara, jauh dari perhubungan manusia, tetapi ada juga yang tinggal berdekatan dengan manusia malah berkongsi rumah dengan keluarga manusia. Sesetengah masalah kerasukan dikatakan berpunca dari orang bunian.

Orang bunian mempunyai kuasa luar biasa yang hebat, dan juga diketahui berkawan dan menolong manusia, terutamanya pawang atau bomoh. Orang bunian dikatakan menculik kanak-kanak, dan bayi didalam perut wanita dan ada dituduh menyebabkan manusia sesat di dalam hutan.

Semenjak orang bunian mirip dengan manusia (kecuali berasaskan fakta mereka biasanya ghaib atau halimunan) tidaklah dihiraukan untuk mereka berkahwin dengan manusia. Malah ada pendapat yang mengusulkan bahawa bunian ini adalah hasil gabungan hubungan manusia dan jin. Sekali seorang manusia telah pergi untuk tinggal dengan orang bunian, dia tidak boleh balik ke alam biasa, sebagaimana orang bunian hidup lebih lama daripada manusia. Terdapat cerita mengenai seorang lelaki yang mengahwini orang bunian, tetapi ingin mengembali ke keluarga mereka yang telah ditinggalkan, memutuskan untuk meninggalkan orang bunian. Waktu pulang mereka ke golongan manusia, mereka mendapati bahawa setiap orang yang mereka kenal telah meninggal dunia, dan beberapa tahun sudah berlalu. Cerita ini pernah disebutkan dalam cerita dongeng Amerika iaitu Rip Van Winkle. Perkara tersebut menyerupai teori kerelatifan masa.

Orang Bunian Sungai Tekali
Pada Julai 1998, satu tapak perkhemahan baru telah dibina di Kampung Sungai Tekali, daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. Tapak perkhemahan ini adalah milik Jabatan Pelajaran Negeri Selangor . Perkhemahan yang pertama kali itu ialah Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Negeri Selangor.

Segelintir penduduk kampung percaya dan melihat 3 orang (?) bunian mandi dalam anak sungai di tapak itu. Seperti biasa majlis bacaan Yassin diadakan pada hari pertama perkhemahan. Pada malam 'Night Walk' yang dikendalikan oleh Askar Briged Tengah, dua orang peserta telah 'hilang' dan seperti kerasukan selama beberapa bulan. Kejadian ini dikaitkan dengan orang bunian. Kini tapak perkhemahan itu telah 'bersih' dan tidak lagi kedengaran cerita-cerita seumpama itu.

12. Hantu Jepun

Hantu Jepun merujuk kepada sebarang bayangan atau makhluk yang berpakaian seperti tentera Jepun. Selalunya ia dikaitkan dengan tempat-tempat di mana pernah dijadikan markas tentera semasa Perang Dunia II, semasa Jepun menawan Malaysia.

Tempat yang selalu selalu disebut-sebut sebagai kawasan yang dihantuinya adalah bangunan sekolah berasrama, pejabat kerajaan dan bangunan-bangunan penting yang ada semasa Perang Dunia II. Oleh itu, boleh dikatakan, hantu Jepun ini agak moden.

Selalunya ia dilihat sama ada bersenjatakan senapang atau pedang, tanpa berkepala atau kepalanya dipangku bersama-samanya.

Kadang kala, ia dikatakan berbaris lengkap bersenjata pada waktu malam (tanpa kepala), dengan bunyi derapan kasut but tentera.

Tidak pula diketahui sama ada hantu Jepun turut terdapat di negara-negara jajah takluk Jepun yang lain (selain Singapura).

13. Hantu bukit

Hantu bukit merujuk kepada sejenis makhluk yang berkeliaran dikawasan bukit. Hantu bukit sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat.

