BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Khir Toyo digantung setahun

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
SHAH ALAM - Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo digantung menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dan kemudahan elaun sebagai Ahli DUN selama setahun selepas didapati bersalah menghina Dewan.

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan (JKHK) Negeri Selangor juga mendapati, bekas Menteri Besar itu bersalah kerana gagal hadir pada sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) pada Mac lalu.

SELCAT ditubuhkan dengan bidang kuasa DUN bagi membolehkan pendengaran awam dilakukan berhubung penggunaan wang penajaan Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) pada pertengahan Mac lalu.

Selain Dr. Khir, empat lagi ADUN Barisan Nasional (BN), Datuk Marsum Paing (Dengkil), Mohd Isa Abu Kasim (Batang Kali), Datuk Warno Dogol (Sabak) dan Datuk Mohamed Idris Abu Bakar (Hulu Bernam) didapati bersalah menghina Dewan.

Selepas mesyuarat JKHK di sini semalam, Pengerusinya, Teng Chang Khim, yang juga Speaker DUN berkata, empat ADUN itu masing-masing digantung perkhidmatan dan kemudahan elaun mereka selama enam bulan.

Katanya, empat ADUN itu didapati bersalah kerana mengeluarkan kenyataan menuduh SELCAT sebagai sebuah badan yang tidak bebas dan alat politik untuk membalas dendam terhadap wakil BN. - Bernama
 
UBN ni undang2 bapak dorang punya.. :)):))
 
ok le tu... boleh dia fokus bisnes tempe die...:))

teman rasa elok bebebor hukuman tersebut, sebab orang nak bicarakan kes dia, dia tak datang... ingat ni memain ke!!! UBN boleh le kau bikin memain..
 
Tu la, dok bising orang kentut busuk, punggung sendiri penuh tahi....
 
wak tempe nya sapa mahu jaga kalau saya jadi pembangkang, lagi baik jaga tempeee.....
 
kan bagus kalo digantung mati terus.....
 
Khir Toyo @ Kill Toyol dan geng-geng jawa dia tu patutnya digantung kat pintu gerbang Kota Darul Ehsan kaki ke atas, kepala ke bawah .. sape lalu baling batu 7 ketul.

Tu lambang kejahatan yang perlu dihapuskan ...

(macam melontar Jamratul Aqabah kat Mekah lak ... bunuh Syaitonirrajimm)
 
kena gantung je ke.....kasi rampas la harta2 sekali buat zakat, bagi sedekah kat org2 papa kedana Selangor tu :D
 
aku cukup suke dia ni kena banned..kasi sedar diri sket
 
Back
Top
Log in Register