BTC USD 76,485.3 Gold USD 4,341.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah Benar Edisi Seram

mesti berkisar mengenai air & ikan ke??hehe...aku bnyk story..tp xde kene mengena dgn aktiviti pemancing / nelayan la...eekeke.....:D
 
Ni bukan kisah aku, tapi kisah si Ajis. :">


KISAH SERAM SI PEMANCING

Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ.

Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.

tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu.

Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.

Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, "Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?" bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni.

Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.

hehehe...rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.

Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya..


p/s - :)):)):))
 
Lagi..lagi...Cerita la lagi kalu ada...suka ceita2 seram ni..
 
ada tu ada...tp xtau nk cite kat thread mane..dh start slow2 kat thread pocong...kang aku rewind blk satu2 story aku...xleh tdo mlm ni aku..ekekeke..
 
ada tu ada...tp xtau nk cite kat thread mane..dh start slow2 kat thread pocong...kang aku rewind blk satu2 story aku...xleh tdo mlm ni aku..ekekeke..

Ko bukak satu thread kisah misteri..... Baru sume kisah boleh masuk...... Format cite dah bagus kat thread ni, siap lokasi sume... :D

PS : Aku follow jgk kat thread pocong tu..... :)
 
Salam all...


Disebabkan tak berapa ramai forumer CG yg kaki pancing tegar, aku dah ubah tajuk thread nie kepada Kisah Benar Edisi Seram. hehehe..

Syaratnya kisah adalah benar samada terjadi kepada diri sendiri atau pun family sahaja.. baru rasa seramnya... wakakaka....

tapi diharap semua yg nak berkongsikan pengalaman dapat mengekalkan format sedia ada, supaya senang forumer lain nak tau bila dah kat mana kawasan tersebut...

Tempat =
Masa =
Ahli =
Suspek =


adios...:))
 
Last edited:
Salam all...


Tujuan aku buka thread ni adalah untuk berkongsi pengalaman memancing bertemankan makhluk halus dengan korang semua...

Forumer CG yang ada pengalaman memancing bertemankan makhluk halus juga amat dialu-alukan untuk berkongsi pengalaman manis diganggu makhluk halus semasa memancing.

cuma kalau boleh kita nyatakan tempat dan masa supaya senang ahli pemancing tegar lain untuk tujuan rujukan.. hahaha..


Tempat = Tempat korang memancing
Masa = Masa korang memancing (malam atau siang)
Ahli = Berapa org yg ikut memancing sekali
suspek hantu = hantu apa yg korang rasa kacau korang..



Dah 3 tahun aku melepak kat CG ni dan inilah first time aku buka rumah sendiri. hehehe.. enjoy...

dah tukar tajuk..leh cite apa2 cite seram ke ni?

ke kene ada kaitan dengan ikan dan air gak?
 
dah tukar tajuk..leh cite apa2 cite seram ke ni?

ke kene ada kaitan dengan ikan dan air gak?

dah terbuka bro... dah tak di wajibkan berkaitan dengan kisah air mahupun ikan... skrg suda jadi umum punya cerita... tapi kena la cerita seram, jgn la bro cerita pasal arnab lumba lari dgn kekura plak.... :)):))
 
Salam all....

Tempat = Laluan cilok bukit chandan - Menora
Masa = 3-4 A.M
Ahli = Ramai...
Suspek = Tak Tau



Cerita ni jadi sekitar tahun 1997-98, Masa tu aku lari dari asrama sekolah pasal nak pergi tgk orang race motor dekat hentian highway sg, perak.

Kejadian berlaku masa kami on the way balik dari highway menuju ke Bukit Chandan, ada satu laluan cilok nak balik dari situ, tapi kena lalu hutan dan kebun org.

Tengah kami naik motor merentas hutan, tetiba budak yg naik motor belakang sekali tetiba pecut memotong kami semua, tapi kami buat tak endah je. terus bawak motor mcm takde apa2. pasal jalan kat situ kecik dan bangkang bengkok.. terbabas naya jer... hehehe...

sebaik saja sampai ke Bukit Chandan, budak berdua yg memotong kami masa dlm perjalanan balik tadi tgh tunggu kami di port lepak. Muka pucat lesi..

kami pun tanya lah apsal tadi tetiba potong laju sangat. dia cakap masa balik tadi, ada benda cuit bahu dia, bila budak belakang toleh, dia nampak ada hantu tgh terbang ikut belakang dia pastu tanya dia

bang, nak tumpang boleh...???

kwn aku cakap hantu tu rambut mengerbang sambil lidah terjelir keluar, takut punya pasal terus pecut tinggalkan kami yg lain.. siye betul, bukan nak bagitau...

kawan aku cakap nasib baik dia naik berdua, kalau tidak tak tau la...aku yg dengar cerita dia pun tetiba meremang bulu roma...
 
Back
Top
Log in Register