BTC USD 81,439.4 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah Benar Dr. Asri 1

saya harap dengan ada nya thred ini para forumer akan lebih jelas lagi tindakan jais yang melarang dr asri memberikan ceramah diselangor

berkenaan kesahihan blog tersebut bukankah lebih baik para forumer sendiri meminta pengesahan dari pada mufti mufti tersebut

wahabi bukanlah masalah besar jika mereka sedia menghormati pendaapt orang lain tapi malangnya sifat sebahagian mereka yang terlalu extreme sehingga menganggap tindakan orang lain itu biddaah dan sesat sehingga ketahap haram dan berdosa itu lah yang menjadi masalah besar

sedangkan pendapat kaum tua yang telah wujud ini telah lama didokong oleh para ulama besar tanah melayu yang terkenal dengan jasa mereka dalam mengembangkan agama islam seperti tok kenali dan lain lain lagi

wajarkan ulama ulaaa kaum tua seperti tok kenali ini kita gelar manusia ahli biddaah dan sesat

nauzubillah

dalam kitab menyebut tak sah ibadat guna selain dari mazhab 4

spt mazhab wahabi dan kaum muda ibnu taimiah...

mereka tiada kaedah,hanya tafsir quran direct mcm tu shj

sdgkan quran adlh kalam Allah,perlu kpd ilmu yg dalam..

puak2 ni memang 'dahllun mudhillun'(sesat dan menyesatkan)

rujuk kitab sulam sibyan karangan haji cik kodiang

murid kpd tok kenali ms 12..kitab feqah mazhab shafie..

wajar kita memilikinya.
 
susah jugak kalau fahaman lain dah masuk,,,, kalau tersebar luas perbezaan fahaman ni,,, jauhkanlah sebagaimana yang terjadi di negara-negara timur tengah.
 
susah jugak kalau fahaman lain dah masuk,,,, kalau tersebar luas perbezaan fahaman ni,,, jauhkanlah sebagaimana yang terjadi di negara-negara timur tengah.

yup..timur tengah pun dah tak tentu hala dah skrg ni..

luar dalam dah kacau bilau..

selamatkan iman dan akidah kita dgn belajar tauhid..

tuan guru haji salleh sik,kedah antara ulamak yg mahir bab

sifat 20..
 
WASIAT HASSAN AL-BANNA KE 4 : JANGAN BANYAK BERDEBAT

Janganlah memperbanyak perdebatan dalam berbagai bidang pembicaraan kecuali dalam hal yang penting. Pertengkaran ini semata-mata tak akan mendatangkan kebaikan, demikian wasiat Hasan al-Banna.

Sememangnya, perdebatan lebih banyak mengundang kehancuran kerana pada realiti hari ini, umat Islam terdedah dengan sifat angkuh, kurang ilmu serta tidak menghormati kebenaran. Mereka lebih suka berdebat sekadar menonjol-nonjolkan kehebatan diri. Sedangkan, yang jujur berdebat mengenai hal-hal dasar sangat kurang. Dalam pada itu, kita lihat ramai sekali yang suka berdebat akan memilih tajuk-tajuk yang ringan, bersifat rantingan dan ini tentunya membuang masa. Sesetengah isu itu sudah lama didebatkan dan ia cuma diulang semula semata-mata mahu meraih publisiti, menonjol-nonjolkan kehebatan diri. Sudah tentulah hal ini membazirkan masa dan pendirian Islam berhubung masa sangat jelas.

Demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian. Demikian maksud ayat al-Quran yang ringkas dan padat dengan falsafah itu.

Mengundang lebih banyak pertengkaran

Sebenarnya bukanlah Hasan al-Banna tidak menggalakkan debat. Tetapi hampir kesemua debat ini lebih banyak mengundang parah dan bahaya perpecahan. Sebabnya, pihak yang berdebat itu tidak berbahas dengan ikhlas, berhikmah, beradab dan intelektual. Mereka mungkin tak menjaga lidahnya daripada memaki hamun, mengeluarkan kata-kata kesat dan semua ini akan menyinggung perasaan pihak-pihak tertentu dan akhirnya akan menimbulkan pertengkaran yang berakhir dengan perpecahan.

Apabila berlaku lebih banyak perpecahan, maka yang untungnya adalah golongan kuffar yang sentiasa mengintai kelemahan dan meneropong pekung dalaman umat Islam sendiri. Dan, retak-retak perpecahan itulah yang melambatkan kemenangan dakwah Islam.

