BTC USD 82,456.7 Gold USD 4,123.77
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Kisah aku dan Achik

Sila ijtihad (tanya diri sendiri)..nak follow ker tidak..


  • Total voters
    0
  • This poll will close: .
imam yg hafal quran pun kna bantai ngan tt yg google ayat quran.. power2.. tt atas skit kot
 
kat mane yg tak yakin dgn allah tu? beri hujah sikit..
 
Santapan minda....perghhhhh...meleleh betul la...setiap kali naik bas...mesti ada awek marbeles sebelah aku... Adakah aku diuji...
20131224_163408.jpg

Diuji? Betul jugak tapi tak lepas ujian ni. Pasai apa? Ambik gambar, lepas tu sebar gambar aurat terdedah kat forum..maka tersebarlah gambar ini di alam maya.

So, ujian ni hang tak lepas. :))
 
jika solat & puasa tidak diwajibkan bg org2 yg x beriman bermaksud x berdosa bg mrk utk meninggalkan solat & puasa...

bermaksud umat Islam mempunyai pilihan sama ada nak beriman & wajib puasa serta solat atau x nak beriman & dikecualikan dr kerwajiban puasa serta solat...

rasanya dgn pilihan sedemikian x perlu fikir pjg kelompok yg mana akan menjd pilihan majoriti umat Islam zmn ini...

skrg kiter lihat bgimana cuainyer sedara dlm mengeluarkan pendpt bhw solat wajib kpd org2 yg beriman shj...


  1. ayat2 & hadis yg mewajibkan solat, cuber cari kalimah "wahai orang2 beriman" dlm ayat2 di dibwh...

    "Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk. ", Al-Baqarah, 43...


  1. Surah baqarah di tujukan pada org2 bertaqwa :-

    Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya;ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa;

    sapa org bertaqwa?

    org bertaqwa adalah org yg sembah Allah dan taat pada Rasulullah

    Sapa Yg Allah perintahkan untuk bertaqwa?

    Allah perintahkan org2 beriman untuk bertaqwa.

    ----------------------------------------------------------------
    "Katakanlah: Tuhanku menyuruh berlaku adil dan hadapkan muka kamu dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal agama kamu kepadaNya semata-mata;sebagaimana Dia telah menjadikan kamu pada mulanya, kamu akan kembali .", Al-A'raf, 29...

    lain kali bagi ayat penuh...ayat tu bunyi macam gini..Adam yg kena buang ke bumi sebab termakan pendapat iblis dan godaan isterinya...macam tu gak mak bapak hangpa kata qasar kena 90km baru boleh wat..sebab mak bapak hangpa ikut pendapat ulama silam (hangpa kenai dan nampak ke ulama silam yg bagi pendapat tu?)..

    Hangpa ni sebenaqnya bila wat kerja dengan majikan,hangpa tak ikhlas sepenuhnya terhadap kerja hangpa..kalau majikan depan mata pun hangpa tak ikhlas wat kerja...camna hangpa nak ikhlas wat ibadah dengan ghaib?Sedangkan ikhlas tu belum serap dalam hati hangpa..pasai tu solat dan posa tak wajib atas hangpa..hangpa kena serap keikhlasan (iman) dalam hati sampai jadi satu tabiat...nanti2 Allah bagi petunjuk...

    Tapi hangpa ikut pendapat ulama..dan sering rujuk pada pendapat ulama untuk sesuatu keputusan....bila hangpa selalu sangat ikut pendapat ulama,hangpa tak boleh nak pikiaq..sebab otak dah jammed...pastu hangpa dok sangka hangpa dah di beri hidayah...dengan cara mengamalkan agama nenek moyang hangpa tu yg selalu ikut pendapat ulama..


    Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka . Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.

