hurairah01
Permanently Banned - Multiple ID
- Messages
- 8,979
- Joined
- Jun 12, 2008
- Messages
- 8,979
- Reaction score
- 21
- Points
- 65
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.
hahaha bkn mimpi..
tp real..n tak tau nape muncul...
ce citer ce citer
Okay. Aku cuba cerita sebaik mungkin. Sebab aku tak ingat sangat. Hehehe. Sambungan :
Lepas aku dah buat statement yang sangat menarik hati tu. Dorg rasa cuak skit dan decide nak hantar Azaura balik je. Tapi sapa yang nak bawak dia?
Semua diam membisu. Keadaan Azaura makin teruk. Dia duduk diam memandang lantai yang tiada struktur yang menarik hati pun. Kami perlu membuat sesuatu.
"Apa kata kita pergi bawah? Mungkin dia takut kot. Better kita bawak dia pergi tempat yang luas sikit." cadang aku. Mereka semua bersetuju dan Fatin di temani Ella untuk memimpin Azaura sampai la kami terdengar satu dentuman dari tangga yang sangat kuat.
Kami semua terkejut. Adakah benda tu marah kami yang ingin membawa Azaura pergi? Kami tabahkan hati dan terus juga ke lif. Kami perlu turun secepat mungkin.
"Wei, kalau dia main lif macam mana?" soal Ella. Persoalan yang tak patut di tujukan.
"Kita guna tangga je la" Nabila memberi cadangan dan di sokong oleh Ct.
"Korg gila?! At least dalam lif kalau dia berhentikan pun. Kita ramai. Kalau dia serang kat tangga macam mana? Mau dia buat Azaura terjun dari situ." marah aku.
Kami semua decide untuk menggunakan lif walaupun takut. Dan kami memaksa Nabila dan Ct untuk menaiki lif. Aku menekan tingkat G dan merasa lif begitu lambat sekali. Padahal kami naik ke tingkat atas sekali takde pun lambat macam ni.
Nabila dah mula duduk di dalam lif tu sambil di tenangkan oleh Ct. Azaura pula mula senyum sampai ke telinga. Kami semua ketakutan dan lif yang kami naiki seperti usang kerana bergegar dan bunyi ketukan.
Sampai je di tingkat G kami semua lari keluar serentak. Nabila terus duduk di luar lif sambil menangis. Aku menyuruh mereka membawa Azaura ke depan dahulu. Biar Ct, Fatin dan Ella yang menenangkan Nabila.
Setelah Nabila di tenangkan. Dia menceritakan apa yang berlaku dalam lif.
"Korg tahu tak time aku dalam lif. Aku tiba2 rasa blank. Aku nampak putih je. Aku dengar suara Fatin suruh aku mengucap. Aku panggil dia tapi dia tak dengar. Tiba2 aku nampak sorg budak kecik pandang aku dan panggil aku. Dia suruh aku ikut dia. Aku dah nak ikut dia sampai la aku dengar suara kau Naeim. Time tu baru aku sedar dan nampak sekeliling and tengok Fatin tengah peluk aku" cerita dia.
Kami hanya diam dan aku suruh Nabila lepak dulu kat situ biar Ct and Ella yang teman. Biar aku dan Fatin tengok keadaan Azaura.
Time aku sampai situ aku tengok Azaura masih melakukan rutin harian dengan senyum dan nangis. Kitorg dah tak tahu nak buat apa. Time tu memang takde sapa pun yang lalu kawasan tu. Agak pelik sebab petang2 macam tu penuh dengan orang. Tapi waktu kitorg kena ni macam takde orang langsung.
Aku dan Mok amik keputusan untuk sembahyang Asar dulu dan meninggalkan mereka bersama Azaura. Suruh panggil kitorg kalau apa2 jadi. Jangan biar Azaura jalan or pergi mana2.....bersambung..
sorry. dah nk balik kerja ni. dan kepala aku pening. huhu.
kira sambung minggu depan la ni ek![]()
xde la. malam ni je. hehehe. baru ada feel kn. citer ni pnjang la. 2 bulan lebih tau jadi.