akeyrasta
Super Active Member
- Messages
- 5,942
- Joined
- Nov 25, 2011
- Messages
- 5,942
- Reaction score
- 6
- Points
- 65
Patut asik kena tendang atas je thread ni.. Achik ke mana aku kemana kisah pun kemana haha..
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.
Tadi ada awek marbeles super leleh...mai ngan balak dia..awek tu ambik seluaq jagging...pastu dia pun masuk fitting room dan test seluaq tu...lepas tu dia tunjuk seluaq yg dia pakai kat balak dia...awek tu cakap dia suka seluaq jagging tu....pastu awek tu tnya aku...ada stock lagi ke....aku cakap la stock dah habis..tinggal selai ni je...
Pastu awek tu tunjuk pungkok super marbeles untuk aku periksa seluaq tu takut2 tertetas benang ke....dah org bagi tengok..aku tengok la...memang best betui pungkok dia..macam pungkok boyence...pastu aku cakap kat balak dia " abg tengok seluaq ni...saya tak leh nak tengok...nanti hilang fokus...abg je layak tengok"..balak tu gelak je kat aku....dalam pikiran aku...daripada aku cek seluaq tu ada terkoyak ke...baik aku koyak lubang pungkok dia...hahaha....macam2 org dok ada...
Masa nak tutup gerai..ada geng pompuan..yg sorang tu pengkid..couple dia awek marbeles ngan skirt pendek...slurrrppppp....pastu pengkid tu ambik seluaq pendek dan test...pastu dia setuju nak beli seluaq tu....aku pun bagi la yg baru..aku cakap harga rm60...dia minta kurang...aku cakap rm55,klau ambik display...pastu pengkid tu minta kurang rm55 tapi nak baru....aku cakap la...yg display aku kasi rm50..yg baru rm60...kak wat pilihan...kak memilih,baik buruk kak kena terima sebab pilihan kak..pastu pengkid tu ambik yg rm60...
Masa menega aku suka ajaq customer aku wat pilihan...contoh macam corak seluaq...klau size 34 ada 5 corak,aku suruh customer tu pilih..kekadang customer tu tnya " mana satu yg jadi pilihan org"...aku pun cakap la..klau kita ikut org,nanti kita lingkup bahana...kita nak pakai apa pun,kita tnya diri sendiri..mana satu yg kita berkenan...pastu kita pilih..lain kali kita reti ikhtiar dan berakal sebab kita boleh pikiaq,mana satu baik dan mana satu yg burukkkk....
Dalam berniaga,aku boleh sampaikan ilmu...tapi yg best sekali..boleh cuci mata...perghhhhh...dulu aku kerja,klau tengok awek tu dalam opis...sampai mampuih la kita tengok muka yg sama...tapi kalau menega...memang terbaikkkk....macam2 bulat nak habaq kat hangpa....
Gambar mana gambar? Kan selalu je post gambar, takkan tak sempat kot ambik gambar.![]()
amin, amin, amin, ya rabbal 'alamin...Minggu lepas aku sembang ngan achik..aku cakap kat dia yg aku nak juai moto Kriss aku dengan harga rm500..achik punya la seronok sebab umuq baya dia memang tak boleh beli moto kat kedai....kena tunggu umuq 17-18 baru boleh beli moto kat kedai.Pastu aku cakap kat achik yg aku akan potong rm100 setiap bulan selama 5 bulan.So aku pun bagi la moto aku kat dia untuk kemudahan dia datang ke umah aku.
Hari pertama aku bagi moto,Achik tak datang kerja...alasannya ada hal keluarga...ok la...aku pun tak kisah sangat...hari kedua achik datang kerja...hari ketiga achik cuti dan achik pinjam aku rm200 atas alasan nak pergi penang untuk bantu kawan dia pindah barang datang ke KL.Aku pun bagi la pinjam rm200 untuk memudahkan kerja dia.
Hari isnin dan selasa cuti,aku pula sibuk ke luaq negara untuk ambik barang.Dalam masa yg sama aku sering dapat hadis ini:-
Hadits No. 1451
Abu Dzar Radliyallaahu 'anhu berkata: Aku bertanya kepada Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam: Perbuatan apakah yang paling utama?. Beliau bersabda: "Beriman kepada Allah dan berjihad di jalan-Nya." Lalu aku bertanya: Budak bagaimanakah yang lebih utama <untuk dimemerdekakan>?. Beliau bersabda: "Yang paling mahal dan paling disenangi pemiliknya." Muttafaq Alaihi.
