BTC USD 83,837.0 Gold USD 4,170.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah Benar Edisi Seram

meyh nih aku cite.

tp aku tak bp ingt sgt time ble..kalo tak silap thn 2003 kowt..mlm dlm kul 10..mase tuh kat hall main enterence..sume de..ayh aku dpn pc..ibu aku lipat kaen..adik2 aku sume wat keje sek..aku pown tgh ngadap homework gak..tp aku je dok hala ke tingkap..nak kate sunyi mmg tgh riuh rendah..tgh2 khusyuk wat keje..aku tgk dpn a.k.a tingkap..konon2 nak cr idea..

tgh2 dok pndang tingkap..aku terasa cam de tenung aku..aku tgk tenung btol2..tbe2 aku rase yg dok pandang tuh pakcik pakai serban..dia pandang je..senyum pown ye..yg syok de laa dlm 10 minit lawan2 pandang..tbe2 aku tersentap!dlm hati 'eyh sape plak dok kat tingkap pandang2 nih?'..tp tenungan pakcik serban tuh da jd laen mcm..aku seram!

aku terus bangun..pura2 g dapur..tp aku heran..sume yg kat dpn cm tak nmpak pape..aku mmg cuak..aku tak g depan hall..ble ayh aku cm heran aku g dapur lame sgt..ayh aku panggil aku..tp aku terus panggil adik aku soh g dapur..aku soh adik aku g kat hall..n tgk kat tingkap..de nampak pape tak??yg ayh aku da heran ktowg dok bisik2..skali ayh aku tnye nape..

aku still kat dapur..taknak g kat hall..sbb dapur ngn hall umah agak jaoh..jd aku rase selamat..pastu adik aku g kat ayh aku..n ckp yg aku nmpak owg pkai serban kat tingkap..terus ayh aku bgn..soh bukak sume lampu keliling umah..n ayh aku kuar pusing check satu umah..

dan..
akhirnye...



ayh aku masuk..
ayh aku tnye aku..pe yg aku nmpak..aku pown cite..
ayh aku ckp de yang berkenan nak kenal ngn aku..

hohooohoho..mmg taklaa nak muke berani kan..aku terus kemas2 buku..sambung wat keje dlm bilik..
dan pape mende seram yg jd..aku lg suke diam n wat2 tak tau..psyco diri sndr senarnye..

hehehe tamat!
 
aku ada gak cite tak tau la dah tulis ke belum dalam ni..tak pe la aku ulang lagi...

tahun : masa belajar di maktab perguruan
lokasi : bilik asrama
masa : petang

petang tu seperti biasa aku dok di perpustakaan...lepas habis buat assignment aku pun balik ke bilik....sampai ke bilik...aku pun nampak roomate aku tengah tidur....bila aku masuk je ..tetiba dia terjaga...mata dia pandang je aku..aku bercakap la dengan dia...tapi tak de respons. ...dia diam je tak cakap apa apa terus je pandang aku.aku pun tanya napa..tak de juga apa apa respons.aku pun tak la kisah sangat..mungkin dia letih kot baru terjaga dari tidur...tetiba dia hulur tangan pada aku...aku senyum la...ni kenapa pula main hulur hulur tangan....aku pun sambut la dan tarik dia.....tiba tiba dia kata ..."aku dah letih menjerit panggil engkau. tapi engkau tak jawab" aku kata mana ada aku dengar apa apa...rupa rupanya masa dia hulur tangan tu dia tengah menjerit minta tolong ngan aku sebab masa tu ada lembaga tengah himpit dia...bila aku tarik je tangan dia lembaga tu pun hilang....tetiba je masa tu aku rasa seram.....

boleh tahan jg seram nyer..
 
ni satu cite lagi ..tapi aku rasa ni lawak seram...kena pada org lain...aku yang seramkan dia...

masa; subuh
lokasi : jalan menuju ke bilik solat...
mangsa : supervisor...
suspek : aku la..la..

masa tu aku kerja kilang ...maklum la habis spm...nak cari duit belanja....aku ingat lagi ...aku nak gi solat subuh...tapi semua kawan kawan dah pegi surau...aku yang terlewat.aku beranikan diri sebab aku tau dia orang tentu ada lagi di surau cuma jalan ke surau tu sunyi.sebelum sampai surau tu kena lalu bangunan pejabat ..dengan berani kan diri aku pun pegi la...sampai satu laluan tu aku dengar bunyi kasut..tup tap tup tap...aku pun teruskan berjalan....kebetulan tu depan sikit ada penjuru...aku dari arah belakang bunyi kasut tu dari depan ...tup tap tup tap...aku terus jalan...tapi aku jalan tak berbunyi sebab operator perempuan pakai kasut sekolah tapak getah jadi tak de bunyi la...aku boleh dengar dia datang tapi dia tak boleh dengar aku datang...bila kami bertembung di penjuru tu...supervisor tu boleh melompat terkejut sambil menjerit sebab tetiba je aku muncul depan dia.....aku nak gelak pun ada..tengok orang lelaki boleh menjerit ketakutan...aku senyum je...:)):)):)).
 
sori aku xdpt nk update cter..huhu..ayah aku masuk hospital..doakn kesihtan dia ya..trimas..ada masa aku update..:)
 
Assalamualaikum w.b.t semua..

