BTC USD 82,728.7 Gold USD 4,089.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Kisah aku dan Achik

Sila ijtihad (tanya diri sendiri)..nak follow ker tidak..


  • Total voters
    0
  • This poll will close: .
Hari ni achik dan semalam achik mai rumah aku minta rokok..aku bagi rokok ngan nasi serta ayaq..Achik minta duit tapi aku tak kasi..aku takut achik belanja tak ketahuan..

Aku selalu pesan kat achik,jangan menipu..jaga lidah..kalau dia tipu aku..aku terasa amat sedih.Sedih yang teramat...Aku cakap kat achik..hg nak solat atau tak mau solat tu hang punya pasai tapi lidah kena jaga....apa gunanya hg jaga solat tapi dalam masa yg sama hg menipu,tak beramanah...

Satu hari nanti achik akan solat..Macam aku gak..dulu aku mana ada solat...tapi bila bab kerja aku pegang amanah kuat2..aku jadi hamba abdi pada org...aku buat kerja sampai tak ingat nak tido,makan,rehat...masa tu kalau aku solat pun aku rasa mcam tipu tuhan..solat kerana terpaksa...daripada aku paksa diri...lebih baik aku tak solat...

Tapi selepas aku buka thread ini..aku dapat faham apa yg dikatakan org muslim,org mukmin,org munafik dan org fasik...aku boleh rungkai segalanya ayat quran dan hadis..aku dah pun rungkai ayat quran yg di jaja oleh forumer bab jamaq...pasal aku nampak ayat tu dan aku faham...walhal dia ambik yg sekerat je...

Nanti aku rungkai apa yg dikatan org muslim,org mukmin,orang munafik dan org fasik bersandarkan pada quran dan hadis tanpa ada secuit pun pendapat aku...bila aku tunjuk bukti dalil...nescaya korang akan jadi macam ni :-

[1]
Alif, Laam, Miim.
[2]
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
[3]
Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
[4]
Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
[5]
Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.
[6]
Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.
[7]
(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.
[8]
Dan di antara manusia ada yang berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat”; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.
[9]
Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.
[10]
Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
[11]
Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi”, mereka menjawab: ” Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan”.
[12]
Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.
[13]
Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman”. Mereka menjawab: “Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang ***** itu?” Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang *****, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
[14]
Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: ” Kami telah beriman “, dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:” Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)”.
[15]
Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).
[16]
Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah.

serius aku cakap korang....korang takkan percaya agama islam cukup mudah walaupun aku dah bagi dalil dari quran dan hadis...

Dan Allah dah tetapkan bahawa wajib atas org2 beriman solat..so aku solat sebab aku faham segala ayat dalam quran...tuhan dah bagi macam2 petunjuk kat aku...aku sembang ngn bini aku..gila ka aku ni?semalam p borong..sampai sana hujan lebat..pastu aku masuk kedai tukar duit..keluaq dari kedai,hujan berhenti serta merta..aku ambik kempatan tu borong barang..lepas selesai borong,aku tahan teksi dan balik tuju ke pejabat bas...sampai pejabat lepas punggah barang jer..hujan turun dengan lebat...Demi Allah dan Rasul..ini adalah kisah semalam yang aku alami...
 
Last edited:
dah baca....hmm camna nk ckp eaa....kesian achik...dia telah didedahkan dgn pelbagai perkara dgn cara "tidak semulajadi"...tt patut melepaskan budak tu...tak patut tak patut
 
dah baca....hmm camna nk ckp eaa....kesian achik...dia telah didedahkan dgn pelbagai perkara dgn cara "tidak semulajadi"...tt patut melepaskan budak tu...tak patut tak patut
ntah ada ke tidak si achik tu..kn tnya bdk2 yg pernah ke kdai tt la...aku nk pergi dari dulu asyik xberkesmpatan.. ilmu lain aku xtau pasal tt...tp ilmu mniaga dan shipping mmg dia power...
 
aku rasa ampa yang so called ustat,berlapang dada dalam thread santai nie yang hala tuju nie adalah ke achik..
betul fokus thread ini adalah mendidik achik [klu betul achik tuh wujud ler atau bh jg mgkn sbg alasan jer]...

persoalannyer mendidik achik dgn ilmu yg camner...