    Dan apabila mereka melakukan sesuatu perbuatan yang keji, mereka berkata: “Kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya, dan Allah perintahkan kami mengerjakannya”. Katakanlah : “Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji. Patutkah kamu mengatakan terhadap Allah apa yang kamu tidak mengetahuinya?”
    [29]

    Katakanlah: “Tuhanku menyuruh berlaku adil , dan hadapkan muka kamu dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata;sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, kamu akan kembali.
    [30]

    Sebahagian diberi hidayah petunjuk oleh Allah ; dan sebahagian lagi berhaklah mereka ditimpa kesesatan , kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan Syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin selain Allah. Serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada dalam petunjuk hidayah.
    [31]


    "Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.", An-Nisaa', 103...

    ayat ini aku dah ulas..ayat ini untuk org beriman je...

    -----------------------------------------------------------------
    "Islam itu dibangunkan atas lima perkara, Syahadah bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasul Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, haji ke rumah Allah (Baitullah) dan puasa di bulan Ramadhan", Riwayat Imama Bukhari dan Imam Musllim...


    kalau hangpa ucap kalimah syahadah..hangpa kena ikut Allah dan Rasul..hangpa tak boleh ikut pendapat ulama...bukan susah pun nak pahan ayat quran dan hadis ni...hangpa kena jaga lidah (jangan mungkir janji,bohong,pegang amanah) dan semai ikhlas dalam hati...makan masa sekitar 4-7 tahun..nanti Allah bagi petunjuk..confirm2 hangpa paham quran dan hadis..sebab quran dan hadis adalah bacaan untuk orang2 beriman...

    wat masa ni hangpa tak di wajibkan solat dan posa...cer try wat..ikhlas kan hati bila wat sesuatu...janga dok kira duit dan komisen atau upah bila nak wat kerja yg org amanah kat hangpa...

    -----------------------------------------------------------------
    "Pangkal semua urusan agama adalah Islam, dan tiangnya adalah solat, dan puncak tertingginya adalah jihad", Riwayat Imam Tarmizi...

    lain kali bagi ayat penuh..

    Dari Muaz bin Jabal r.a, berkata : " Khabarkan kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku masuk ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka. "
    Jawab Nabi SAW : " Sebenarnya engkau telah bertanya suatu pekara yang besar, dan sesungguhnya amat mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah Ta'ala, iaitu : Hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan suatu yang lain. Engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa sebulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah. "
    Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan pokok amalan, tiangnya dan kemuncaknya? " Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah . " Sabda baginda : " Pokok amalan ialah Islam, tiangnya ialah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad. "
    Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan kunci kepada semua pekara ini ? " Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah. " Lalu baginda memegang lidahnya seraya berkata : " Awas, jaga ini baik-baik. "

    kunci iman hangpa masih belum terbuka..camna hangpa nak solat...aku dah bagi hint kat hangpa...aku pun baru jer solat.. :">:"> lebih kurang 2 minggu yg lepas...pasal tu aku berjihad sebab pegangan agama hangpa tak betui...

    hangpa ingat aku ada masa ka nak jadi pahlawan keyboard..malam aku nega sampai nak buka fb ngan cg pun tak sempat..balik kerja,aku key in data hasil jualan....pastu aku wat urusan keluarga aku..pastu dok pung pang2 kat thread aku ni....lepas zohor,baru aku tido..#:-S#:-S ...tido sehari 3-4 jam je..

    hangpa takpa la...pahlawan keyboard sepenuh masa..time kerja ngan org pun masih boleh main CG :)):))
    ----------------------------------------------------------------

    [*]jika x wajib solat bg org2 yg x beriman naper mrk jg diberikan balasan buruk oleh qjjl SWT...

    "(Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (Neraka) Saqar?. Orang-orang yang bersalah itu menjawab: Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang;", Al-Mudatthir, 42-43...

    org2 beriman yg tak solat di masukkan kedalam neraka Saqar..org2 yg sembah pendapat ulama masuk neraka jahanam..

    "Sesungguhnya orang-orang kafir yakni ahli Kitab dan orang-orang musyrik ke neraka Jahannam; mereka kekal di dalamnya. Mereka itu adalah seburuk-buruk makhluk." (QS. Al-Bayyinah 98:6)
    ----------------------------------------------------------------

    "Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam Neraka)", Maryam, 59...

    kalau ikut ayat di atas surah itu bermaksud :-

    Mereka itulah sebahagian dari Nabi-nabi yang telah dikurniakan Allah nikmat yang melimpah-limpah kepada mereka dari keturunan Nabi Adam, dan dari keturunan orang-orang yang Kami bawa bersama-sama Nabi Nuh, dan dari keturunan Nabi Ibrahim, dan Israil- dan mereka itu adalah dari orang-orang yang Kami beri hidayah petunjuk dan Kami pilih. Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis.


