BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PPSPM Optimis Capai Sasaran Satu Juta Pengunjung Naik Melaka River Cruise

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

PPSPM Optimis Capai Sasaran Satu Juta Pengunjung Naik Melaka River Cruise​

143e3cd3e94976b40f0dbd75961309976a5ca6f01620d

--kredit FB Ab Rauf Yusoh

Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) optimis mencapai sasaran satu juta pengunjung menaiki Melaka River Cruise (MRC) menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM Shaharul Azuar Idris berkata setakat Jun lepas, sebanyak 350,000 pengunjung direkodkan menaiki produk pelancongan ikonik Sungai Melaka itu untuk menelusuri keindahan di sekitar kawasan berkenaan.

"Kira-kira 60 peratus lagi sasaran kehadiran pengunjung menaiki MRC yang perlu kita capai menjelang akhir tahun ini dan kita menawarkan pelbagai pakej menarik pada harga istimewa.

"Selain itu, kita juga melipatgandakan promosi di dalam dan luar negara untuk memperkenalkan MRC yang merupakan antara satu produk pelancongan yang mesti dilawati atau dinaiki apabila berada di Melaka," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Dataran Pengkalan Rama, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Sijil Malaysia Book of Records (MBOR) dan Hadiah Pemenang bersempena dengan Festival Sungai Melaka 2026 yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Shaharul Azuar berkata PPSPM sentiasa menambah baik perkhidmatan bot yang disediakan bagi meningkatkan keselamatan dan memberikan keselesaan kepada pengunjung.

Beliau berkata setakat ini, PPSPM mempunyai sebanyak 60 bot dengan 30 bot beroperasi di Sungai Melaka dan bakinya dikendalikan di Eco Cruise Tasik Chinchin.

"Kita mempunyai perancangan untuk menambah bot baharu yang dilengkapi dengan pelbagai teknologi terkini seiring dengan peredaran masa, namun perkara itu masih dalam peringkat penilaian.

"Selain itu, kita juga telah menaik taraf bot premium sedia ada seperti 'Evelasting Love Boat' dan 'Tun Khalil Cruise' dengan pakej-pakej menarik seperti makan di dalam bot," katanya.

 
Back
Top
Log in Register