Aku pun heran gak sebab 2-3 kali aku dapat hadis gini..
Masuk hari rabu,Achik kol aku cakap nak pinjam duit..dia kata dia dok penang dan duit dia hilang.Aku cakap kat achik "duit aku tak boleh bagi,hang kena ikhtiaq sendiri macam mana nak balik kl...hari sabtu ni hang tak mai kerja..hang toksah mai kerja"
Hari khamis,aku pegi rumah achik untuk ambik moto aku....sekali tengok moto aku dah berubah wajah..semuanya dia tukaq baru..pastu achik pun keluaq jumpa aku dan bagitau yg dia repair moto aku habis kat rm300+rm200..aku diam dan dalam hati aku cukup meradang sebab dia pinjam duit aku semata mata untuk repair moto aku..walhal achik tak bayar lagi duit beli moto tu.Achik obses kat moto.Aku suruh achik mai kerja hari khamis.
Hari khamis pun tak datang lagi..so aku pun call ayah dia adu masalah achik.Aku cakap kat ayah dia,besok aku kena ambik balik moto tu dan kalau achik nak kerja atau tak mau,terpulang pada achik.
Hari jumaat pagi pukul 5 am,achik datang serah moto..pastu aku ajak dia makan nasi kandaq..aku tanya dia,apa masalah dia?Apa yg dia seronok sangat dengan moto tu?Moto tu belum tukaq nama lagi...kalau dah tukaq,macam mana kelakuan hang nanti?Aku cakap kat achik..hari sabtu ni kalau nak kerja,tunggu kat kereta macam biasa..moto aku tak boleh kasi dah..so aku pulangkan duit rm300 yg dia telah repair moto aku tu.
Hari jumaat tak datang,hari sabtu achik sms aku cakap nak buat syarat pasal kerja dan moto...aku cakap moto aku tak boleh bagi dah...kalau nak kerja,mai macam biasa..pastu achik pun reply yg dia minta halal makan minum dan ucap terima kasih pada aku sebab bagi panduan hidup.
Hari ini achik dah tak kerja ngan aku..Achik atau nama penuh dia MUHAMMAD Azree bin ABDULLAH..berdahi luas,hidung mancung,kulit cerah,perwatakan menarik sehingga jiran2 uptown aku suka pada achik.Dan kerana kehadiran dia,dengan kemunculan thread ini,dengan sering aku berhujah hingga aku boleh memahami ayat quran dan hadis...aku solat pada usia hampir 35 tahun dan berjihad dalam bidang perniagaan.
Sekarang baru aku paham apa yg hadis itu selalu dituju pada aku..memang aku sayang pada achik dan aku mesti tegas pada achik.Achik dan aku sama jer perangai..masing2 keras kepala sebab ada hala tuju dan impian masing2.
Mudahan Allah melindungi Achik dari fitnah Dajjal.
Acik ni umur brape? Kat ats tulis x cukup 17 18 lagi..baye budak skolah lagi ke?(sori, mls nk selak blkg). Byk sgt...
Harap acik rajin2 la skola(kalu masih skola)..
nnt acik da blaja bagus, grad u, keje bagus, bole terus bli kete..lebih dari proton pun bole...
(juz memberi semangat)
maaf cakap pakcik, silap beso ni... :-?

Semalam aku bagi setengah bulan gaji kat pekerja aku..untuk makluman korang,pekerja aku tu umur baru 15 tahun..nama Achik..pekerja bawah umuq la katakan..dapat gaji jer,terus dia pegi beli seluaq,baju,mp3,cincin..habis kat rm150.Aku tersenyum jer sebab aku baya dia pun dah kena beli kain baju sendiri.Bapak aku dah kata..anak2 yg tak mau sekolah,terputus tanggungan dia..so kena ikhtiar sendiri...
Walaupun achik ni sekolah sampai ting 2,tiap2 pagi..time nak tutup gerai,aku nasihat dia..macam2 gak aku nasihat dia.Aku motivate dia..kekadang aku ajar dia bahasa omputih.Sampaikan semalam org arab mai gerai aku..Achik ni yg melayan pak arab dengan speaking omputih.Alhamdulillah...terbit keberanian dalam diiri dia untuk berbahasa omputih dengan pelancong asing.