    Sapa yg ikut Nabi,mereka ini adalah org2 beriman dan bertaqwa..Allah kurniakan macam2 nikmat...serius wa cakap lu..aku pun Allah bagi macam2 nikmat...nak memborong pun senang,bila p travel je..mesti ada awek sebelah aku...pastu ngan anak2 yg tak banyak ragam dan bertanggungjawab..sale aku pula super tip top marbeles ...bila sale super tip top..tiap2 minggu aku kena ambik stok...

    Kita pun bila kita dah paham pasal agama nabi muhammad,mai keturunan kita pun leka sebab kita tinggalkan kekayaan yg Allah bagi kat kita untuk keturunan kita....so depa akan lalai...cer cari hadis yg kata sampai satu masa nanti umat nabi muhammad dah tak amal perintah Allah..sebabnya depa semua dah paham agama islam...masa tu quran akan di angkat ke langit


    -----------------------------------------------------------------

    "Siapa meninggalkan solat Asar, maka gugurlah amalannya.", Riwayat Imam Bukhari (no: 528).

    Di kalangan nabi adalah org2 beriman..org beriman ni masa dia cukup pack...tu yg nabi ingatkan sapa yg tinggal solat asar,gugur amalan untuk warning kan sahabat2 nabi yang beriman benar.

    Hangpa beriman palsu mana nak tau hadis ni..

    -----------------------------------------------------------------

    "Perjanjian di antara kita (orang Islam) dan mereka (orang kafir) ialah solat, dan barangsiapa meninggalkan solat sesungguhnya dia telah menjadi seorang kafir."Riwayat Imam Tarmizi...

    hadis hg bagi tak penuh..siap ngan braket....bila masuk braket..aku jadi pening nak baca sebab yg masukkan braket pun tak paham ayat tu..aku tak boleh nak ulas
    ----------------------------------------------------------------
    "Sesungguhnya yang memisahkan antara seseorang dengan kesyirikan, dan kekufuran adalah dengan meninggalkan solat", Riwayat Imam Muslim

betui apa yg nabi kata..solat tu ingatkan kita nikmat yg Allah bagi..bila kita tak solat..kita jadi syirik sebab kita dok ingat kita dah pandai atuq semua kehidupan kita..dan kita akan kufur pada nikmat Allah sebab kita tak solat...nikmat Allah bagi kat org beriman terlalu banyak..tu yg nabi pesan jangan tinggalkan solat

ayat tu nabi tujukan pada org beriman je... :">

Aku paham la apa yg nabi sampaikan...


spt yg sy dah trgkan sblm nih dlm solat isu jamak qasar, setiap perbuatan Nabi Muhammad SAW dilakukan sesuai dgn suasana semasa, e.g. dlm bermusafir, x musafir, ketika darurat, x darurat...

selain itu Baginda jg mendidik para shbt berdsrkan kadar pengetahuan & keimanan mrk, sedara memetik hadis Sayidina Muaz RA yg dibenarkan berijtihad oleh Baginda krn imam & ilmunyer yg tinggi...

ttp sy jg trgkan jika yg Baginda didik pd sesuatu ketika itu adalah arab badwi yg jrg2 bertemu & belajar dr Baginda mustahil Baginda membenarkan dier utk mengeluarkan ijtihad sendiri...

jd x mustahil jika dlm hadis yg sedara sebut di atas seorg yg baru memeluk Islam Baginda hanya menekankkan spy jg berckp bohong...

kaedah pengajaran Nabi ini dikenali sbg " Minas Sahlah illa Syu'bah" [dr yg mudah kpd yg lbh susah], ini jls dlm hadis Baginda sendiri spt dibwh...

