BTC USD 84,053.8 Gold USD 4,279.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah Benar Edisi Seram

Since tengah bulan puasa ni, boleh la cerita serba sedikit pengalaman aku & family.Aku ni penakut sikit. Mohon paham :D

Tempat = Rumah
Mangsa = Abah
Waktu = malam
Suspek = Hantu tempat kerja abah

Alkisahnya abah aku ni kind of heartless. Hati kering. Nak dipendekkan cerita, satu hari tu handphone abah berdering. Tenenet punya tennenet, sekali dia tengok yang dok call "Aa.Wife" a.k.a mama aku. Padahalnya handphone mama depan mata dia. Tak berusik pun. Nak kata sim kad mama kena 'culik', tak pulak. Sapa berani usik handphone mama. (mama garang wo). Abah pun dah pelik. 'Pedehalnya ni'. Aku sendiri witness benda tu jadi.

Beberapa hari sebelum tu, abah aku kena kacau kat tempat kerja dia. Abah takde kerja naik office malam2, sorang2, dalam gelap. Memang mengundang la. Dia masuk office dia nak ambik barang. Time tu lampu terbuka, then tetiba 'pap' mati sendiri. Bukak balik, mati lagi. Abah dah meremang dah time tu, dia pun balik. otw balik, dia turun ikut tangga, memang rasa la ada 'something'.Ntah macam mana, dia tergerak nak check phone dia. Dia nampak message di-compose :

.
..
...
....
.....
......
.......
........
.........

elok cantik je camtu.ikut susunan.kalau terpicit ke apa, takkan la boleh jadi cara gitu.mama cerita kat aku, malam abah kena kacau tu memang abah lain macam. Pagi besoknya baru abah cerita kat mama apa jadi.

Sory. Takdela seram sangat. :D

pasal call tue, ko tak rasa ke ko ada mak tiri he he he gurau ja
 
Tempat = Rumah
Waktu = Malam
Mangsa = Aku & adik2 aku
Suspek = Macam-macam

Waktu aku kecik, aku ni sangatla positif thinking. Pernah satu haritu, waktu malam, aku tengok keluar tingkap. Tingkap aku ni kaca cermin dia jenis separa legap. Means kalau ada lampu tu, still boleh nampak la tapi samar2. Aku tenung luar tingkap, lekap muka kat cermin. ahh sejuk. Then tetiba aku nampak bayangan bercahaya kat luar, berbentuk badan lelaki tengah jalan nak hampiri rumah aku. Makin lama makin dekat. Tapi aku buat takdek. dok tengok benda tu jalan & jalan. Then dengan tak rasa apa2 nya aku baring & aku tidur. Nak tau apa dalam kepala aku time tu ? " Ala..tu mesti pakcik jiran tengah masuk kebun nak kutip cendawan." wadefax. Sebelah rumah aku ni kebun kelapa sawit. Takde lampu. & waktu aku nampak tu, dekat2 pukul 12. takde kerja ke nak masuk hutan kutip cendawan. Punya naif la kan. 2,3 kali jugakla aku nampak benda tu tapi aku tak pasti yg aku nampak tu bebetul manusia or something else. Wallahua'lam.

Second, cerita time umur aku 7-8 tahun. Benda ni jadi berlarutan untuk satu tempoh yg agak lama la tapi aku dah cakap, aku ni positif thinking sangat. So aku tak ambik port.Kat rumah jugak, waktu malam,time tu aku tengah tidur. Tidur punya tidur tetiba aku terjaga. Aku dengar bunyi orang ketuk-ketuk kayu guna penukul. "ketak.ketuk.taktak.tuk tuk tuk" something like that. Aku tak tahu dari mana bunyi tu datang tapi yang pasti area2 rumah aku jugakla. apa yang dalam fikiran aku time tu "ni mesti ada orang tengah buat rumah ni. malam2 sejuk. tak kena cahaya. tak peluh2" WEH.MANUSIA MANA BERTUKANG BUAT RUMAH PUKUL 2-3 PAGI? kebetulan tak lama sebelum tu ada one of my jiran,rumah dia terbakar, so lagi la aku percaya bunyi ketak2 tu datang dari pakcik yg nak re-build rumah dia. Bila dah besar ni baru la aku rasa apahallah aku ni gonjeng sangat. sampai sekarang bunyi tu still lagi jadi satu misteri sebab benda tu jadi on a fix time. pukul 2-3 pagi aku mesti terjaga untuk tempoh beberapa bulan.

sory.tak seram jugak. just sharing.:D
 
Seram tu...dah la aku kat office -_-''
 
Biasa la..masa kecik,semua orang gonjeng... XD
 
Tempat = Sekolah Menengah Teknik Arau, Perlis
Waktu = Tgh malam @ awal pagi
Mangsa = Aku @ kawan-kawan
Suspek = Entah laa..

