BTC USD 19,319.2 Gold USD 1,660.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,230
Joined
Apr 15, 2012
Messages
33,230
Reaction score
2,717
Points
266
Awards
1
KEADAAN premis memproses tauhu yang kotor manakala pekerjanya tidak memakai baju sebelum premis berkenaan diarah ditutup selama 14 hari. FOTO ihsan DBKL

KEADAAN premis memproses tauhu yang kotor manakala pekerjanya tidak memakai baju sebelum premis berkenaan diarah ditutup selama 14 hari. FOTO ihsan DBKL
Rosyahaida Abdullah
[email protected]

KOTOR dan meloyakan. Demikian gambaran keadaan premis pemprosesan makanan di Jalan Pudu Ulu, Cheras, Kuala Lumpur, yang diserbu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), hari ini.
Dalam operasi bermula 10 pagi itu, sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS) DBKL menyerbu premis terbabit yang digunakan sebagai kilang memproses tauhu.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, hasil pemeriksaan mendapati lantai dan dinding di sekitar ruang penyediaan dan pemprosesan tauhu kelihatan kotor dan berdaki hitam.

Beliau berkata, lipas turut ditemui di premis itu selain tandas dalam premis berdaki dan berbau.
"Ketika serbuan dibuat, pengendali didapati tidak memakai kasut dan penutup kepala sewaktu memproses makanan.

"Pemeriksaan lanjut mendapati pengusaha tidak melantik syarikat kawalan serangga perosak secara berjadual untuk premis.

"Oleh itu, tindakan penutupan di bawah Penutupan Premis Tidak Suci selama 14 hari diambil terhadap premis berkuat kuasa esok mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983," katanya.

Nor Hisham berkata, sekiranya masalah sama masih timbul selepas ini membabitkan premis itu, notis penutupan baharu akan dikeluarkan berserta syor batal lesen.
Difahamkan, operasi itu disertai oleh seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan (PPKPK) dan empat Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Jun 2020 @ 10:37 PM

 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
377,454
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
377,454
Reaction score
23,853
Points
2,836
Awards
1
Walaupun tauhu adalah makanan yang putih dan kelihatan bersih, siapa sangka rupa rupanya premis yang menghasilkan produk tersebut sangat kotor dan mempunyai bau busuk yang menjijikkan

Lebih meloyakan , pemeriksaan turut menemui hurungan lipas di kilang berkenaan. Belum lagi di lihat pada permukaan lantai dan dinding tempat memproses serta menyediakan tauhu di kilang itu kotor dan hitam, manakala tandasnya pula berbau serta berdaki.

Pekerja pula tidak memakai pakaian, kasut dan penutup kepala ketika memproses makanan. Premis terbabit diarahkan tutup selama 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

Jika anda mempunyai maklumat mengenai operasi kilang makanan yang kotor seperti ini, laporkan kepada Pejabat Kesihatan berhampiran untuk tindakan

 

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,230
Joined
Apr 15, 2012
Messages
33,230
Reaction score
2,717
Points
266
Awards
1
Muslim yg bisnes tauhu sila tepekkan bisnes korang kek sini
 

maxpda

Legendary Member
gem
Messages
10,353
Joined
Jan 15, 2007
Messages
10,353
Reaction score
1,070
Points
201
tutup teruslah... buat apa bagi 14hari..

tunjukkan sikit serius dalam hal ni...
 
Sponsored Post

Top
Log in Register