  1. ilmu tafsir ayat Al-Quran dgn akal sendiri yg cetek ilmu bergantung dgn en. google semata2???...

  2. ilmu tolak pendpt ulama krn rasa sendiri dah hebat dah lbh fhm Al-Quran & hadis berbanding ulama???...

  3. ilmu x perlu gi masjid & hadiri ceramah2 agama utk mengelakkan fitnah dajal???...
ilmu2 mcm tuh ker yg nak dididik kat achik, bygkan jika achik tuh anak sedara sendiri & dididik oleh majikannyer camtuh, sedara ok ker???...

apa kata pihak berkenaan buka ja thread berkenaan jamak,tp aku rasa ampa buka thread jamak pun jawapan ampa adalah pada yang dbawa oleh cara orang2 terdahulu yang mana sama,gini time dia,nie cara dia,nie syarat dia,sama ulang balik proses terdahulu,pasti pasti punya la,baik x payah cerita kat thread.ilmu pasal jamak ada d pasa malam yang mana ada kertas gulung cara buat jamak jenis tampal ke dinding,kat gerai jual cd audio agama..
sy x fhm hujah sedara yg nih, mula2 suh buka thread sendiri, kendian x pyh buka thread sendiri tp beli ajer kitab kat psr mlm & tampal kat dinding, camtuh yer, x fhm...

kalo kita kaji secara teori dan pikir secara logik,once tok guru ajaq,akan tertinggal satu ilmu dia simpan,dia mati,ilmu tu ghaib,jadi penerus yang amik ilmu tu pula ajaq ke murid lain,dia simpan pula satu ilmu,standard cikgu sorok kuku.kemungkinan kita semakin tipis ilmu tu,KEMUNGKINAN.bagi aku ulama tu tugas dia berat nak rungkai sesuatu dluar jangka dari apa yang sedia ada.aku rasa kalo ang jadi tom hank dalam cerita apa tah terdampar kat pulau tu,apakah dengan ilmu yang ampa ada nak kekalkan kehidupan?apakah masa tu yang da semua binatang haram dmakan ampa tetapkan diri nak cari halal juga?masa nie darurat,kan islam ada tolak ansur dalam dia,dan ulama sebagai rujukan..
klu dah tahu tugas ulama tuh berat krn perlu rungkaikan diluar dr hukum yg sedia ader...

jd adakah kiter perlu setuju apabile tt mempermudah2kan syarat2 yg diberikan oleh para ulama utk solat jamak semasa x bermusafir??? sdh tentu x bkn...

berkenaan dgn keadaan darurat, bkn setkt mkn benda2 haram adalah dibenarkan...

ttp mengaku kafir dgn tujuan utk selamatkan nyawa pon blh asalkan dlm hati tetap beriman kpd qjjl SWT...

so aper masalahnyer???

tp aderkah krn nak selesaikan tugasan yg diberikan oleh tokey cina sblm habis waktu kerja termasuk kategori darurat...

sehingga melayakkan solat jamak & qasar sdgkan solat blh shj diselesaikan dlm masa 15 minit???...

fikir sendiri...

ampa kenal ka ulama,ka ampa ulama ngan jawapan d google ja bang?ampa kenal ka zanuar?sapa tau senyap2 dia rujuk apa yang dia pikir ke ulama atau orang tertentu dan senang2 ampa terjah ngan buat andaian

so drpd buat andaian aper kater kiter minta tt sendiri secara lgsg berikan pengakuan...

ader tak tt merujuk mana2 ulama2 utk pendpt2 berkaitan bidang agama yg dier nyatakan dlm thread nih...

amacam tt blh tlg berikan penjlsan...

aku bukan apa aku suka thread nie,SEBELUM ampa buat semak thread sini,kalo ang so called ustat so hebat,xda la pula thread aku nampak cgrian bawa si kafir masuk ke saudara baru,bagi aku nie sangat hebat dan betul mengagumkan dari kekaguman multiplayer sabotaj player lain buat lauk,freindly fire kalo dalam cs..

