BTC USD 81,998.5 Gold USD 4,144.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Kisah aku dan Achik

Sila ijtihad (tanya diri sendiri)..nak follow ker tidak..


  • Total voters
    0
  • This poll will close: .
Allah tak wajibkan hg solat dan posa..cer hg tengok ayat quran..Allah perintah sapa?Allah perintah org2 beriman...

Hg tau tak,ada stu hadis..aku pun ingat2 lupa..hadis tu kawan tu mengucap dua kalimah dan masuk islam...pastu kawan tu tanya nabi selepas itu nak wat apa?Nabi kata jangan bohong...dua tiga kali kawan tu tanya..nabi tetap cakap jangan bohong..

Nabi tak cakap kat kawan tu kena solat bla bla...nabi kata jangan bohong...

Nak jadi org beriman ni simple semudah A B dan C..serius wa cakap lu..

Bila hg wat kerja,tokey cakap bila boleh siap kerja?pastu hg bagitau boleh siap dalam masa sejam...means hg tak boleh tipu tokey tu..wajib atas hg tunaikan janji tu...hg kena siapkan kerja dalam masa tu sejam...

Bila hg berjanji ngan kawan nak p camping kat pantai..kawan tu kata tunggu situ pukul 3pm...so pukul 3 pm hg kena mau ada sana sebab hg dah berjanji..jangan lupa bawa teropong tembus pakaian ... :)):))

Bila hang berjanji nak bayaq sewa rumh pada sekian2 waktu..hg kena tunaikan..kalau tak boleh tunaikan...hg kena cepat2 kol tuan rumah cakap hg minta tempoh untuk sekian2..

Hg kena semai kelakuan hg tuiaitu jangan bohong (jaga lidah) benda tu selama lebih kurang dari benih pohon kurma hingga dia berbuah

hg kena sentiasa ijtihad...iaitu tanya pada diri sendiri apa yg hang nak wat..baik buruk hg kena terima sebab hg sendiri yg wat pilihan... :)cgrock:)cgrock

Nanti Allah bagi petunjuk kat hg...time tu hg akan rasa Allah sentiasa dekat dengan hang sebab bila hang berijtihad(tanya pada diri sendiri)..Allah akan bantu hang...

Diriwayatkan daripada Jabir Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata yang maksudnya :

“Aku mendengar Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, tiga hari sebelum Baginda wafat: “Jangan seseorang di antara kamu mati, kecuali dia bersangka baik kepada Allah.”

(Hadits riwayat Muslim, Abu Daud dan Ibnu Majah)

Solat dan puasa x wajib?

Solat jumaat jangan lupa
 
lebih kurang 17 tahun tarikh tutup.... lama tu .....

aku berjanji untuk wat poll..so aku tunaikan..korang tak cakap pun wat poll untuk sebulan ke,seminggu ke...kalau 17 tahun aku menulis selagi thread ini wujud..aku tetap menulis..ini janji aku....kalau thread ini di padam atau CG kena hack..janji tersebut terbatal serta merta...so korang kena rujuk quran dan hadis..kalau takde dalam quran maupun hadis..korang kena ijtihad sendiri...
 
aku dah vote,patut ang buat gini,:eek:

# aku rank tinggi aku star peduli apa aku thread ang
# aku mod satu geng peduli apa aku thread ang
# aku melayu xsuka tengok melayu up jati diri sendiri dan orang lain peduli apa aku thread ang
# aku knowledge agama tinggi aku star peduli apa aku thread ang
# aku trader rating tinggi peduli apa aku thread ang
# aku cgrian yang anti utara peduli apa aku thread ang
# aku cgrian keja gov aku panas pungkok ang kutuk aku dulu peduli apa aku thread ang
# aku cgrian jenis taruh kuah peduli apa aku thread ang
# aku cgrian tengok orang aku pun join belasah peduli apa aku thread ang
# aku cgrian dan bla bla bla,nak sambung xdan da kontraktor dok buat huru hara pasang wire,aduhai,kena p tengok depa buat keja jap..

aku xjangka ang buat simple punya poll,lg bengkak la depa :eek:
 
Solat dan puasa x wajib?

Solat jumaat jangan lupa

kalau lihat ayat ini :-
“Orang-orang " A'raab" berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah : "Kamu belum beriman, , tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: 'kami telah Islam '. Dan , jika kamu taat kepada Allah RasulNya , Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".”[al-Quran 49:14 (Basmeih)]

Ayat tu maksudnya iman belum meresap dalam hati lagi...bukan senang nak nak serap iman dalam hati..#:-S

Apa itu iman?