Hadis yang masyhur telah menyebutkan bahawa umat Islam ini terpecah kepada 73 puak. "Sesungguhnya Bani Israil berpecah kepada 72 golongan dan umatku terpecah kepada 73 golongan. Semua mereka masuk neraka kecuali satu golongan yang selamat." Sahabat bertanya: "Siapakah yang selamat itu ya Rasulullah?" Rasulullah bersabda: "Mereka yang mengikuti jalan hidupku dan jalan hidup para sahabatku." (at-Tirmidzi)

Maka, perpecahan ini disebabkan oleh pemikiran berbeza. Jika mereka berjuang mencari kebenaran dengan kejujuran dan keikhlasan, bertujuan ingin berpandukan jalan hidup dan pemikiran Rasulullah serta para sahabat baginda, maka kemungkinan penyatuan bolehlah dilakukan semula.

Cabaran umat Islam makin berat

Sebetulnya, cabaran umat Islam memang berat dan mereka mestilah cuba mengurangkan ketegangan daripada sudut emosi dan pemikiran.
Suatu masa dahulu, umat Yahudi terancam oleh Roman dan mereka telah diperhambakan oleh bangsa Mesir. Maka, dengan ancaman ini, termasuk campuraduk ajaran para pendita yang tidak bertanggungjawabm mereka terpecah kepada 71 buah golongan.

Umat Kristian turut menerima tempias jarum-jarum Yahudi. Maulana Jalaludin Ar-Rumi lewat kitab Matsnawi menulis bagaimana satu rencana disusun dengan niat mengelirukan aqidah asal Nasrani hingga pada akhirnya mereka berubah menjadi Kristian. Maka bermula saat itu hingga era kegelapan Eropah, Kristian dan Yahudi saling sengketa sesama mereka. Akhirnya, Islam tiba di celah-celah sengketa itu. Maka, serangan Yahudi dan Kristian ke atas Islam menyebabkan ancaman ke atas Islam bertambah berat. Ini kerana, umat Islam dikepung pemikiran mereka dan maklumat latar hidup mereka dimonopoli para penjajah yang ada pertalian erat dengan Yahudi dan Kristian.
Maka, umat Islam yang sepatutnya memikul amanah sebagai umat pendakwah agama ini ke atas umat lain telah kalah dengan ujian pemikiran kerana sering bersengketa sesama sendiri, dalam mempertarung idea antara mazhab.

Alangkah baiknya, jika mereka mencuba bidang lain, meneroka bidang lain seperti usaha mengkaji agama-agama lain dan cuba mengheret perhatian penganut agama itu kepada Islam. Maka, debat-debat yang seperti inilah yang mungkin sesuai dilaksanakan.

Debat antara agama atau debat dalam agama?

Di akhir usia dunia hari ini, umat Islam sepatutnya membuat keputusan dengan bijaksana; adakah mereka mahu habiskan masa dengan bertarung idea sesama mazhab dalam Islam, atau menghabiskan waktu dengan bertarung idea bersama penganut agama lain?

Bertarung sesama sendiri, walaupun berlainan mazhab tidak ke mana-mana kerana akhir pada debat itu, kita sendiri mengaku bahawa kita sama-sama menganut Islam yang benar. Maka, tidak berbaloi untuk didebatkan lagi melainkan sekadar memuaskan hati.

Dan hal inilah yang mungkin membuang masa, menurut pendapat Hasan al-Banna. Tapi, jika kita mahu manfaatkan masa untuk mengkaji perbandingan antara agama agar dengan itu penganut agama lain dapat menyertai Islam sebagai agama universal ini, maka hal itu tentulah tidak membuang waktu.

Sekurang-kurangnya, jika tiada yang menganut Islam selepas debat antara agama-agama itu, setidak-tidaknya kita berjaya membuktikan bahawa Islam adalah agama Tauhid yang masih mempertahan kesucian pengabdiannya berbanding agama samawi yang lain.

Ringkasnya, berdebat dan bertengkar tentang masalah dalam agama Islam itu perlu kita kurangkan kerana ia banyak mengundang keburukan dna perpecahan, sebaliknya debat antara agama samawi lebih berfaedah kerana lebih banyak membawa kebaikan kerana ia termasuk dalam usaha menerangkan kedudukan Islam yang sememangnya tinggi.
 
mulai hari ni..silalah belajar sifat 20

kerana cedera iman jika kita jika tak tahu sifat 20..

sifat Allah ni tak terkira banyaknya cuma sifat 20 ni

ulamak dah kaji berzaman2 dah bahawa sifat 20 inilah

yang menentukan Allah layak jadi Tuhan..

memang nabi tak ajar tp ulamak buat kajian...

mcm hukum tajwid gak..zaman nabi takde tp ulamak

buat kajian dan terbitlah hukum tajwid..
 