Tempat = mes pegawai, kem askar kluang, johor
Masa = 1 pagi
Ahli = aku sorang
Suspek = ntahla.. Jelmaan budak2 kot

Citer ni blaku tahun lepas. Aku pun da x ingat da exact date tu. Time tu waktu petang, hari jumaat. Sumer org da start balik kg. Tggal beberapa kerat je yg stay. Mess aku ni quite creepy la. Byk citer psl mes ni tp aku sendiri xpernah kene apa2. Sbelum tu, aku nk explain skit psl mes ni. Mes aku ni ada 2 blok kediaman utk peg2 yg bujang/membujang; blok A n B. Aku stay kat blok B. Mes ni lah satu2nya mes yg bertingkat d kluang. Klu ada mana2 askar dari kluang yg baca thread ni, diorang mesti tau kot.

Ptg tu, agak2 dekat maghrib, aku turun bawah sbb nk basuh baju aku di blok B. Di blok B je la yg ada mesin basuh n dryer. Skali aku tjumpa ngn 2 org budak tgh main2 kat bawah blok; anak senior aku. Pastu ayah budak2 tu turun. Aku pun sembang2 ngn dia jap. Katanya nk ke KL sbb nk hantar budak2 tu ke rumah nenek diorang. Then, aku masukkn baju ke dalam mesin n naik balik ke bilik aku.

Aku xtau ntah kenapa mlm tu aku tido awal. Lepas Isya aku da ttido. Sedar2 da pukul 1 pagi. Aku pun teringatkn baju aku tu. Nak xnak aku kena keringkn juga baju tu sbb aku nk pakai utk keje pagi sabtu tu. Dgn malasnya aku turun blok aku ke blok B. Baru je aku nk panjat tangga blok tu, aku tiba2 tdengar budak2 blari kat tingkat atas sambil gelak2. "ishh budak2 ni, main2 kat tangga, kang jatuh kang sape yg susah. Mak bapak diorang plak 1 hal, kasi diorang kuar mlm2" ngomel aku sendiri (dlm hati). Tp aku xnampak kelibat budak2 tu. Aku pun sambung masukkan baju aku ke dlm dryer.

Elok je aku duk bawah blok B, aku tiba2 teringat yg memang dah xde org kat mes ni selain aku sorang. Aku tengok kat tempat parking ada 2 buah kete je; kete aku n 1 lg kete satria yg mmg da lama tsadai kat situ (rosak kot). Mana la tau kot2 ada kete senior aku yg tadi tu (maybe xjadi balik KL). Oh sh*t!, meremang abih segala bulu yg ada kat badan aku ni. Mmg sah aku sorg je ada kat mes ni. Abih, anak sape yg main2 akt atas blok td? Aku kontrol berani, bjalan slow2 naik ke bilik n terus tido.

Tu la salah 1 pengalaman aku ngn benda2 mistik ni. Alhamdulillah, so far xde yg menampakkan rupa paras mereka. Sorry la kwn2 klu xberapa seram. 1st time mengarang citer ni :-)

Huhhh berani juga bro duk sorang2.. Seramm tu.. Selamat time nk tido blk tak kena kacau.
 
Okay ni sambungan kisah aku..hehehe..sorry baru nk update..:)

Aku dengan Mok pun terus menunaikan solat Asar dan meninggalkan mereka semua dengan Azaura. Sedang aku dan Mok baru ingin menunaikan solat Asar. Terdengar suara Ella memanggil nama aku dengan Mok.

Aku yang baru sahaja ingin menunaikan solat terpaksa menangguhkan niat dan berlari mendapatkan mereka. Aku nampak Azaura berjalan dan aku terpaksa memegang dia dan mendudukan dia.

Dia kelihatan marah sewaktu aku menghalang dia untuk berjalan. Dan aku memarahi dia balik tanpa berfikir panjang. Aku menyuruh Fatin membawa Azaura ke taman dan duduk di sana. Tunggu sehingga aku selesai solat.

Setelah selesai menunaikan solat. Aku pergi ke mereka dan tiada sebarang perubahan yang berlaku. Aku menyuruh Fatin untuk mengambil yasin dan Nabila cuba berbual dengan Azaura dan bertanyakan tentang khabarnya.