Dari Abu Firas rahmatullah ‘alaih (seorang dari Kabilah Aslam) telah berkata: seorang telah berseru dan bertanya: ya Rasulullah! Apa itu iman? Nabi SAW bersabda: Iman itu ialah ikhlas. (HR Baihaqi)

Iman itu ikhlas,ikhlas itu iman..macam mana nak wat ikhlas?


Dari Muaz bin Jabal r.a, berkata : " Khabarkan kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku masuk ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka. "
Jawab Nabi SAW : " Sebenarnya engkau telah bertanya suatu pekara yang besar, dan sesungguhnya amat mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah Ta'ala, iaitu : Hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan suatu yang lain. Engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa sebulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah. "
Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan pokok amalan, tiangnya dan kemuncaknya? " Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah . " Sabda baginda : " Pokok amalan ialah Islam, tiangnya ialah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad. "
Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan kunci kepada semua pekara ini ? " Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah. " Lalu baginda memegang lidahnya seraya berkata : " Awas, jaga ini baik-baik. "
Aku bertanya : " Ya Rasulullah, adakah kami akan dituntut kerana berkata dengannya ? " Baginda lalu menjawab : " Dan tidak akan dicampakkan manusia ke atas muka mereka atau batang hidung mereka ke dalam neraka, melainkan hasil tutur bicara mereka. "


Dari Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Selama mana seseorang hamba itu tidak menjaga lidahnya, dia tidak dapat mencapai hakikat iman (ikhlas). (HR Tabrani)

Berapa lama nak kena jaga lidah untuk membuka kunci iman(ikhlas)?

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. (QS. Ibrâhîm [14]: 24–25)

pohon apa?

Dari Ibnu Umar berkata, “Suatu hari, Rasulullah bersabda kepada para sahabatnya, ‘Kabarkanlah kepadaku tentang sebuah pohon yang perumpamaannya seperti seorang mukmin?’ Maka para sahabat pun menyebutkan jenis-jenis pohon di badui.’ ” Ibnu Umar berkata, “Terlintas dalam benakku untuk menjawab ‘pohon kurma’, tetapi saya segan menjawabnya karena banyak para sahabat yang lebih tua dariku. Tatkala para sahabat diam, Rasulullah bersabda, ‘Pohon itu adalah pohon kurma.’ ” (HR. Bukhari 1/38 dan Muslim 4/2165 dan ini lafazh Muslim)

Berapa lama nak tumbuh...

Cer google berapa lama pohon tu nak tumbuh membuah.. :)cgrock

aku dulu mana ada solat ngan posa..masa p china pun aku tak solat lagi...tapi apa yg peliknya ..masa kat china,setiap kali aku berdoa dan merintih dalam hati..Allah makbulkan...

Aku rasa dah lain macam ...pastu aku selalu dapat ayat gini :-

"Hai orang-orang yang beriman bertakwalah kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar".
(QS. At-Taubah [9]:119).


org2 bertaqwa adalah org yang sembah Allah,posa,bla bla yg wajib atas dia...korang google sendiri la..aku pun pakai ilmu google gak....pakai ilmu google kan senang.. :D:D

Aku nak tido..sebarang pertanyaan,sila post kat sini .
:)cgrock
 
Last edited:
Semalam time aku nak p keja,hujan lebat kat umah aku..aku call achik nak tanya status dia dok mana tapi hp dia off..takper la...maybe dia tertido kot..pastu aku pun gerak naik keta bawa pelan2...jarak umah aku ngan simpang keluaq jalan besaq sekita 800meter..kat simpang tu ada trafik light..masa tu lampu merah so aku berhenti...time lampu hijau..aku nak gerak keta,tetiba achik ketuk tingkap keta...terkejut aku...dia masuk dalam keta termengah mengah..dia kejar keta aku sejauh 800 meter dengan berlari dalam keadaan hujan lebat..perghhhh...

Aku bagi dia rilek dan malas nak sembang..bagi dia rilek dan kecapi kejayaan yg dia dapat kejar keta aku dalam keadaan hujan lebat.

Sampai uptown,lepas buka gerai..dia pun cerita kejayaan dia kejar kereta aku..achik cakap,kalau tak cuba,dia tak tau..so dia kena cuba kejar..dalam masa dia kejar,dia ada terpikir untuk pinjamkan hp org call aku..tapi memandangkan masa suntuk,dia cuba untuk dapatkan aku sebab dia tau depan tu ada trafik light.