14. Hantu kubur

Hantu kubur merujuk kepada sejenis makhluk yang berkeliaran dikawasan perkuburan. Hantu kubur amat ditakuti dikalangan orang-orang asli kerana mampu menyebarkan penyakit. Ini adalah antara sebab orang asli berpindah randah sekiranya berlaku kematian. Malah ia ditakuti oleh puak asli Kubu (Indonesia) dan Jakun (Malaysia) walaupun mereka dipisahkan oleh selat Melaka. Sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat.

Cara mengambilnya ialah: Tanah atau pacang kayu org mati kena bunuh/berdarah


15. Pari-pari

Pari-pari merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang terdapat dalam hutan. Pari-pari ini dikatakan mempunyai masyarat tersendiri dan boleh dikatakan menyerupai orang bunian. Pari-pari dikatakan tidak dipelihara oleh manusia dan dikatakan hidup bebas.

16. Hantu punjut

Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.

Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.

17. Jerangkung

Jerangkung merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara bagi tujuan menginiaya orang lain. Pemeliharaan makhluk halus seperti ini turut dikenali sebagai saka.

18. Hantu laut

Hantu air (juga termasuk Hantu laut) merupakan sejenis makhluk halus digelar mambang atau jin yang terdapat di dalam kawasan berair. Makhluk ini dianggap agak keras dan mampu membahayakan mereka yang bertembung dengannya.

Kebiasaannya ia dikatakan terapung-apung seperti batang kayu buruk, tetapi mampu melumpuhkan mereka yang tersentuh dengannya.

Selain itu, ia dikatakan mampu menjelma untuk mengusik mereka yang berada di pinggir air.

Dipercayai bahawa hantu air berasal daripada ilmu dan makhluk halus yang dibuang, dihanyutkan melalui sungai mengalir ke laut dengan menggunakan acak.

Air laut yang berkilauan dikatakan menunjukkan kehadirannya. Bagi menggelakkan gangguan bagi para nelayan dari hantu air (laut), satu upacara yang dikenali sebagai semah laut akan diadakan setiap tahun. Upacara ini juga dikenali sebagai puja pantai / main pantai.

19. Hantu galah

Hantu Galah merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan.

Ia dikatakan berbentuk manusia tetapi bersaiz besar dan amat tinggi sehingga kepalanya dikatakan menyapu awan. Ia sering kali ditemui jauh di dalam hutan dan biasanya hanya kakinya yang kelihatan.

Mereka yang diusiknya dikatakan sering menyangka kakinya sebagai batang pokok. Kakinya dikatakan berbulu panjang dan hanya mangsa hanya terserempak pada waktu malam apabila sering bersandar atau memegang kakinya, atau ketika melalui celah kangkangnya.

Manusia yang bersahabat dengannya dikatakan boleh mencabut bulu betisnya yang akan dibakar untuk menyerunya apabila memerlukan pertolongannya.
 
20. Jin Tanah

Jin Tanah dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan, yang dikatakan menjaga sesuatu kawasan (tanah).

Jin Tanah biasanya menjaga sesuatu kawasan tanah dan akan menganggu mereka yang membuka tanah baru untuk berhuma. Untuk mengelakkan gangguan Jin Tanah, biasanya upacara pembukaan tanah baru akan di adakan. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak, Jin Tanah akan mengganggu mereka yang meneroka kawasan tanah baru tersebut.

21. Hantu Keramat

Hantu Keramat merujuk kepada semangat atau makhluk halus yang terdapat disuatu tempat tetapi tidak mengganggu orang.

22. Hantu Kum-Kum

Asal hantu kum-kum dikatakan bermula dengan seorang wanita yang mengamalkan ilmu mencantikkan muka. Tetapi salah satu pantangnya merupakan dia tidak boleh melihat cermin selama 10 hari / sesetengah cerita menyatakan sebulan.

Semenjak hari itu semua orang memuji-muji kejelitaan wanita itu dan menyebabkan dia tidak sabar dan melihat wajahnya di cermin pada hari terakhir. Akibatnya mukanya menjadi buruk, dan setelah dia menemui kembali gurunya, dia diberitahu bahawa mukanya hanya akan kembali cantik setelah dia menyapu mukanya dengan darah XX perawan.

