BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah Askar Amerika Jumpa Rumah Besi Masa Perang Teluk (Iraq)

lempeng

Fun Poster
Messages
895
Joined
Dec 16, 2005
Messages
895
Reaction score
145
Points
23
1773028742667.png




Kisah Askar Amerika Jumpa Rumah Besi (Bayt Al-Hadid) di Iraq Masa Perang Teluk

~ Cerita ni datang dari seorang veteran tentera Amerika Syarikat yang berkhidmat di Iraq. Dia berkongsi pengalaman ni dalam podcast "Spooked" - dan cerita dia buat ramai pendengar seram. ~




Latar Belakang
Tahun 2000-an. Perang di Iraq masih berlaku.

Askar-askar Amerika bertugas di pelbagai kawasan termasuk kawasan yang baru "dibersihkan" dari pasukan musuh. Kadang-kadang, mereka kena periksa rumah-rumah terbiar untuk pastikan tiada senjata atau musuh yang bersembunyi.

Sergeant Mike dan satu unit kecil ditugaskan untuk periksa satu rumah terbiar di kawasan luar bandar. Rumah tu berbeza dari rumah lain. Ia ada pagar besi yang sangat besar yang mengelilingi kawasan rumah.

Orang kampung panggil ia "Bayt Al-Hadid" - Rumah Besi. Dan diorang tak mahu dekat dengan rumah tu.



Masuk Ke Dalam


Sarjan Mike dan empat askar lain masuk ke compound rumah tu.

Dari luar, rumah tu nampak biasa - rumah Arab tradisional dengan dinding tanah dan batu.

Tapi bila mereka masuk ke dalam...
Gelap gelita. Sangat gelap, walaupun waktu tu masih siang. Macam cahaya matahari tak tembus masuk langsung.

Mereka pun pasang torchlight. Mulai buat pencarian.


Bilik Bawah Tanah

Sarjan Mike jumpa tangga yang menuju ke arah ruang bawah tanah. Dia dan seorang askar lain, Private Joe – turun berdua.

Ruang bawah tanah tu ada satu bilik besar. Dan di dalam bilik tu...
Dindingnya penuh dengan tulisan-tulisan.
Bukan bahasa Arab biasa, tapi simbol-simbol yang mereka tak kenal. Lukisan-lukisan yang pelik - makhluk-makhluk yang bukan manusia, bukan binatang.

Di tengah-tengah bilik, ada bulatan yang dilukis di lantai. Dalam bulatan tu, ada sisa-sisa lilin hitam yang dah cair. Dan bau dalam bilik tu... Busuk. Tapi bukan bau bangkai. Bau yang sangat pelik dan sangat memualkan.


1773028919016.png



Prebet Joe bisik: "Sarge, tempat ni sesuatulah. Kita patut keluar sekarang."

Sarjan Mike setuju. Mereka pun pusing untuk naik balik ke atas.


Sesuatu Di Tangga


Bila mereka pusing, entah macam mana, lampu suluh Sarjan+ Mike tertangkap sesuatu di tangga.
Ada seseorang berdiri di atas tangga. Menghalang jalan keluar. Benda alah tu...

  • Satu lembaga yang sangat tinggi - hampir menyentuh siling
  • Terlalu kurus - macam rangka tulang yang hanya dibaluti kulit
  • Dan… muka benda tu kabur-kabur aje, tak jelas langsung bentuknya
  • Ia berdiri kaku kat situ, tak bergerak langsung. Tapi Sarjan Mike boleh rasa yang benda alah tu tengah tenung diorang.

1773029081147.png

"SIAPA DI SANA?!" Sergeant Mike menjerit sambil menghunuskan senapangnya.

Makhluk tu... Hanya ketawa.
Bukan ketawa manusia biasa, tapi ketawa yang bergema dari mana-mana - dari dinding, dari lantai, dari dalam kepala mereka sendiri.

Kemudian ia tiba-tiba ghaib, seolah-olah apa yang terjadi kejap tadi hanya mimpi je.


Cabut Keluar


Sarjan Mike dan Prebet Joe lari lintang pukang naik atas dan terus keluar dari rumah tu secepat mungkin.

Bila dah sampai luar, dalam cahaya matahari, baru diorang perasan yang muka Prebet Joe berdarah-darah. Ada tiga kesan cakaran yang panjang di pipi dia - macam dicakar sesuatu. Tapi Prebet Joe kata dia tak rasa apa-apa pun. Tak tahu bila masa kena.

Sarjan Mike sendiri bila check, jumpa kesan tapak tangan di bahu dia - macam ada sesuatu yang pegang kuat-kuat. Lebam biru.

Mereka berdua tak cerita pada sesiapa pun waktu tu. Takut kena gelak.



1773029167002.png



Kesan Selepas Kejadian


Prebet Joe tak pernah sama selepas kejadian tu.

Dia mula dapat mimpi ngeri setiap malam - mimpi tentang bilik bawah tanah, tentang makhluk tu, tentang simbol-simbol di dinding.
Dia mula dengar bisikan - waktu dia sorang-sorang, ada suara yang bisik dalam bahasa yang dia tak faham.

Sebulan selepas kejadian tu, Prebet Joe minta dipindahkan dari Iraq. Dia dah tak tahan lagi.

Sarjan Mike pula, dia teruskan berkhidmat. Tapi setiap kali tutup mata, dia masih ternampak-nampak benda tu dan gema ketawanya yang tak pernah hilang.



Nota Penting:

Cerita-cerita dalam koleksi ini adalah adaptasi peribadi yang dikumpul dari internet, media sosial dan sebagainya. Ia diolah semula dalam gaya penulisan/naratif aku sendiri.
Kalau rasa cerita ni "macam familiar je" sebab pernah tengok kat tempat lain — mungkin sebab ada yang suka salin, tapi tak pernah faham jiwa.
Dalam dunia konten, idea ibarat nyawa — Tapi bila kau salin tanpa rasa, yang tinggal cuma kulit.

-lempeng-
 
Back
Top
Log in Register