Aku cakap kat achik..masa muda ni hang kena cabar diri wat sesuatu yg mustahil,masa muda ni hang kena asuh diri tnya pada diri sendiri..bab kejayaan hg kejar keta aku..memang mustahil pun tapi bila hg ada anak,hg boleh ceritakan kejayaan hg..hg boleh cerita kat anak hang,kita kena cabar diri dan cuba,baru boleh tau keputusan.

Pastu aku cakap kat achik..dulu time aku sebaya dengan hg,pak aku pernah bagitau satu hadis :-

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda (yang maksaudnya):
“Barangsiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah akan mempermudahkan baginya jalan menuju ke syurga.”
(Muslim, Abu Daud, Turmizi dll)


Aku baya2 hg dulu pun bengong gak..mana nak faham hadis tu..so aku cabar diri aku pasal hadis tu..aku nak belajaq mekanikal..sebab itu pun satu ilmu pengetahuan gak..hg tau tak achik..dulu aku kerja kat Almsia,gaji pokok aku rm650..kilang tu dekat je ngan rumah aku..nak makan pun senang..nak p balik kerja pun senang.Jalan kaki je..

Pastu sebab aku nak belajar perihal mesin CNC..aku kerja jauh dari rumah aku.Kilang Ling Machinery..gaji pokok rm480..elaun malam rm1.50 je..minyak nak p kerja lagi..makan lagi...makan modal semua tu...tapi pasal aku nak tuntut ilmu punya pasal dan nak tau betul ke Allah permudahkan jalan menuju ke syurga..aku kerja gak..lagipun aku dah wat target dalam hidup aku.

Aku kerja sungguh2 sebab nak cari ilmu punya pasal..time shift malam,kalau kilang target wat keluaq barang 1000 pcs..aku cabar diri wat 2000pcs..sampaikan bangla naik hot ngan aku sebab wat keluaq lebih output production.Bangla takut lain kali kalau aku berhenti kerja..nanti tokey tanya..zanuar boleh keluaq 2000pcs..pasai apa lu orang buat keluaq 1000 pcs?lu olang malam tido berapa jam?

aku belajaq ilmu cnc selama 10 tahun..masa interview..aku letak gaji sekian2..bila company terima aku,aku kena redha segala tugasan yg di beri oleh company..aku tak kisah pasal gaji sangat masa tu sebab aku lebih fokus pada ilmu pengetahun perihal mekanikal CNC..aku boleh jalan 10 biji mesin CNC dalam satu malam sebab aku cabar diri aku..

aku tengok org len jalan mesin 2 biji muka macam taik..solat 5 waktu tak tinggal...sebab kepala otak dok pikiaq..tokey bayaq gaji banyak ni..aku wat kerja banyak ni..

Umuq 30,aku dapat jadi supervisor..so masa tu aku dah boleh rilek..tapi macam biasa la...org macam aku ni mana boleh rilek..senantiasa cabar diri...tu yang aku wat bisness..bila aku wat bisness..baru aku paham sedikit demi sedikit quran dan hadis..sebab bila aku berniaga..aku menaruh sepenuh harapan pada Allah..dan aku sentiasa minta pentunjuk.

Sekarang baru aku paham perihal hadis bab ilmu pengetahuan...sebab tu segala kata2 nabi kita wajib dengaq..dan kata pada diri kita..KAMI DENGAQ,KAMI TAAT DAN KAMI PATUH.Tanda kita cinta pada Rasullullah.
thanks bro :)paid

cerita hg ni buat aku buka mata. :)cgrock
 
ntah ada ke tidak si achik tu..kn tnya bdk2 yg pernah ke kdai tt la...aku nk pergi dari dulu asyik xberkesmpatan.. ilmu lain aku xtau pasal tt...tp ilmu mniaga dan shipping mmg dia power...

achik tu memang ada bro...aku dah p jumpa...hehe :)cgrock







p/s: lama tak nampak kat pasar karat stadium.dah tak masuk situ ke?
 
achik tu memang ada bro...aku dah p jumpa...hehe :)cgrock







p/s: lama tak nampak kat pasar karat stadium.dah tak masuk situ ke?
tau..saja pancing je...haha

xpergi bro ...bizi manjang... hujung minggu bnyk xtviti:D:D
 
Back
Top
Log in Register