Ok, di sini aku berkongsi serba sedikit cerita seram-seram di zaman sekolah aku. Rasanya dah lama benda ni berlaku, lebih kurang dalam 16 - 15 tahun dahulu. Biar aku pecahkan kepada beberapa bahagian kerana aku malas nak pecah-pecahkan kepada banyak halaman.

Biar aku ceritakan sedikit perihal 'background' sekolah aku ni. Sekolah ini cuma bersebelahan dengan UiTM Arau. Kira pagar memang berkongsi pagar. Menurut kata orang-tua, kawasan berbukit di sekitar sini merupakan tempat pertempuran di zaman jepun menyerang malaya. Walaupun ada cerita yang disampaikan oleh kawan-kawan atau senior2 terdahulu, aku jenis tak amik pusing sangat. Jadi aku sisipkan beberapa cerita dari pengalaman aku sendiri.

Cerita 1
Pada satu hari, selepas belajar malam (diwajibkan oleh pelajar-pelajar asrama) seperti biasa akan ada minum dan makan yang ringan-ringan di kantin. Kalau tak silap, kejadian ni terjadi sekitar pukul 9. Pada malam tu, aku memang rasa ngantuk sesangat. Hendak dikatakan aku letih, takde pun.. Aku ni pulak jenis kategori batman, jenis tido lewat. Jadi lepas selesai makan2 ringan, aku terus masuk tido ke katil. Katil kat hostel aku jenis double decker dan aku menghuni kat bhagian katil bawah. So lepas tu memang aku terus tido je.

Ke esokkan harinya, member @ jiran katil aku bertanya ke mana aku tido semalam. Aku cakap aku mmg tido di katil semalam dan memang aku tido awal sebab ngantuk. Tapi member aku (katil atas) kata memang aku takde kat katil aku n katil aku memang kemas @ tak terusik. Aku naik pelik gak tapi fikir member aku ni saja nak nyakat kot. Jadi bila aku berjumpa dengan member aku yang katil bersebelahan, jawapan diaorang memang sama. Katil aku tidak terusik langsung.. kemas je. Dalam fikiran aku.. diaorang tak perasan kot aku semalam kot sebab katil aku ni memang yang paling hujung. Memangkan hari tu Jumaat (kejadian kes Khamis malam), aku tak amik kisah sangat sebab aku nak gi cuti-cuti di hujung minggu (kira keluar dari asrama untuk lepak-lepak kat luar).

Cerita 2
Ini merupakan sambungan kejadian pada cerita 1. Ok, memandangkan aku dah balik kampung pada hujung minggu tu (lepak umah family member aku je), so aku mencari-cari member kawan dorm yang aku selalu lepak ni tapi aku tengok dier takde lak. So aku tanya la member-member yang lain dan mereka menyatakan bahawa member aku ni mc. Aik, aku jadi pelik sebab sebelum aku bercuti balik kampung tu.. member aku ni sihat walafiat je.

Selepas member aku balik ke asrama balik, aku tanya laa dier kenapa dier mc itu hari. So dier ceritakan kat aku yang pada hari sabtu tu, dier tengah lepak-lepak ngan member lain. Kira tengah malam laa diaorng dok lepak-lepak tu. Dalam ramai-ramai tu, hanya member aku sorang je yang dok mengadap ke katil aku. Di kaki katil aku tu, ada almari 1 pintu. Jadi masa diaorang sembang-sembang tu, dier nampak macam satu lembaga hitam duduk atas almari aku. Pada mulanya dier ingat bayang-bayang tapi bila di lihat kembali, memang bukan bayang-bayang tapi satu makluk yang memang tak nampak kepala dan kakinya. Memang benda tu dok elok je atas almari aku.. sebab tu dier demam katanya.

Jadi kesimpulan cerita 1 aku dahulu tu, maybe makluk yang kat cerita 2 ni cover aku masa tido kot. Sebab tu member-member lain tak nampak. Tapi aku takde laa rasa takut sebab aku tak nampak makluk tu. Hehe.

Cerita 3
Pada satu hari, aku dan kawan aku ditugaskan supaya menjaga salah seorang member aku yang macam tersampuk 'sesuatu' ataupun over stress. Sebab perilaku dier berubah menjadi seorang pendiam dan agak slow feedback response. So nak dijadikan cerita, aku tido di katil sebelah. Member aku (pesakit) tido di katil sebelah tapi bahagian bawah. Member peneman aku ni dok atas member aku yang sakit tu. Sedang sedap-sedap aku tido tu, tetiba aku sedar sebab terasa nak terkuchil. So aku bangun je laa g toilet. Lepas aku balik dari toilet, tetiba member peneman aku ni macam bingkas bangun dari posisi tido ke posisi duduk. Dier pun cakap terima kasih kat aku...aku pun dengan terkulat-kulat tanya laa ucapan "terima kasih' tu sebab apa. So member aku cakap masa ketiadaan aku tu, dier kene tindih dan tak dapat gerak apa-apa. Dier rasa macam ada benda dok main tin kosong atas kepala dier. "Ktang" "ktung" "ktang" "ktung", macam tin banyak-banyak orang heret atas jalan tar. So bila dier terlepas dari kene tindih tu n bingkas bangun, dier nampak aku baru masuk ke muka pintu dorm. So anggapan dier, bila aku masuk tu dier terlepas dari kena tindih. So itulah ucapan terima kasih dier kat aku. Aku pun cakap terima kasih n sambung tido lik sampai esok pagi. hehehe.