perkara yg mengkagumkan bg sedara blm tentu mengkagumkan org lain, ia adalah perkara yg subjektif & bergantung kpd perspektif setiap individu...

iya adalah patut seorang islam memberi jalan atau jawapan ke seorang islam yang lain sekiranya berlaku ke-khilafan,tp ini lebih kepada riak dan ada pula cadang suruh buat poll and banned,banyak lg thread religious yang patut d banned tp idup malar segar lg serta dnaungi oleh pihak2 tertentu.banyak thread kat sana buat serupa sini yang mana ampa amik tugas author dan jajah thread orang lain,yang lain baca nganga,dah macam thread peribadi ampa pula..

cuber sedara rujuk semula post pertama yg mencdgkan agar tt menyediakan poll, ader x disebut agar poll itu jd penentu sama ada thread ini akan terus dibuka atau pon perlu di ban???...

spt yg sy trgkan dlm post sy awal, keputusan poll itu nnt hanya blh menunjukkan samada pembaca setuju atau x setuju dgn pendpt2 tt...

sama ada tt nak tutup atau mod nak ban thread nih, itu perkara lain bergantung kpd budibicara tt & mod sendiri, takder sesaper blh paksa mrk...

kepada forumer yang suka suki buat semak,ampa komplot ramai2 buat ja perjumpaan mana2 bawa orang yang tau hukum dan bincang secara ilmiah luar cg ngan zanuar.TU PUN KALO INGAT SESAMA MUSLIM.sini dah lari cerita dah pasal achik,author sepatutnya fokus ke achik,kena pecah percentage melayan ampa..

sini memang ada ilmu dari tanya balas ampa,tp majoriti nak tengok kisah achik,jadi silalah buka thread lain kat religious sana link thread nie.peace,aku cerita apa yang aku rasa,lain ikut ampa la,ampa dah cukup matang,anak pun ampa dah ada,ilmu pun tinggi aku rasa.orang lain pun nak rasa kemeriahan thread sendiri..

jika benar nak merasakan kemeriahan thread sendiri, bkn ker soal jwb dlm thread nih dah membawa kemeriahan...

perhatikan elok2 thread yg kontroversial ler yg plg byk pages, plg tinggi jumlah post & plg byk view, so msh x meriah lg ker...

cumer adat ler klu tt sendiri timbulkan perkara yg kontroversial, siap sedia ler utk menjwb semua soalan yg dikemukakan...
 
Last edited:
Terima kasih teguq aku..betui kata hang..thread ni kisah aku ajaq achik..bukan perihal solat..tapi macam biasa la..masing2 nak tunjuk jaguh agama..habis di tabur fitnah..tu yg aku kena jawab satu2 bersihkan balik..dulu pun aku dah pesan kat depa..nak buka bab agama,depa boleh buka kat thread religious..depa boleh pung pang2 sesama depa kat sana..aku malas nak ambik port.

Aku pun tak paksa depa ikut thread aku...tapi poll tetap aku buat dalam masa 2 hari sebab aku kena bincang dengan seseorang dulu...

cuber sedara carik blk post maner yg muler2 sekali ajar achik solat jamak qasar adalah dibenarkan wlupon semasa x bermusafir???...

bermaksud saper yg mula2 tunjuk jaguh dlm agama dgn memberikan ajaran sedemikian kpd achik & kpd pembaca???

berkenaan isu solat jamak qasar, bg diri sy sendiri, sy siap berikan amaran bhw respon sy adalah heavy & akan melanggar objektif thread nih yg santai...

tp sedara setuju utk sy teruskan, so ader kah dgn kebenaran sedara sendiri sedara msh anggap sy nak tunjuk jaguh dlm agama & tabur fitnah???...

sy x pasti sama ada ayat dlm post di atas ditujukan kpd sy, tp sy rasa sy yg plg byk membantah pendpt sedara dlm thread nih, tp jika x ditujukan kat sy, sy minta maaf siap2...
 
