BTC USD 86,003.0 Gold USD 4,333.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Khir Toyo Sertai Bersatu

Khir Toyo Tak Mampu Bantu PN Tawan Selangor

07.08.2025 - Penyertaan bekas menteri besar Selangor Khir Toyo dalam Bersatu boleh membantu Perikatan Nasional (PN) kukuhkan kedudukan di kawasan majoriti Melayu, namun masih belum cukup untuk membantu gabungan itu menawan Selangor. Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata, gandingan Khir dengan dua nama besar di Selangor iaitu bekas menteri besar Azmin Ali dan bekas ketua Umno negeri Noh Omar sudah tentu akan memberi kelebihan kepada PN. Katanya, gandingan tiga pemimpin itu hanya memperkukuhkan kedudukan PN di kawasan majoriti Melayu tetapi tidak membantu dari segi sokongan daripada pengundi bukan Melayu.

“Kerajaan negeri hari ini masih kukuh di kawasan campuran dan bandar. PH-BN mempunyai kelebihan di kawasan urban seperti Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam dan Serdang. Selagi sokongan bukan Melayu dan pengundi muda kekal kepada kerajaan perpaduan, sukar untuk gandingan PN ini menguasai semula seluruh negeri,” katanya kepada FMT. Bagaimanapun, PH-BN perlu berhati-hati. Jangan terlalu yakin bahawa panglima-panglima politik lama ini sudah tidak relevan”.

Kata Awang Azman, kekuatan sebenar gandingan tiga figura itu bergantung kepada sejauh mana mereka dapat menyatukan semula jentera akar umbi, menawarkan naratif baharu, dan menangani persepsi negatif rakyat terhadap rekod lampau, terutama Khir yang terpalit kes mahkamah.

Menurutnya, penyertaan Khir dalam Bersatu juga mampu menyatukan kembali perseteruan dua kumpulan yang menyokong beliau dan Noh sebelum ini.

“Ini menunjukkan mereka sudah bersedia melupakan perseteruan lama dalam Umno demi matlamat politik yang lebih besar menewaskan PH-BN di Selangor.


“Mereka sedar survival politik memerlukan kompromi. Dalam konteks ini, keinginan menawan Selangor menjadi keutamaan berbanding dendam lama,” katanya merujuk persaingan Khir dan Noh merebut jawatan menteri besar jika BN menawan semula Selangor pada PRU13.
Ariff Aizuddin Azlan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) pula berpandangan Khir tidak mampu untuk mencipta kejutan politik pada pilihan raya akan datang kerana beliau dilihat tidak relevan dan mempunyai rekod salah guna kuasa.

Katanya, pengundi di Selangor memerlukan seorang pemimpin baharu yang kaya dengan idea bernas dan berkeupayaan untuk mewujudkan aura perubahan yang disenangi orang ramai.

“Untuk menawan Selangor, PN memerlukan satu naratif yang substantif. Gabungan itu memerlukan satu formula dan tawaran baharu seperti tadbir urus yang baik dan kemakmuran ekonomi yang boleh dikecapi bersama tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya.

Khir yang menjadi menteri besar dari 2000-2008 mengesahkan diterima menyertai Bersatu pada 1 Julai dengan alasan Umno sudah hilang cita-cita untuk mengetuai kerajaan di Selangor malah Putrajaya. Bekas Adun Sungai Panjang selama tiga penggal pernah dipenjara setahun kerana salah guna kuasa pada 2015 dan dibebaskan dengan parol selepas menjalani hukuman selama enam bulan. Beliau cuba membuat kemunculan semula dalam politik pada PRU15 2022 dengan mengumumkan hasrat bertanding di kerusi Parlimen Sungai Besar. BN memutuskan Ketua Umno Sungai Besar Jamal Yunos sebagai calon, namun beliau kalah kepada wakil PN.
1754543763156.png
 
"Despite his interest in contesting, the BN leadership nominated Sungai Besar UMNO Division Chief Jamal Yunos as the candidate. In the general election, Muslimin Yahaya of PN successfully defended the seat and was re-elected as the Sungai Besar MP for a second term."


mana tak merajuknya.... UMNO sanggup bagi dekat Jamal Jamban dari bagi kat dia... lama wooooo dia makan hati :LOL:
 
Lama xdengar kabar jamal.
Sihat dah ke dia.
Aritu sakit teruk kan.
 
Terima Kasih Bersatu Kerana Sudi Terima Mamat Penyapu, Kata Jamal

07.08.2025 - Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Jamal Yunos secara sinis mengucapkan terima kasih kepada Bersatu kerana menerima penyertaan bekas menteri besar Selangor, Khir Toyo dalam parti itu.