Telah menceritakan kepadaku Ishaq telah menceritakan kepada kami An Nadlr telah mengabarkan kepada kami Syu'bah dari Sa'id bin Abu Burdah dari Ayahnya dari Kakeknya dia berkata; "Ketika beliau mengutusnya bersama Mu'adz bin Jabal, beliau bersabda kepada keduanya: "Mudahkanlah setiap urusan dan janganlah kamu mempersulit, berilah kabar gembira dan jangan kamu membuatnya lari, dan bersatu padulah! Lantas Abu Musa berkata; "Wahai Rasulullah, di daerah kami sering dibuat minuman dari rendaman madu yang biasa di sebut dengan Al Bit'u dan minuman dari rendaman gandum yang biasa di seut Al Mizru. Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: "Setiap yang memabukkan adalah haram."​

arak Allah dan Rasul haramkan sebab boleh hilangkan akal..boleh jadi org gila dalam sekian2 tempoh.

Tapi kalau hangpa sembah pendapat ulama..bukan jadi hilang akai tapi wat hangpa takdak akai :-

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah," mereka menjawab: " tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari nenek moyang kami". "walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?". (2:170)

Dan perumpamaan orang-orang kafir adalah seperti penggembala yang memanggil binatang(binatang mana ada akai) yang tidak mendengar selain panggilan dan seruan saja. Mereka tuli, bisu dan buta, maka mereka tidak mengerti.

Pasai tu melayu tak boleh nak up dalam berniaga..sebab takdak akai...masuk seminar konon2nya cari ilmu..tokey seminar bagi pendapat,hangpa pun ikut....last2 habis buang harga bila barang tak laku.

Mereka itulah orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk, maka tidaklah beruntung perniagaan mereka dan tidaklah mereka mendapat petunjuk


Sebab apa jadi gitu..sebab hangpa tak reti nak ijtihad (tanya diri sendiri) apa yg hangpa nak buat ..dulu aku pun bengong macam hangpa gak...siap wat buka thread tanya pendapat...tapi Allah jaga aku...cer tengok thread ni..lepas aku ijtihad dan wat keputusan,baru ada org komen....jarak buka thread ngan komen adalah setahun.. :p:D


kaedah pendidikan Baginda spt yg sy trgkan disokong dgn hadis di atas menjd dalil kpd kiter bhw sebuah hadis x blh dijdkan dalil menyeluruh utk digunapakai dlm semua situasi...

sepatutnyer sesebuah dalil digunerkan sesuai dgn konteks semasa ia diucapkan oleh Baginda, sama spt mengambil dalil dr Al-Quran mestilah jg berdsrkan konteks keseluruhan ayat...

sy dah trgkan bgimana utk memahami ayat2 Al-Quran berdsrkan konteksnyer yg sebenar dlm post awal iaitu berkenaan dgn dalil solat qasar ketika perang/darurat [rujuk post #471]



sekali lg ditrgkan, hadis Nabi Muhammad SAW spt jg ayat2 Al-Quran mesti difhmmi berdsrkan konteks ia disebutkan & x blh dijdkan dalil menyeluruh utk semua situasi...

so berkenaan dgn ijithad, ia sebenarnyer hanya dibenarkan utk org2 tertentu shj apa lg jika ijtihad itu akan digunapakai utk keseluruhan msykt...

  1. "Hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka dengan hukum-hukum yang telah diturunkan Allah dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka", Al-Maidah, 49

    jika qjjl SWT dah tetapkan dlm Al-Quran & Nabi Muhammad SAW dah nyatakan dlm hadis bhw solat & puasa itu wajib bgimana sedara blh berijtihad bhw ia hanya wajib kpd org2 yg beriman shj???...

    begitu jg dgn solat qasar, jls dlm An-Nisaa, 101 ia hanya blh dilakukan semasa bermusafir, bgimana sedara blh berijtihad ia blh jg dilakukan semasa x bermusafir???...

    kesimpulannyer adalah krn sedara bkn dr glgan yg lyk berijtihad utk msykt...