Kami semua buntu dan tidak tahu untuk berbuat apa lagi. Tiba2 Azaura bangun dan itu membuat Nabila takut dan lari mendapatkan kami. Kami hanya menunggu apa yang akan Azaura lakukan.

Tapi sesuatu yang pelik telah berlaku. Azaura seperti mengira kedudukan tingkat di blok 3. Sampai la di satu tingkat dia terus berhenti dan duduk kembali sambil menangis.

Aku melihat tingkat di mana dia berhenti mengira tetapi tiada apa2 pun di situ. Fatin kembali dengan yasin di tangan dan membacanya. Tetapi tiada memberi kesan yang mendalam. Mungkin kerana dia takut jadi bacaan dia mungkin tidak sempurna.

Mula2 Azaura menutup telinganya dan lama kelamaan dia ketawa. Kami semua sudah ketakutan. Dan akhirnya aku ada cadangan. Letakkan yasin di tangan Azaura. Sekiranya itu bukan Azaura dia mungkin akan mencampakkan yasin itu ke tepi.

Ternyata tekaan aku tepat sekali. Setelah Nabila meletakkan yasin di tangan Azaura. Dia terus mencampakkan yasin itu ke tepi. Masakan orang yang sedang bermain sanggup berbuat demikian.

Seperti tiada penamat untuk sebuah cerita. Kami semua buntu dan sudah pukul 7 lebih ketika itu. Kami semua perlu pulang. Dan tiba2 berlaku keajaiban. Azaura kembali seperti sedia kala. Dan mula memanggil nama Fatin dan terus menangis di situ.

Kami semua terus pergi ke Azaura dan bertanyakan keadaan dia. Dia kelihatan lemah dan tak boleh menceritakan apa yang telah berlaku. Akhirnya aku menyuruh mereka biarkan Azaura berehat dahulu dan menghantar dia pulang.

Ada segelintir yang takut untuk menghantar dia pulang dan ada yang perlu pulang kerana hari telah lewat sedikit. Akhirnya aku merelakan diri untuk menemankan Fatin dan Ella untuk menghantar Azaura pulang kerana dorg sahaja yang tahu rumah Azaura.

Akhirnya kami terus menghantar dia pulang. Dan Fatin menyuruh aku untuk menunggu di bawah bersama Ella kerana takut mak Azaura akan memarahi dorg sebab ada lelaki bersama mereka. Aku bersembang bersama Ella seperti biasa dan menunggu Fatin kembali.

Selepas itu kelihatan muka Fatin seperti pucat sedikit. Lalu Ella pun bertanya kenapa Fatin kelihatan seperti takut je.

"Korg tahu tak. Time aku hantar Zu balik. Tiba2 aku rasa ada angin kuat sangat dekat tangga rumah dia. Aku fikir mungkin perasaan aku je. Lepas tu aku tengok Zu. Korg tahu tak yang dia tengah senyum je macam mula2 dia kena tu. Aku rasa macam bukan Zu time aku dekat dengan dia. Aku rasa benda tu dalam Zu lagi la." terang Fatin.

"Ala, kau jangan risau la. Mungkin dia tengah shock lagi. Ko ada citer kat mak dia tak?" soal aku.

"Dah, tapi mak dia macam tak percaya je. Mak dia kata mungkin anak dia saja main2 dengan kita." terang Fatin.

"Main apanya?! Kalau main takdenya Zu tu nak campak yasin ke tepi!" marah Ella. Aku paham perasaan dia mungkin parents Azaura fikir kitorg cuba bergurau walaupun keadaan agak serius tadi.

Kami semua diam sahaja dan aku bertanya kepada Ella, "Rumah ko kat mana? Boleh ke balik sorang ni? Tak takut ke?". Ella hanya tersengih dan menyuruh kami jangan risau kerana dia boleh menjaga dirinya.

Aku dan Fatin pun terus pulang tapi aku terpaksa menghantar Fatin dulu kerana dia takut untuk naik ke rumah dia. Macam aku tak takut pulak time tu. Hahaha. Aku terus menghantar Fatin pulang. Alhamdulillah tiada apa yang berlaku dan aku terus pulang ke rumah seperti tiada apa yang berlaku.

Kami semua fikir kes ini telah selesai di sini saja. Rupa2nya berlanjutan sehingga ke sekolah. Dan kami terpaksa di panggil ke bilik guru. Tunggu la cerita seterusnya ya. Harap pembaca jangan marah sebab banyak sangat sambungan. Just nak bagi suspen dan biar ramai tertunggu. Hehehe.
 
kamon boh byk citer nanti gua dtg balik bace sume skali.. hahaha

mari pam citer bbyk...
 
Back
Top
Log in Register