“Terima kasih saya ucapkan kepada parti Bersatu kerana sudi terima mamat ini. Hilang duri dalam Umno bahagian Sungai Besar,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Jamal mengulas kenyataan Khir yang mempertahankan keputusannya menyertai Bersatu, dengan mendakwa bahawa Umno tidak lagi memainkan peranan sebagai parti dominan dalam kerajaan. Bekas Adun Sungai Panjang itu juga pernah menjadi Ketua Umno Bahagian Sungai Besar. Berita penyertaan Khir ke dalam Bersatu dikongsikan oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Tamby Chik dalam satu hantaran di Facebook semalam. Langkah itu menerima kritikan daripada pemimpin-pemimpin Umno yang melabelkan Khir sebagai ‘pemimpin penyapu’ – merujuk kepada insiden pada tahun 2007 apabila dia menghadiahkan penyapu kepada seorang pegawai majlis daerah sebagai satu bentuk penghinaan.

Sementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi berkata, parti itu tidak rugi apa-apa dengan tindakan Khir keluar parti. Menurutnya, ahli-ahli Umno, penjawat awam dan rakyat tidak pernah melupakan “legasi penyapu” yang dibawa Khir semasa menjadi menteri besar, yang menurutnya menjadi punca Umno kehilangan kuasa di Selangor.

“Khir Toyo menyertai Bersatu kerana tidak boleh terima Umno duduk di bawah ketiak PMX. Umno tidak rugi sesen pun. Bawalah kudis penyap ke dalam Bersatu. Tiba-tiba dia bercakap soal kembali dominan terutamanya di Selangor. Ternyata pemikiran politik Khir Toyo baik dari segi realiti dan taktikal jauh ketinggalan. Khir Toyo menyertai Bersatu kerana tidak boleh terima Umno duduk di bawah ketiak PMX. Umno tidak rugi sesen pun. Bawalah kudis penyap ke dalam Bersatu. Tiba-tiba dia bercakap soal kembali dominan terutamanya di Selangor. Ternyata pemikiran politik Khir Toyo baik dari segi realiti dan taktikal jauh ketinggalan,:-“ katanya.

Semalam, Khir berkata, alasan dia meninggalkan Umno adalah kerana dia tidak lagi melihatnya sebagai sebuah parti yang dominan dalam arena politik negara ketika ini.

“Tetapi kalau asyik berlindung bawah ketiak perdana menteri, macam mana nak jadi dominan?. Dan saya lihat Bersatu ada cita-cita untuk menjadi dominan. Sebab itu saya sertai mereka,” kata bekas pemimpin Umno itu. Mengulas lanjut, Puad mendakwa Khir meninggalkan parti kerana kecewa tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Umum ke-15. Khir Toyo masih bernafsu untuk jadi calon. Dia kecewa kerana di PRU15 dia tidak dicalonkan. Sebab itu dia menyertai Bersatu,” katanya.

Pada PRU15 pada 2022, Khir cuba membuat kemunculan semula dalam politik dengan mengumumkan hasrat untuk bertanding di kerusi Parlimen Sungai Besar. Namun, BN memutuskan untuk mencalonkan Jamal sebagai calonnya. Bagaimanapun, Jamal tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN).
1754538139880.png
Wah dah bebas kanser tahap akhir terus melanton ye jamal.
 
Pemimpin PKR Sindir Puad ‘Borak Kedai Kopi’

07.08.2025 - Seorang pemimpin PKR menyifatkan kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Puad Zarkashi, tidak mustahil parti itu dominan di Selangor sekadar ‘borak kedai kopi’.Timbalan Ketua Pemuda PKR, Izuan Kasim, berkata jika logik sama digunakan maka PKR juga mampu menjadi parti dominan di Johor dan Melaka.

“Jadi, sebenarnya kenyataan seperti ini tak perlu nak keluar pun. Borak kedai kopi, borak sama kawan-kawan bolehlah, tapi tak perlu keluar kenyataan sebegini. Sebab dia (Puad) bukan pimpinan rendah, dia pimpinan tertinggi. Kadang-kadang apa yang dia cakap tidak mencerminkan apa dizahirkan presiden parti dia,” katanya yang juga Adun Kota Damansara kepada FMT.

Semalam, Puad menyindir kemasukan Khir Toyo dalam Bersatu termasuk menuding jari, bekas menteri besar Selangor itu adalah punca Umno hilang kuasa di negeri tersebut hingga hari ini. Ia susulan Khir berkata, Umno tidak akan menjadi parti dominan di Selangor jika bertanding dengan kerusi yang sedikit pada PRU akan datang termasuk terus menjadi ‘parti pelengkap’ jika terus menyorok dibawah ketiak PH. Bagaimanapun, Puad berkata politik hari ini memerlukan kebijaksanaan dan kepercayaan serta tidak mustahil Umno kembali dominan.

