BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KHPM Edisi Melaka Sasar 50,000 Pengunjung - KUSKOP

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

KHPM Edisi Melaka Sasar 50,000 Pengunjung - KUSKOP​

9edd9059a229cff67568720c40660e666a3272ddbd025

Kredit: KUSKOP

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan kehadiran lebih 50,000 pengunjung ke Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (KHPM) Edisi Melaka yang akan berlangsung di Morten Walk, Melaka dari 19 hingga 21 Jun ini.

Mengangkat tema Jom Singgah SDSI (Satu Daerah Satu Industri) penganjuran karnival kali kedua itu menjadi platform penting untuk memperkukuh budaya keusahawanan, memperluaskan akses pasaran serta membuka peluang jaringan perniagaan kepada usahawan tempatan, khususnya dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta koperasi.

KUSKOP dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelbagai program berimpak tinggi dirangka sepanjang tiga hari penganjuran itu bagi memberi manfaat secara langsung kepada rakyat dan komuniti perniagaan menerusi pameran produk, sesi perkongsian ilmu, padanan perniagaan dan khidmat nasihat keusahawanan.

Antara program utama adalah sesi padanan perniagaan anjuran SME Corp Malaysia yang dijangka menjana potensi urus niaga sehingga RM1 juta menerusi penyertaan syarikat peneraju dalam sektor peruncitan dan pemborongan.

“Setakat ini, tujuh syarikat peneraju daripada industri peruncitan dan pemborongan telah mengesahkan penyertaan dalam sesi yang berlangsung sepanjang KHPM bermula dari 10 pagi hingga 5 petang dengan sasaran potensi urus niaga RM1 juta,” menurut kenyataan itu.

Selain membuka peluang perniagaan baharu kepada usahawan, karnival itu turut menawarkan manfaat terus kepada pengguna menerusi penganjuran Jualan MADANI KUSKOP (JMK) yang menawarkan diskaun 20 peratus bagi 60 barangan keperluan asas, termasuk beras, tepung, ayam, daging, telur dan minyak masak.

“Sebagai kemuncak penganjuran, promosi happy hour pada tengah hari 21 Jun akan menyaksikan barangan keperluan asas itu dijual pada harga sehingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran dengan sasaran potensi jualan sehingga RM135,000 sepanjang tempoh penganjuran,” menurut kenyataan itu.

Dalam usaha memudah cara urusan usahawan, sembilan agensi di bawah KUSKOP turut membuka Kaunter Konsultasi Keusahawanan bagi membolehkan mereka mendapatkan maklumat serta khidmat berkaitan pembiayaan, geran, latihan dan pembangunan kapasiti perniagaan.

Pada masa sama, kenyataan itu memaklumkan program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) terus menjadi platform penting dalam memperkasa produk dan perkhidmatan tempatan, sekali gus memperkenalkan potensi serta kualiti produk keluaran usahawan SDSI kepada masyarakat dan pelancong.

 
Back
Top
Log in Register