BTC USD 84,228.5 Gold USD 4,145.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KIDEX: Sebenarnya Kita Perlu Ke Tidak?

China tak pasti..tapi kalau jepun/korea, most of train line semua bawah tanah dan berlapis..takde masalah bagi diorang mungkin sebab dah plan awal sebelum bina bandar, ditambah plak dengan tanah yang mungkin sesuai untuk buat station bawah tanah.

Kita? nak buat tambah mrt celah2 rumah orang kat PJ ni? rasanya susah jugak..nak buat bawah tanah? silap2 lagi banyak kes tanah runtuh macam kat bukit bintang aritu..

Bukan masalah tanah sesuai ke tak tapi lebih kepada undang-undang tanah negara ni. Kalau kita tanah milik kita, had tanah tu adalah sedalam-dalamnya tanah th sampai ke pusat bumi adalah hak kita. Jadi nak buat something bawah tanah kita, kena bayar pampasan atau beli terus tanah tu. Sebab tu kos pengambilan tanah mahal.
 
Aku guna LDP hari-hari darj federal hiway ke putrajaya. Perkara paling gila sekarang adalah traffic study tol sunway. Tambah jammed ada la. Back to the point. 2 jajaran MRT termasuk yang sedang bina sekarang tak ambil kira trafik antara kinrara - pj - damansara sebab dua-dua tu lalu terus ke kl via semantan dan jln kuching kalau tak salah. Satu akan berakhir di kajang dan 2nd route berakhir di putrajaya. Tapi tak satu pun lalu antara damansara - pj - kinrara. Sambungan LRT pun tak direct lalu antara kawasan ni. Terpaksa keliling jauh. Kidex bukan penyelesaian yang baik sebab end route dia adalah jalan yang dah sesak macam federal hiway dan jalan bukit jalil - kinrara - puchong. Orang are ldp terpaksa guna kenderaan sendiri sebab takde langsung alternatif public transport yang viable. Aku boleh drive dari pj ke putrajaya ikut ldp dalam 30 minit walaupun jammed berbanding sejam lebih guna as ikut route yang sama. Kalah ada public transport, aku lagi rela guna sebab jimat kos tapi buat masa sekarang memang tak berbaloi. Kidex akan menyesakkan jalan lain yang akhirnya akan wujud spill over effect ke jalan lain termasuk ldp dan jalan utama lain. Mass transportation is the way to go. Tinggal kereta di rumah.

Penerangan yang jelas dari masalah pengguna LDP serta point yang menarik untuk dikongsikan terutama 'wujud spill over effect ke jalan lain termasuk ldp dan jalan utama lain'.
Situasi ni sudah pun berlaku contohnya pada highway AKLEH dimana kesesakkan teruk berlaku di MRR2 (Flaminggo) dan memberi kesan teruk sepanjang 3km-5km. Begitu juga KIDEX pun akan memberi impak yang sama..:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
Bukan masalah tanah sesuai ke tak tapi lebih kepada undang-undang tanah negara ni. Kalau kita tanah milik kita, had tanah tu adalah sedalam-dalamnya tanah th sampai ke pusat bumi adalah hak kita. Jadi nak buat something bawah tanah kita, kena bayar pampasan atau beli terus tanah tu. Sebab tu kos pengambilan tanah mahal.

mohon tuan sharing sumber info ni tuan...menarik info ni
:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
Yang stesen sebelah rumah mesti okay..tapi rumah2 di sepanjang rail 2-3km sebelum next station tu? boleh tahan ke kalau beberapa langkah je dah sampai tiang rail?

Sebab itu kena ada feeder service, bas atau brt (bus rapid transit). Ikut konsep public transport. Ö
 
terlalu perlu highway cuma x mampu nak hadap bala sengsara waktu pembinaan..
tengok je la MRT... jalan baru cantik 1-2bulan jahanam buat paip dalam tanah... repair lagi dah cantik 1-2 bulan jahanam lagi sebab mrt.. katanya untuk kemudahan akan datang..mcm x ada akan datang je.. sebab bila 1 projek siap... projek lain pulak muncul
 
lebih baik lantang menyatakan keputusan dari senyap-senyap jadi toyol

tenung-tenungkan,selamat beramas
 
mohon tuan sharing sumber info ni tuan...menarik info ni
:)cgrock:)cgrock:)cgrock

Kena refer thread pengangkutan dalam forum skyscrapercity malaysia. Situ dah bincang panjang lebar. Lagi satu aku dapat info ni juga dari husband sepupu wife aku. Dia muallaf cina dulu ada kedai makan di area petaling street dekat uo mall tu. Bila kerajaan nak buat mrt are tu termasuk stesen bawah tanah, kerajaan terpaksa beli semua rumah kedai area tu sebab undang-undang tanah kata tanah bawah kedai tu pun milik kedai. Jadi nak bina stesen kena beli tanah tu terus. Rasanya ini undang2 lama. Jadi famili dia dapat pampasan banyak juga.
 
Aku stuju buat highway ni. Tolak tepi pasal politik. Aku duduk KL, bosan ngadap jam hari2. Kena bayar tol pun takpe dari menghabiskan minyak
dok kl memang la jem buatla berapa banyak highway pun
dok felda takde jem kot
 
pendapat aku, masalah traffic jam ni tak akan berakhir dgn berapa byk highway pun akan dibina.

dulu rumah aku ada jalan klang lama je..jem..
esoknya ada NPE depan rumah..jem jugak..
lusanya dibuka laluan belakang ke KESAS..pergh bertambah jem dgn orang puchong..
tulatnya KIDEX nak lalu atas rumah lak..:o

penambahan highway dan jalan besar sejajar dengan penambahan kereta.
jadi lah 'Infinite Loop'..#:-S
 
Back
Top
Log in Register