“Masakan Umno boleh memimpin Perak dan Pahang dengan kerusi yang kurang. Ia tidak mustahil boleh berlaku di Selangor,” bidas Puad.

Mengulas lanjut, Izuan berkata kenyataan Puad hanya akan menyebabkan kesukaran kepada Umno menghadapi PRU akan datang kerana ia tidak diputuskan pimpinan tertinggi. Katanya, situasi itu berbeza dengan PKR yang lebih fleksibel dan mudah membuat keputusan dengan merujuk gabungan pernah disertai sebelum ini seperti Pakatan Rakyat, Pakatan Harapan dan kerajaan perpaduan.

“Kita (PKR) jenis jujur. Cuma kenyataan dia tak perlulah. Kalau Umno boleh dominan di Selangor, begitu juga PKR boleh dominan kembali di Johor, Melaka. Jadi, gambaran diberikan tidak perlu…dia pergi sarapan dekat kampung dia sudahlah,” sindirnya.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR G Gunarajah pula berkata kenyataan dikeluarkan Puad itu perlu dibuat berhati-hati dalam konteks semasa yang menyaksikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim mentadbir kerajaan perpaduan. Menurutnya, kerajaan perpaduan yang telah mengembalikan kestabilan politik dan keyakinan pelabur bukan dibina atas dominasi parti tetapi prinsip tanggungjawab bersama.

“Begitu juga di Selangor, pentadbiran Amirudin Shari telah menunjukkan pencapaian konsisten dan progresif, malah diterima baik rakyat pelbagai kaum. Di bawah pimpinan beliau, dasar-dasar kerajaan negeri ditumpukan kepada kebajikan rakyat, pembangunan mampan dan reformasi pentadbiran. Ini hasil kerjasama antara parti-parti dalam kerajaan, termasuk Umno. Jika ingin menunjukkan kekuatan, tunjukkanlah dalam membantu rakyat, bukan mendominasi rakan. Dominasi itu tidak perlu dinyatakan, biar rakyat menilai melalui prestasi dan keikhlasan kita” katanya.
1754554452179.png
 
Khir Persoal Pengkritik Kaitkan Kisah Silam Di Penjara

07.08.2025 - Jika bekas banduan tak boleh berpolitik, kata Dr Mohamad Khir Toyo, ada orang yang lebih tidak layak untuk kembali berpolitik iaitu Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Membidas hujah sesetengah pihak yang tidak senang dengan tindakan terbarunya – iaitu meninggalkan Umno dan menyertai Bersatu – Mohamad Khir berkata tidak wajar mereka menggelarnya sebagai bekas banduan. Kata bekas Menteri Besar Selangor itu, memang benar dia disabitkan bersalah oleh mahkamah dan sudah menjalani hukuman penjara seperti yang ditetapkan. Pada masa sama, kata bekas Ketua Umno Sungai Besar itu lagi, dia menginsafi keterlanjuran yang dilakukan dulu. Pada masa sama, Mohamad Khir berkata, dia “terkilan” apabila sikap yang berbeza diberi ke atas bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang sebelum ini juga pernah dipenjara oleh mahkamah berhubung pertuduhan mengikut Akta Hasutan dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.

“Saya tahu, saya sedar telah melakukan kesilapan tanpa pengetahuan dengan membeli rumah lebih murah berbanding harga sebelumnya. Saya beli rumah yang belum siap renovasi dengan harga RM3.5 juta sedangkan rumah yang sama dibeli dengan harga RM5 juta oleh pembeli sebelum saya. Saya telah lalui hukuman dan saya reda dengan apa berlaku. Sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya,” kata Mohamad Khir di media sosial petang tadi.


Tak Ada Mohon DNAA

Untuk rekod dihukum penjara 18 bulan pada 1998 atas kesalahan menerbitkan berita palsu dan bersifat hasutan terhadap Ketua Menteri Melaka ketika itu, Abdul Rahim Thamby Chik. Dia kemudian dibebaskan pada 25 Ogos 1999 selepas menjalani hukuman tersebut selama 12 bulan. Mohamad Khir pula dipenjara 12 bulan selepas Mahkamah Persekutuan – pada 29 Sept 2015 – mengekalkan keputusan terdahulu yang mendapati dia bersalah mendapatkan untuk diri sendiri dan isterinya dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam. Kesalahan itu didakwa dilakukan lapan tahun sebelumnya. Dia kemudian diberikan parol pada 29 Mac 2016. Menurut Mohamad Khir apabila didakwa dan dibicarakan di mahkamah, dia tidak pun memohon untuk mendapatkan pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) seperti beberapa ahli politik sekarang.