Last edited:
mulai hari ni..silalah belajar sifat 20

kerana cedera iman jika kita jika tak tahu sifat 20..

sifat Allah ni tak terkira banyaknya cuma sifat 20 ni

ulamak dah kaji berzaman2 dah bahawa sifat 20 inilah

yang menentukan seseorang layak jadi Tuhan..

memang nabi tak ajar tp ulamak buat kajian...

mcm hukum tajwid gak..zaman nabi takde tp ulamak

buat kajian dan terbitlah hukum tajwid..

Teringat kata2 Ustaz masa skolah dulu...sifat 20 walaupun nampak sikit tp kalau nak diterjemahkan satu bahtera pun belum cukup lagi...aku pun x fhm sebab aku x pernah cuba blaja apa yg ustaz aku tu maksudkan...kata ustaz aku lagi..nak blajo sifat 20 ni stakat iman cukup2 makan (cam aku) senang2 je kena putar balik ngan iblis laknatullah..wallahualam..
 
mulai hari ni..silalah belajar sifat 20

kerana cedera iman jika kita jika tak tahu sifat 20..

sifat Allah ni tak terkira banyaknya cuma sifat 20 ni

ulamak dah kaji berzaman2 dah bahawa sifat 20 inilah

yang menentukan seseorang layak jadi Tuhan..

memang nabi tak ajar tp ulamak buat kajian...

mcm hukum tajwid gak..zaman nabi takde tp ulamak

buat kajian dan terbitlah hukum tajwid..

apa maksud ayat yg aku bold....:-?:-?
 
kata Dr MAZA dlm...
Al Islam April 2009, m/s 28-29

"Saya berhenti menjadi Mufti, bukan saya serik. Jadi mufti apa nak serik. Boleh duduk diam-diam dan enjoy dengan jawatan. Jangan banyak cakap atau bangkang. Boleh pergi mesyuarat hotel sana, dan hotel sini. Lawatan sana, lawatan sini. Masuk ke tempat mahal-mahal. Ada kereta rasmi, terbang sana, terbang sini dan cukup bulan ambil gaji. Diam dan jangan peduli sangat apa yang sedang berlaku, maka jawatan itu satu nikmat yang 'sukar hendak dilepaskan."

dlm web dia pun ada ...
x silap page 58...
aku try bukak web MAZA dah error...


ada masa nanti aku post entry yg dia dah delete...

1 MALAYSIA BOLEH!!!

Banyak perkara di bumi ini umumnya, dan Malaysia ini khasnya tertakluk kpd faktor2 semasa...

Negara ARAB/Islam banyak minyak, senang2 boleh kuasai dunia tapi duk bawah telunjuk Amerika jugak...pasal aper? faktor keduniawi yg menentukan hala tuju dan corak pemikiran para pemimpin disana! masing2 keturunan raja arab tuh nak senang lenang jaga takhta saja, so dari nak fight ngan US + Israel, baik diaorang gi sibuk beli Manchester City...dak pun jadi pemegang saham terbesar CITIBANK... glup2 glup2 glup2 minum arak,...alhamdullillahh...

Di Malaysia, ada banyak mufti (yg sepatutnya mempunyai kuasa & pengaruh yg lebih besar dari PM)- dari sudut agama, akan tetapi... sapa yg bayar gaji depa?? hehe...itu pasal jer...ada dulu mufti perak dah haramkan JOM HEBOH!...hehe aper jadi?? tukar nama jer...jadi SURE HEBOH!!!... hahaa... senangnya benda haram boleh jadi halal...

Ramai bini2 pak menteri tak pakai tudung pun,... hmm... nape takder sorang pun pak mufti bagi komen aper? sepatutnya turut berdakwah la serba sikit...

yg bab si dr.asri nie... serupa kes faktor duniawi la, dia selalu sangat cakap2 sana-sini, ada pihak2 yg kena batang idung, taruss jadi kes besar plak kat mesia nie..ahhaaa...kelakar...

mcm jugak Pak Hakim... diaorang sumer dilantik untuk menjaga kepentingan kerajaan bukan semata2 nak tegakkan keadilan, tue pasal kerajaan bayar gaji... (yg ni bukan Mesia saja , mana2 negara pun sama)...

bottomline - kalau dah hala tuju pemimpin nombor satu (yg dipilih oleh majoriti rakyat) tak berapa betul...maka banyak benda2 yg tak masuk akal akan terjadi... so, jgn nak salah sorang dua balaci kat bawah yg MAKAN GAJI... majoriti rakyat yg memilih pemimpin yg sebenarnya patut diperbetulkan...

:eek::eek::eek::eek::eek:
 
dr dlu dah ade fahaman ni.. di sekolah uztaz selalu pesan ikut Alquran dan Hadis jgn amik bulat2 dr Alquran. Ustaz selalu psn jgn terlalu byk mengkaji takut tersesat...kerana syaitan selalu ade untuk menyesatkan mmanusia.
 
Back
Top
Log in Register