Semalam,time aku pegi kerja ngan achik...achik cerita la yg mak jang dia datang umah.Pastu mak jang dia puji dia sebab penampilan dah berubah..dulu selekeh,sekrang dah kemas..dulu di tendang,sekarang di sayang...hari tu aku ada masukkan gmbar achik dalam facebook achik..aku tulis situ "manager kat butik"..ramai adik beradik dia dan kawan2 dia tengok gambaq tu dan puji penampilan baru dia.
Aku cakap la..bila mak jang puji hg,automatik mak jang puji org tua hg sebab pandai didik anak.Aku cakap lagi..first,bila kita nak wat kerja..kita iktikad yg kita nak muliakan mak bapak dulu..so kita kena ada target..taget contoh nak beli moto,kereta,rumah,kawin..bila kita ada semua tu..adik beradik tak respek hg tapi adik beradik respek cara or tua hg didik hg walaupun hg sekolah kelaut.Sedikit sebnyak,hg dah angkat martabat mak bapak hg di dunia.
Memandangkan aku dapat rezeki yg berlebihan,aku belikan kan seluar jeans hitam kat achik.Supaya dia nampak kemas bila jaga gerai aku.
Time nak balik kerja,dia ajak aku tutup gerai dalam 15 minit..aku kata ok..aku layan achik sebab aku nak motivate dia.Aku kata jom tutup gerai dalam 15 minit.Aku set time dan terus wat keluaq nos turbo untuk tutup gerai aku.Sedang aku dok berkemas,achik kerap tengok jam HP dan hilang sedikit fokus.Aku kata kat dia..jangan tengok jam,fokus pada kerja.
Masa di ambil ialah 24 minit..so kat situ dah terlebih 9 minit.Masa dalam perjalanan balik,aku kata yg kita rugi 9 minit sebab hg tak fokus pada kerja,hg ragu tentang keupayaan walaupun hg buat hari2,hg cuba bersembang bila time wat kerja sekaligus hilang fokus kerja.
Aku cakap kat achik lagi..bila wat kerja,fokus sepenuhnya pada kerja..jangan bersembang sebab bila hg wat dua kerja iaitu bersembang dan kerja..hg akan hilang keduanya..sembang yg tergantung dan kerja yg tak siap seperti yg ditetapkan...fokus satu2...kita boleh tutup gerai dalam 15 minit..besok kita try lagi....