Disebabkan itu wanita itu merayau-rayau mengetuk pintu rumah bagi mencari mangsa sambil menyatakan "Kum-Kum" sambil mengenakan jibab.

23. Hantu Bungkus

Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.

Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.

24. Orang minyak

Orang minyak merujuk kepada seseorang yang menuntut ilmu batin bagi tujuan menceroboh masuk ke dalam rumah mangsa bagi tujuan mencuri/membuat onar.

Salah satu cerita mengatakan orang minyak ini telah tersalah menuntut, menyebabkan dia menjadi hitam dan hanya akan pulih selepas memperkosa 40 orang gadis. Mangsa akan menjadi terpukau dan ditanda dengan dipangkah pada mukanya selepas dinodai.

Kisah orang minyak ini amat popular sehinggakan ia dijadikan sebuah filem pada tahun 1958. Filem ini diterbitkan oleh Malay Film Productions Ltd dan diarahkan oleh P. Ramlee.

25. Puaka

Hantu Puaka merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dikatakan sering berkeliaran bersama-sama cuaca buruk.

26. Penanggalan

Hantu Penanggalan atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri Kedah merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena. Mereka yang menuntut ilmu penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka bagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali kedalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.

Penangalan dipercayai suka darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat tumpah darah. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.

Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu.

27. Pocong

Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.

Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.

28. Hantu bidai

Hantu Bidai atau juga dikenali sebagai hantu balong bidai merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang suka menganggu manusia. Kononnya hantu bidai merupakan semangat jahat yang tinggal dalam air. Hantu bidai mampu menyerupai tikar, dan akan menggulung dan melemaskan mangsa.

29. Hantu kopek

Hantu Kopek merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang suka menganggu manusia. Kononnya hantu kopek berbentuk seorang wanita yang tua yang suka menyorokkan kanak-kanak kecil yang suka bermain-main di luar rumah semasa waktu maghrib, dengan cara menyembunyikan mereka dengan kopek (buah dada) mereka.
 
Asal usul hantu

1. Hantu Raya

Berasal dari Tanah Melayu. Dipercayai terkorban didalam satu kemalangan jalan raya, sebaik saja keluar dari Pudu Raya untuk pulang berhari raya. Kegemarannya mencuri kuih kuih raya. Tempat menginapnya disyaki di balai - balai raya.

2. Hantu Langsuir

Dikenal pasti berasal dari Tanah Seberang. Ceritanya bermula di suatu pagi raya bila seorang suri rumah sedang memasang langsir lalu terjatuh dari tingkap, terus mati. Selepas itu, dia selalu datang menjeguk langsirnya. Hobinya bermain aumm cak-cak di tepi langsir.

3. Hantu Stokin

Berasal dari kawasan perindustrian Shah Alam. Merupakan seorang taukeh stokin yang berjaya sehingga lupa rumahtangga. Hidupnya asyik dengan stokin. Tidur stokin, makan stokin, minum stokin sehinggalah kawan kawan menggelarnya Hantu Stokin.

4. Hantu Jerangkung

Di percayai berasal dari Tanah Besar China. Ia bekerja sebagai penjerang kangkung di sebuah restoran. Hari-hari kerjanya jerang kangkung dalam sebuah periuk besar. Satu hari seorang kawan menyergahnya dari belakang, kerana terlalu terkejut ia jatuh dalam periuk itu. Perkataan akhirnya ialah 'jerang..... kung', jadilah Hantu Jerangkung. Hobinya mencangkung dan tempat tinggalnya dalam almari, sebab tu le ada lagu 'Jerangkung Dalam Almari'.

5. Hantu Pontianak

Disyaki berasal dari India. Seorang lelaki, Mr. Ponti mendapat seorang anak perempuan yang sangat hodoh. Orang kampung selalu menyindir anak ponti ini. Ponti punya anak - Ponti punya anak - Ponti punya anak. Ponti sangat malu dan mengurung anaknya. Selepas 5 tahun, anaknya keluar dari rumah dan terkejutlah seorang nenek, Oi! Pontianak... Lekatlah nama pontianak.