Last edited:
Al-Quran syaratkan solat qasar hanya blh dilakukan semasa bermusafir...

ini dijlskan lg oleh Nabi Muhammad SAW dlm hadis yg sy berikan iaitu perjlnan 2 marhalah...

solat jamak x disebutkan dlm Al-Quran tp Nabi Muhammad SAW melakukannyer dlm keadaan tertentu...

spt yg sy dah trgkan sblm ini krn terdpt percanggahan hadis...

sebilangan hadis membenarkan jamak semasa x musafir, sebilangan yg lain menekankan solat pada waktunyer...

so para ulama mengambil jln tgh memblhkan solat jamak ketika x musafir ttp hanya dlm kerumitan yg munasabah...

yer betul, tp ader jg hadis yg kater...

Dari Abu Bakr bin Abi Syaibah, dari ‘Ali bin Mus-hir dari asy-Syaibani, dari al-Walid bin al-’Aizar, dari Sa’ad bin ‘Iyas Abu ‘Amr asy-Syaibani, dari Abdullah bin Mas’ud. Dia berkata: “Aku bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam: Amal manakah yang lebih utama?”. Beliau menjawab, “Sholat pada waktunya.” Dia (Ibnu Mas’ud) berkata: Aku berkata: “Lalu apa?”. Beliau menjawab, “Berbakti kepada kedua orang tua.” Dia [Ibnu Mas'ud] berkata: Aku berkata: “Lalu apa?”. Beliau menjawab, “Berjihad di jalan Allah.” Tidaklah aku tinggalkan pertanyaanku untuk meminta tambahan -keterangan- kecuali karena aku kasihan kepada beliau.​

solat diawal waktu atau sekurangnyer pd waktunyer lbh diutamakan drpd ibu sendiri, inikan setkt customer...
An-Nisaa', 103...
"Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya."​

Hg kata aku tabur fitnah..tapi hang sendiri tak faham ayat yang hang bawa sebab mata hang buta sebelah..kalau hang tanya ulama,ustaz hang pun depa sama buta sebelah macam hang....

Mai aku faham kan hang akan ayat tersebut biaq menjadi nyata dan jelas.. contoh :-

Si Ali kerja pomen kereta di kampung dia..ada seorang customer india datang hantaq keta pukul 12.00 pm...masa tu Ali hnya seorang je dalam bengkel sebab tokey cina p China beli barang..Masa tu pula ada bnyak kereta yg Ali kena pomen.Customer india tinggalkan kereta kat ali untuk di pomen..Ali berjanji pada customer india bahawa kereta tu boleh siap seperti yg di janjikan.Iaitu siap pada sebelum pukul 7pm.

Banyak kereta yag Ali kena siapkan sebab Ali telah berjanji untuk siapkan kereta2 mereka tu semua..so Ali pun pulun pomen satu persatu..sampai pukul 6pm..Ali terpaksa jamaq solat zohor dan asar..Ali buat 4 rakaat dan 4 rakaat..selepas solat,Ali wat keluaq nos turbo untuk siapkan kerja seperti yg di amanah kan dan di janjikan..

Masa Ali duduk pasang tayar,Allah ingatkan Ali supaya ingat pada Allah..takut Ali lupa diri sehingga buat kerja cin cai cin cai...

masa Ali baring pasang filter,Allah ingat Ali supaya ingatkan pada Allah..so bawa bertenang...

masa Ali berdiri masukkan minyak enjin,sekali lagi Allah ingatkan Ali supaya ingat kat Allah...takut2 Ali masuk minyak masak cap murni kat dalam enjin kereta.

Pada pukul 7 pm..semua kereta telah berjaya di pomen oleh Ali..lalu Allah perintahkan Ali dengan firmannya :-

Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.

Pasai tu nabi kata amal yg paling utama ialah solat pada waktunya..sebab hg ada masa lapang.....hg boleh tengok ibu hg...

Aku nasihatkan hang..jangan masuk dalam thread aku ini...banyak fitnah hg dah bawa dalam thread aku...aku kena bersih satu persatu...Thread religious amat sesuai untuk hang tunjuk jaguh agama..
:)cgrock
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register