Itulah cerita lebih kurang dari aku masa di zaman duduk kat hostel. Kalau yang dengar-dengar cerita memang banyak tapi malas aku nak citer sebab takut khabar-khabar angin atau cerita yang di reka-reka. Sekian.. :)cgrock
 
Tempat = Pahang (tapi area kampung)
Waktu = Tgh malam @ awal pagi
Mangsa = Aku
Suspek = Entah laa..

Ni kisah aku masa pergi bercuti ke rumah member aku di Pahang. Aku lupa laa nama kamung member aku tu, cuma aku ingat kat pahang je. So nak dijadikan cerita, kitaorang bertolak dari Jitra, Kedah pada lewat petang so sampai area Pahang tu dah lewat laa. Aku berdua je ke Pahang tu, kira aku jadi peneman kat dier laa untuk drive kereta. Aku jadi co-driver je.

Aku ni ada satu tabiat kalau masuk area kampung, aku suka tengok kawasan @ pokok-pokok di sekitar kawasan yang di lalui. Nak dijadikan cerita, mata aku memang terpandang kat satu pokok yang agak tinggi tapi tidak lebat daunnya. Dahan-dahan yang dah mati banyak laa. Aku pun tanya member aku, jauh lagi ke nak sampai.. member aku cakap tak lama dah, dalam 30-45 minit je. Yang ni memang aku ingat sebab lepas balik dari umah dier ke pokok tu, memang jarak waktu yang hampir sama. So dalam 2-3 minit lepas tu, aku rasa ngantuk n aku cakap kat dier aku nak tido jap. Nanti bila sampai, kejut aku. Dan memang aku lena tido dalam Proton Saga putih dier tu, sedar-sedar dier kejut kata dah sampai.

Aku pun dalam mamai-mamai salam ngan ayah dier n terus sambung tido dalam bilik member aku. Kira member aku tido sekatil laa (queen size). jadi masa aku tido tu... aku terdengar macam suara perempuan menyanyi tapi aku tak tahu lagu apa yang dier nyanyi. Tapi suara memang merdu (sebab tu kot Siti Nurhaliza suaran sedap) dan sayup-sayup. Lama ke lamaan, makin dekat... akibatnya aku kene kejang atau 'tindih'. Aku pun cakap "kene lagi". Untuk pengetahuan, dulu-dulu memang aku selalu kena tindih dan selalunya kalau aku menyewa rumah baru, memang kejadian wajib aa. Jadi aku dah biasa kalau keadaan tindih ni. Aku cuba paksa fizikal aku supaya dapat bergerak jugak, kira guna kudrat aa. Last-last terlepas dari kene tindih. Bila aku baring balik.. suara yang sama juga. Dengar dari jauh sayup-sayup nyanyian seorang perempuan, bila dekat..badan kejang balik.

Pada malam tu, memang 3 kali aku kene berturut-turut. Pada kene tindih kali ketiga tu, aku bercakap dalam hati sampai marah2 dalam hati. Aku cakap "kalau kali keempat aku kena tindih lagi, aku bangun.. aku maki hamun ngko"(tapi dalam hati laa) dan ternyata apa aku buat tu menjadi. Sib baik tak datang untuk kali ke-empat tu. Bila aku fikir-fikir balik, suka-suka je aku nak marah kat awek yang tolong nyanyi untuk aku tu. Ntah-ntah lawa ke.. :P maybe sebab aku marah @ tensen, aku berani macam cabar awek tu.

Bila time aku nak balik dari Pahang tu, aku tgk balik pokok tu dalam keadaan di siang hari. Aku tenung kembali pokok tu dan sehingga kini aku masih ingat camner bentuk fizikal pokok tu. Mungkin ni penangan awek suara merdu tu kot. :P

Mungkin ada korang nak tahu camner kalau kene tindih ni. Aku ceritakan serba sedikit camne jadi kalau kene tindih.. memang fizikal takleh gerak. Mata pun takleh bukak.. apa yang berfungsi cuma hati ngko dan fikiran sahaja. Mulut pun takleh nak gerak kalau kena.

Tips: selalunya bila aku kene tindih, first thing aku akan tenangkan hati. Cuba melawan secara fizikal.. kalau tak dapat, aku baca 3 Qul dalam hati. Tapi sepatutnya aku kene basuh kaki @ mandi kalau balik malam-malam (travel) dan baca 3 Qul sebelum tido (amalan aku sekarang). Alhamdullillah, sekarang aku dah tak kene tindih walaupun ke mana sahaja aku travel @ berpindah ke rumah sewa baru. hehe. :)cgrock
 
Back
Top
Log in Register