  2. Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada - "ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka; dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu), An-Nisa, 83..

    aderkah sedara dah blh dimasukkan dlm kategori Ulil Amri dlm bidang agama, i.e. ulama, spt yg dinyatakan dlm ayat di atas atau sedara hanya org awam dlm bidang agama??? sendiri mau ingat...

  3. Yazid almuqri' almakki telah menceritakan kepada kami Haiwa bin Syuraikh telah menceritakan kepadaku Yazid bin Abdullah bin Al Had dari Muhammad bin Ibrahim bin Alharits dari Busr bin Sa'id dari Abu Qais mantan budak Amru bin 'Ash, dari 'Amru bin 'ash ia mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Jika seorang hakim mengadili dan berijtihad, kemudian ijtihadnya benar, maka ia mendapat dua pahala, dan jika seorang hakim berijtihad, lantas ijtihadnya salah (meleset), baginya dua pahala." Kata 'Amru, 'Maka aku ceritakan hadis ini kepada Abu Bakar bin Amru bin Hazm, dan ia berkata, 'Beginilah Abu Salamah bin Abdurrahman mengabarkan kepadaku dari Abu Hurairah. Dan Abdul 'Aziz bin Al Muththalib dari Abdullah bin Abu Bakar dari Abu Salamah dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam Shallallahu'alaihiwa sallam semisalnya.", Riwayat Bukhari...

    aderkah sedara seorg hakim yg adil??? sendiri mau ingat...

  4. Telah menceritakan kepada kami Hafsh bin Umar dari Syu'bah dari Abu 'Aun dari Al Harits bin 'Amru anak saudara Al Mughirah bin Syu'bah, dari beberapa orang penduduk Himsh yang merupakan sebagian dari sahabat Mu'adz bin Jabal. Bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ketika akan mengutus Mu'adz bin Jabal ke Yaman beliau bersabda: "Bagaimana engkau memberikan keputusan apabila ada sebuah peradilan yang dihadapkan kepadamu?" Mu'adz menjawab, "Saya akan memutuskan menggunakan Kitab Allah." Beliau bersabda: "Seandainya engkau tidak mendapatkan dalam Kitab Allah?" Mu'adz menjawab, "Saya akan kembali kepada sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam." Beliau bersabda lagi: "Seandainya engkau tidak mendapatkan dalam Sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam serta dalam Kitab Allah?" Mu'adz menjawab, "Saya akan berijtihad menggunakan pendapat saya, dan saya tidak akan mengurangi." Kemudian Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menepuk dadanya dan berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah memberikan petunjuk kepada utusan Rasulullah untuk melakukan apa yang membuat senang Rasulullah." Telah menceritakan kepada kami Musaddad telah menceritakan kepada kami Yahya dari Syu'bah telah menceritakan kepadaku Abu 'Aun dari Al Harits bin 'Amru dari beberapa orang sahabat Mu'adz dari Mu'adz bin Jabal bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tatkala mengutusnya ke Yaman… kemudian ia menyebutkan maknanya.", Riwayat Bukhari...