6. Hantu Penanggal

Seorang ibu tiri yang kejam, hobinya menanggalkan kain anak tirinya selain kain lakinya. Dah terbiasa dia rasa seronok pulak. Dia melebarkan hobinya dengan menanggalkan kain orang orang kampung. Hebohlah satu kampung 'Lari..lari. ....Penanggal' . Bila dia melihat sesuatu yang menarik seperti kurap, panau, kayap dan anu.....dia pun mengilai semahunya.


7. Hantu Pocong


Berasal dari Puchong. Nama sebenarnya Amat Garpu. Dia ni suka sangat menipu, senang cerita...kaki cong le. Bila dia mati terlompat lompatlah dia, nak pergi cong orang. Pucong !! Pucong !!
 
kejadian yg aku alami sendiri.. ketika di santau...

bermula masa aku ditempat kerja..pada hari pertama, aku dapat rasakan diri aku cam lain,, macam terawang2.. fikiran pun melayang2 jer.. rasa cam tak selesa. rasa cam malas jer nak buat semua benda.. aku lebih suka termenung.. aku sendiri tak tau apa yang aku menungkan.. seolah2 ada masalah besar..

masuk hari ke 2aku dh start rasa cam badan tak selesa.. macam nak demam, n macam kne gatal2 pun ada gaks..tp ble dh berlarutan, dlm hari yg 5 mcm tue.. tetiba aku buang air kecil.. seolah2 ada kuar bulu pelepah burung banyak jugaks la.. n malam tue, aku dh mula rasa badan cam panas + seram2 sejuk pun ada gaks.. tak semena2 aku terjaga tengah malam, lebih kurang kul 1.30 am, aku perasan ada lembaga hitam duk mcm antara dua sujud tue kat penjuru tilam aku..tp yg peliknya aku tak takut.. lama gaks dlm 5min.. aku pandang jer benda tue.. kemudian dia hilang..
keesokan harinya aku bg tau kat kakak n mak aku.. abang ipar aku bawak aku berubat dengan sorang ustaz di puchong.. dia kata aku kne santau melalui makanan..aku dh termakan benda tue..

selama 3 hari berubat, hari yg terakhir tue, keadaan aku rumit skit la..aku pegi rumah bapak sedara aku.. tp kat anjung umah dia aku nampak benda yang sama mengintai aku... aku bg tau mak aku, n mak aku bawak aku naik atas masuk bilik.. tetiba badan aku jadi panas sepanas2nya.. n apabila disapu dgn air yassin n solat hajat yg ustaz bg, tetiba keluar bulu beruba miang rebung.. n air ustaz bg tue jadi keruh n kotor.. bayangkan la...

malam tue, aku dibawa terus g umah ustaz n ustaz tue ckp, sebelum benda tu dtg kat aku, benda tu dh dtg kat dia n cuba ganggu dia.. ustaz tue rasakan kaki dia kne cucuk benda tajam.. n bila sampai sana kami bg air yg dh keruh tue.. bila ustaz tu bukak tutup air tue, n dia letak tangan dia kat botol tue, tetiba tangan dia beruap mcm panas..
ustaz tue ckp org tue mmg nak buat aku sgt2.. dia bg aku makanan koto.. banyak benda dia campur.. nauzubillah.. sampai sekarang aku selamat n adalah makanan yg aku tak boleh makan sebagai pantang larangnya...

since dr kejadian tue, aku senang dpt rasa kehadiran mahluk2 yg tak diundang nie

p/s: pesanan aku, kalau kita terima makanan dr sesiapa pun, maka bacalah bismillah hirrahmannirrahim.. minta lah pada ALLAH, supaya kita dijauhi dr dsihir

masalah apa ni kak sampai santau2 ni baru masuk keje plak tu
 
Back
Top
Log in Register