Tempat = Sekolah Menengah Teknik Arau, Perlis
Waktu = Tgh malam @ awal pagi
Mangsa = Aku @ kawan-kawan
Suspek = Entah laa..
Ok, di sini aku berkongsi serba sedikit cerita seram-seram di zaman sekolah aku. Rasanya dah lama benda ni berlaku, lebih kurang dalam 16 - 15 tahun dahulu. Biar aku pecahkan kepada beberapa bahagian kerana aku malas nak pecah-pecahkan kepada banyak halaman.
Biar aku ceritakan sedikit perihal 'background' sekolah aku ni. Sekolah ini cuma bersebelahan dengan UiTM Arau. Kira pagar memang berkongsi pagar. Menurut kata orang-tua, kawasan berbukit di sekitar sini merupakan tempat pertempuran di zaman jepun menyerang malaya. Walaupun ada cerita yang disampaikan oleh kawan-kawan atau senior2 terdahulu, aku jenis tak amik pusing sangat. Jadi aku sisipkan beberapa cerita dari pengalaman aku sendiri.
Cerita 1
Pada satu hari, selepas belajar malam (diwajibkan oleh pelajar-pelajar asrama) seperti biasa akan ada minum dan makan yang ringan-ringan di kantin. Kalau tak silap, kejadian ni terjadi sekitar pukul 9. Pada malam tu, aku memang rasa ngantuk sesangat. Hendak dikatakan aku letih, takde pun.. Aku ni pulak jenis kategori batman, jenis tido lewat. Jadi lepas selesai makan2 ringan, aku terus masuk tido ke katil. Katil kat hostel aku jenis double decker dan aku menghuni kat bhagian katil bawah. So lepas tu memang aku terus tido je.
Ke esokkan harinya, member @ jiran katil aku bertanya ke mana aku tido semalam. Aku cakap aku mmg tido di katil semalam dan memang aku tido awal sebab ngantuk. Tapi member aku (katil atas) kata memang aku takde kat katil aku n katil aku memang kemas @ tak terusik. Aku naik pelik gak tapi fikir member aku ni saja nak nyakat kot. Jadi bila aku berjumpa dengan member aku yang katil bersebelahan, jawapan diaorang memang sama. Katil aku tidak terusik langsung.. kemas je. Dalam fikiran aku.. diaorang tak perasan kot aku semalam kot sebab katil aku ni memang yang paling hujung. Memangkan hari tu Jumaat (kejadian kes Khamis malam), aku tak amik kisah sangat sebab aku nak gi cuti-cuti di hujung minggu (kira keluar dari asrama untuk lepak-lepak kat luar).
Cerita 2
Ini merupakan sambungan kejadian pada cerita 1. Ok, memandangkan aku dah balik kampung pada hujung minggu tu (lepak umah family member aku je), so aku mencari-cari member kawan dorm yang aku selalu lepak ni tapi aku tengok dier takde lak. So aku tanya la member-member yang lain dan mereka menyatakan bahawa member aku ni mc. Aik, aku jadi pelik sebab sebelum aku bercuti balik kampung tu.. member aku ni sihat walafiat je.
Selepas member aku balik ke asrama balik, aku tanya laa dier kenapa dier mc itu hari. So dier ceritakan kat aku yang pada hari sabtu tu, dier tengah lepak-lepak ngan member lain. Kira tengah malam laa diaorng dok lepak-lepak tu. Dalam ramai-ramai tu, hanya member aku sorang je yang dok mengadap ke katil aku. Di kaki katil aku tu, ada almari 1 pintu. Jadi masa diaorang sembang-sembang tu, dier nampak macam satu lembaga hitam duduk atas almari aku. Pada mulanya dier ingat bayang-bayang tapi bila di lihat kembali, memang bukan bayang-bayang tapi satu makluk yang memang tak nampak kepala dan kakinya. Memang benda tu dok elok je atas almari aku.. sebab tu dier demam katanya.
Jadi kesimpulan cerita 1 aku dahulu tu, maybe makluk yang kat cerita 2 ni cover aku masa tido kot. Sebab tu member-member lain tak nampak. Tapi aku takde laa rasa takut sebab aku tak nampak makluk tu. Hehe.
Cerita 3
Pada satu hari, aku dan kawan aku ditugaskan supaya menjaga salah seorang member aku yang macam tersampuk 'sesuatu' ataupun over stress. Sebab perilaku dier berubah menjadi seorang pendiam dan agak slow feedback response. So nak dijadikan cerita, aku tido di katil sebelah. Member aku (pesakit) tido di katil sebelah tapi bahagian bawah. Member peneman aku ni dok atas member aku yang sakit tu. Sedang sedap-sedap aku tido tu, tetiba aku sedar sebab terasa nak terkuchil. So aku bangun je laa g toilet. Lepas aku balik dari toilet, tetiba member peneman aku ni macam bingkas bangun dari posisi tido ke posisi duduk. Dier pun cakap terima kasih kat aku...aku pun dengan terkulat-kulat tanya laa ucapan "terima kasih' tu sebab apa. So member aku cakap masa ketiadaan aku tu, dier kene tindih dan tak dapat gerak apa-apa. Dier rasa macam ada benda dok main tin kosong atas kepala dier. "Ktang" "ktung" "ktang" "ktung", macam tin banyak-banyak orang heret atas jalan tar. So bila dier terlepas dari kene tindih tu n bingkas bangun, dier nampak aku baru masuk ke muka pintu dorm. So anggapan dier, bila aku masuk tu dier terlepas dari kena tindih. So itulah ucapan terima kasih dier kat aku. Aku pun cakap terima kasih n sambung tido lik sampai esok pagi. hehehe.
Itulah cerita lebih kurang dari aku masa di zaman duduk kat hostel. Kalau yang dengar-dengar cerita memang banyak tapi malas aku nak citer sebab takut khabar-khabar angin atau cerita yang di reka-reka. Sekian..