    aderkah iman, ilmu, amal & akhlak sedara dah setanding dgn Sayidina Muaz RA??? sendiri mau ingat...

~~~~~~~~~~~~~~~~

kesimpulan...

sy x memaksa sedara utk setuju atau membantah pendpt sy, terserah kpd sedara utk membuat keputusan, sy tekankan utk kesekian kali sy hanya menyampaikan kebenaran berdsrkan pandangan ulama...

yg pastinyer pd pandangan sy sedara terlalu bangga dgn kejayaan yg sedara ader skrg sehingga luper bhw sama ada kegagalan mahupon kejayaan itu kedua2yer adalah ujian dr qjjl SWT...

kejayaan x menjdkan kiter benar dlm semua hal, begitu jg kegagalan x menjdkan kiter salah dlm semua hal...

so dlm hal ini hanya kejayaan dlm kehidupan sedara bkn lesen utk mengeluarkan pendpt2 yg menyalahi hukum2 yg dah jls dinyatakan dinyatakan dlm Al-Quran & hadis...

p/s: soalan2 poll x sesuai dgn pendirian sy terhdp thread ini, so sy x mengundi...

banyak sangat hang pon pang2...masa hg banyak gak..... :)):))

masa aku pun terhad sebab aku tulis ikut akal...hg tulis ikut nafsu..tu yg hg buang masa...lain kali kalau aku ada masa..aku tulis lagi..

:)cgrock
 
Last edited:
bile bace maksud ijtihad tu,peh sy rase mmg tt ni lain mcm...

ijtihad maksud tanya pada diri sendiri...sedangkan apa yg aku tulis adalah penjelasan..bukannya pendapat..

hangpa dok ingat bila ijtihad kena bersandar ayat quran dan hadis kot.....takde2..quran dan hadis tu panduan...
 
Last edited:
imam yg hafal quran pun kna bantai ngan tt yg google ayat quran.. power2.. tt atas skit kot

islam tu mudah.... :)):))..

aku bantai pun guna ayat quran dan hadis gak..
 
Hari jumaat lepas achik cuti..so aku mai buka gerai sorang2 aku..dah la buka 2 kanopi 10x10..satu kanopi ada lampu dan satu lagi kanopi lampu takde sebab wayar ada probelm..aku pun malas nak perbetul wayar sebab ambik masa..sedangkan masa tu org dah start nak shopping..

Tapi malam tu gerai aku,org hurung macam semut walapun gerai aku tak cerah sepenuhnya....gerai lain yg melimpah lampu pun tak ramai macam gerai aku....sale memang tip top tapi penat juga la layan kerenah org ramai..ada yg minta tawaq..ada yg minta cari barang..ada yg nak mai tengok... phewwwww #:-S

jiran2 aku tengok gerai aku macam pelik jer...dah la gerai aku nampak suram tapi ramai org keluaq masuk..takut2 nanti depa kata aku pakai pelaris..walhal Allah yg bagi nikmat..
 
jika solat & puasa tidak diwajibkan bg org2 yg x beriman bermaksud x berdosa bg mrk utk meninggalkan solat & puasa...

bermaksud umat Islam mempunyai pilihan sama ada nak beriman & wajib puasa serta solat atau x nak beriman & dikecualikan dr kerwajiban puasa serta solat...

rasanya dgn pilihan sedemikian x perlu fikir pjg kelompok yg mana akan menjd pilihan majoriti umat Islam zmn ini...

hg tau tak...kalau aku rungkai bab zina bersandarkan hadis dan quran...maka hadis ini takde keraguan lagi..:-

Sabda Rasulullah Sollallahu ‘alaihi Wasallam yang bermaksud: Akan berlaku pada umatKu oleh beberapa kumpulan atau kaum menghalalkan zina, sutera , arak dan ma’azif (alat-alat bunyi-bunyian).
(Hadis Riwayat al Bukhari dan Abu Daud)



hg pun tau kaum mana hari2 di sajikan sex.. :)):))
 
ijtihad maksud tanya pada diri sendiri...sedangkan apa yg aku tulis adalah penjelasan..bukannya pendapat..

hangpa dok ingat bila ijtihad kena bersandar ayat quran dan hadis kot.....takde2..quran dan hadis tu panduan...

Pi cari maksud ijtihad tu bace betoi2 . .
Bkn sebarang org nak ijtihad2 ni.. .
Ade org2 die jgk ijtihad ni. . .

Klau mcm aku ni main google2 mmg tak layak la.
 
Mcm mana nk jd beriman, klu x solat?
Yg biasanya org jd beriman sbb solat..,

Yg aku faham, solat yg sempurna akan mencegah dr perbuatan mungkar...
Maka, akan mendekatkan diri kpd keimanan.

Klu tt kata, solat hanya utk org yg beriman, huh... nk kena ngaji lagi ni...
Jgn tgk yg tersurat je, yg tersirat pn nk kena ambil kira....

Aku konpius nie.. Cte dh panjang2.. Mls nk bce sume.. Cume nk tny.. Mne dtg dlu yer.. Rukun Islam ke Rukun Iman eh? :-?
 
Back
Top
Log in Register