Aku selalu gak nasihat Achik pasal agama..aku cakap kat Achik yg kebanyakan melayu dah sesat.Banyak melayu yg dah tak beriman dengan Allah sebab depa tak yakin dengan Allah.Depa tak yakin Allah yg beri rezeki.Kalau depa yakin,dah lama depa berniaga dan tak makan gaji ngan org/kerajaan.
Banyak org melayu dah tak beriman pada Nabi dan Rasul.Sebabnya depa anggap kisah para nabi hanya dogengan.Pastu aku suruh Achik pikir..Nabi Nuh menasihati kaumnya beriman pada Allah tetapi kenapa sedikit bilangan yg ikut Nabi Nuh masuk dalam kapal?Macam tu gak kerajaan wat macam2 ajak org melayu berniaga tapi kenapa sedikit bilangan yg berani sahut seruan kerajaan?Ini disebabkan mentaliti yg rosak akibat di pengaruhi rakan sebaya di sekolah menegah hingga university dan juga ibu bapa.Mengaji tinggi2 untuk dapatkan kerja yg bagus.
Banyak org melayu dah tak beriman pada malaikat.Depa anggap tugas malaikat catit baik buruk amalan,tukang pukul kat neraka dan alam kubur,tukang tarik nyawa tapi depa lupa bila depa p tuntut llmu,malaikat kembangkan sayap iringi kita...kalau Achik tak percaya,suruh member melayu pergi china sorang diri untuk timba ilmu memborong.Berani ker tidak dia nak pergi tu??Aku cakap kat Achik..aku pergi mana pun lone ranjer sebab aku percaya malaikat iringi aku dan jaga keselamatan aku...alhamdulillah..Demi Allah dan rasul,selama aku pergi luaq negara memborong barang,cuaca elok..takde pun cuaca buruk...dan alhamdulillah perjalanan aku sentiasa lancar seperti yg dirancang.
Banyak org melayu tak beriman kitab2 Allah.Org melayu anggap kitab ni sebagai penghalau setan.Dan depa anggap kitab ni hanya ulama saja layak membaca.Tapi kalau Achik selami apa itu IKHLAS dan KEYAKINAN,InsyaAllah,Achik akan jadikan kitab sebagai panduan hidup Achik.Dan hidup Achik berlandaskan pada quran dan hadis nabi.
Banyak org melayu dah tak beriman pada Qada dan Qadar.Melayu dah tak percaya pada ketentuan Allah.Melayu lebih suka keadaan yg selesa.Bangun pagi,pegi keja,balik keja,hujung bulan dapat gaji.Kalau achik nak tau apa itu Qada dan Qadar,Achik masuk dalam kampung sorang diri di Thailand atau kemboja atau china dengan sumber dan kewangan yg terhad.Disitu baru Achik tau adakah Achik berjaya keluaq dengan hidup atau separuh hidup.
Banyak org melayu tak percaya pada hari pembalasan.Melayu banyak menganiaya sesama lain.Tak bayaq hutang,di beri amanah tapi banyak pula merungut,buat kerja halai balai sampai susah org len.Melayu wat macam tu macam akhirat tak ujud.Achik tau tak,dulu aku kerja kilang cina singapore,cina singapore angkat aku jadi leader dalam production walhal dalam production tu ada ramai budak cina yg kerja lebih lama dari aku.Sebab apa cina sngapore lantik aku jadi leader..sebab itu semua kerja Allah.Allah yg lembutkan hati cina singapore,lantik aku urus production.Sebab nya aku ni jenis bila wat kerja,aku kerja sungguh2...kalau aku kerja main2,confirm2 di akhirat kelak,cina singapore tu ungkit gaji yg dia bagi tak setimpal dengan kerja aku buat.Bagi aku...perkara di dunia,kita settle di dunia.Bukan apa Achik..ditakdirkan Achik masuk syurga,takut di sana nanti,kalau yg ungkit tu kepala batu,mau mati keras achik berbalah kat padang masyar nanti.
Tiap2 pagi aku nasihat Achik benda yg sama tanpa aku jemu....tak tau la Achik tu jemu ke tidak.... ~X))
http://lapan-tapak.blogspot.com/2011/12/kisah-akusejarah-aku.html#comment-form