"Jika bekas banduan tidak boleh aktif semula dalam politik, perkara yang sama perlu dilakukan oleh PMX (Anwar)… dua kali banduan. Bagaimana pula dengan (Lim) Guan Eng? Dia juga bekas banduan?” katanya.

Dia yang mengejutkan ramai orang semasa dilantik sebagai menteri besar pada usia 35 tahun oleh Dr Mahathir Mohamad berpendapat, orang yang “taasub” kepada politik dan menuduhnya dengan bermacam dakwaan wajar berhati-hati.

"Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Sebelum tulis tu fikir-fikir supaya bos yang awak agungkan itu tidak terasa hati seperti diperli oleh penyokong sendiri. Jangan sampai orang lain makan nangka orang lain kena getahnya," katanya berkias.

Bagaimanapun Mohamad Khir tidak menyatakan kepada siapa kata-kata itu ditujukan. Sementara itu, dalam hantaran sama, Mohamad Khir turut menafikan yang dia pernah melobi Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi untuk menjadi calon dalam pilihan raya lalu. Sebaliknya dakwa Mohmad Khir, dia sering menemani Ahmad Zahid atas dasar seorang sahabat yang berasa sedih melihat Ahli Parlimen Bagan Datuk itu kesesorangan.

"Saya tak pernah meminta kepada Zahid untuk jadi calon. Sebab itu saya terus sokong Umno," katanya lagi.
1754574716054.png
 
'Tanpa Penyapu Pun BN Tewas Di Selangor'

07.08.2025 - Dr Mohamad Khir Toyo mempertahankan tindakannya memberikan penyapu kepada pegawai kerajaan negeri yang dianggap gagal mencapai kutipan cukai yang disasarkan, dan menolak tanggapan ia menjadi punca kekalahan BN di Selangor pada 2008. Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata keputusan kerajaan negeri untuk memberi penyapu kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang gagal dicapai dalam mesyuarat yang turut disertai pegawai-pegawai kerajaan tempatan berkaitan. Dia juga menegaskan, BN kehilangan lebih banyak kerusi kepada Pakatan Rakyat - dan kemudian PH - selepas Najib Razak mengambil alih tugas sebagai ketua Umno Selangor pada 2009.

"Pemberian hadiah penyapu itu adalah keputusan mesyuarat antara pegawai-pegawai. Mereka yang gagal capai tahap minima dalam mengutip cukai, pejabat tersebut akan diberi hadiah penyapu, manakala yang mencapai target (sasaran) diberi hadiah lawatan sambil belajar untuk kurangkan tunggakan di PBT masing-masing. Harus diingat pada PRU yang sama (2008) BN kalah juga di Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Terengganu. BN Selangor kalah lagi teruk apabila Najib jadi Pengerusi BN Selangor, daripada 21 kerusi tinggal 12 kerusi DUN. Tanpa penyapu pun BN terus tewas dari 12 , tinggal enam kerusi DUN. Dalam PRN (pilihan raya negeri) 15 (2023), dengan bantuan DAP dan PKR, Umno hanya menang dua kerusi sahaja," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya.

Semalam pemimpin Umno membidas keputusan Mohamad Khir menyertai Bersatu dan membangkitkan isu hadiah penyapu kepada PBT tertentu sebagai punca kejatuhan BN di negeri tersebut.


Berundur Selepas Kalah

Ketua Umno Sungai Besar, Jamal Md Yunos, secara sinis mengucapkan terima kasih kepada Bersatu kerana menerima penyertaan Mohamad Khir yang juga bekas Adun Sungai Panjang.

“Terima kasih saya ucapkan kepada parti Bersatu kerana sudi terima mamat penyapu ini. Hilang duri dalam Umno bahagian Sungai Besar,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Untuk rekod Mohamad Khir pernah menjadi ketua Umno Sungai Besar. Mohamad Khir mengesahkan dia menyertai Bersatu berkuat kuasa pada 1 Julai lalu. Bercakap kepada Malaysiakini berhubung keputusannya itu Mohamad Khir berkata langkah itu diambil selepas dia tidak lagi melihat Umno sebagai sebuah parti yang dominan dalam arena politik negara ketika ini. Mengulas lanjut hari ini, Mohamad Khir membidas tindakan segelintir ketua Umno bahagian yang tidak meletakkan jawatan selepas parti itu tewas dala sesebuah pilihan raya, berbeza daripada dirinya yang berundur sebagai tanda mengambil tanggungjawab atas keputusan tersebut.

"Pemimpin sekarang dah kalah dalam pilihan raya pun masih pegang jawatan dalam parti. Tepuk air dalam dulang akhirnya muka sendiri yang basah, paku dulang paku serpih, mengata orang kita yang lebih," katanya.
1754574930789.png
 
Back
Top
Log in Register